dewandahlia

04 April 2011

kekangan

Usia kandungan Alhamdulillah..sudah pun hampir memasuki usia 16 minggu...
Masih seperti dahulu lagi..belum terlalu nampak perubahan fizikalnya..dan kembali sihat untuk menjamah seperti dahulu..(sampai sanggup memaksa encik suami memandu dari Pulau Pinang-Melaka-Serdang untuk menikmati nasi kerabu ayam rempah di UPM-sayangggg encik suami)

Selepas sahaja pulang ke rumah dari sekolah..sindrom kemalasan akan berada di tahap maksima..nak tekan butang hidupkan komputer macam kena lari 100meter berpagar..punyalah rasa tak kuasa..sampaikan sambungan internet rumah dipotong sementara..sebab dah malas guna, nak bayar pun liat..hehehe..

Itulah kekangan..bukan tiada masa..tapi,lebih menghargai masa berehat-rehat dan bermalas-malasan daripada menghadap komputer..

Ditambah pula memang aku kerap pening kepala(tekanan darah yang agak rendah) dan juga sudah dua kali merasai gastrik yang memang sebelum ini tak pernah pun rasa...

Mungkin aku masih mencari kesesuaian..dalam keadaan begini, memang tuntutan rehat itu lebih utama..

Maafkan aku untuk adakalanya meninggalkan duniadahlia ini kerana kekangan diri..

-sedang mencari latihan untuk anak murid dan maksudnya bil internet telah pun dibayar-

*salam sayang*