~kawan aku bergado~
nie la Rizdwan..salah seorang anak murid aku..dia ni multiple disable..huruf x kenal..nombor xtau..warna pun tak kenal..ape lagi nak menulis..
mula-mula aku kenal dia..aku memang amik masa nak memahami apa yang dia cakapkan..tp, Alhamdulillah..seminggu selepas aku berdamping dengan dia, aku mula memahami apa yang dia cakap dan mengenali karakter dia..
tp, awal-awal mengajar, pening gak aku nie..ye la kan..huruf tak kenal..ajar huruf a, dia cakap huruf p..mula la aku memikirkan apa yang aku nak buat dengan rizdwan..
idea dan ilham diberikan oleh Allah..ajar benda yang sangat simple..tulis nama dia sendiri..
dalam buku Bahasa Melayu dia, penuh dengan ejaan nama dia sendiri...awal-awal..aku pegang tangan dia dan ikut bentuk huruf R I Z D W A N satu per satu..pas dia dah kenal bentuk huruf tersebut, aku watkan bentuk huruf dengan dot dot dot..dan dia ikut huruf tersebut..
selama 4 bulan aku suruh dia tulis..salah jek aku padam..aku tak guna rotan dengan dia..ada la akal dia sorokkan pemadam aku..tapi, aku lagi bijak..aku dah beli pemadam sekotak..heheh..dia nangis jangan ceritala...berkotak agaknya tisu..heheh..
Akhirnya..aku panggil dia ke depan dalam kelas dan suruh dia tulis nama kat whiteboard tanpa melihat buku....aku rasa nak menjerit bila dia dah boleh tulis nama dia sendiri..dia pun ketawa la..sebab aku dah tak padam ejaan nama dia..heheh
walaupun mungkin kecil..hanya dia boleh menulis nama dia sendiri..tapi pada aku itu satu pencapaian yang hebat untuk rizdwan..sekurang-kurangnya untuk kehidupan dia sendiri...
untuk rizdwan (walau dia tidak mungkin membaca entri ini)..cikgu senantiasa doakan kehidupan yang baik untuk kamu...
~salam sayang~