dewandahlia

30 December 2009

"cik nini..boleh tolong kita tak..?"




Petang di Kampung Parit Rabu Luar, Simpang Lima Pekan, Bukit Gambir, Muar, Johor.
Bersama anak-anak sepupu sambil membelek katalog.
Berhenti membelek pada helaian bergambar alat tulis.

Fifi : "Cik Nini..boleh tolong kita tak..?"
Aku a.k.a Cik Nini : "Tolong apa..?"
Fifi : Tolong belikan Fifi beg bidadari macam dalam gambar...boleh..?"
*beg bidadari = beg bergambar Barbie*

Gedebush!! Ayat paling sempoi..dari anak usianya baru 5 tahun..

Bukan aku kisah umurnya berapa..atau ayatnya apa..ada benda lain aku fikirkan..

Kembali ke sekolah.
Sekolah lama atau sekolah baru.
Baju sekolah baru bukan baju sekolah lama.
Beg baru bukan beg lusuh yang lama.
Alat tulis baru bukan pensel patah tinggal lima.
Segalanya baru. Kembali ke sekolah pada tahun baru.
Ibu bapa haru biru.
Anak-anak menuntut yang baru.

Tersenyum..? Harus tersenyum..kerana itulah yang saban tahun berlaku di awal sesi persekolahan..dulu aku pun macam itu juga..baju bertempah, kain licin..bukan jenama Belon di Melaka..

Dengan di asak promosi hebat di setiap pasar raya..mana tidak anak-anak merengek memohon ditukar semuanya baru.Baju.Kasut.Beg.Alat tulis.Stokin.

Aku pernah sesekali terdengar satu iklan di radio.Mungkin iklan beg Angsa.Kurang pasti jenama apa.

"Adik nak 3 beg. 1 untuk ke sekolah pagi..1 untuk ke aktiviti petang..dan 1 lagi untuk ke tuisyen"

Baru seorang anak.Mahunya 3 beg..andai yang bersekolah itu jangankan 5 orang..3 orang sahaja sudah cukup untuk memeningkan kepala ibu bapa.

Tapi,pernah atau tidak ibu bapa merungut..mengeluh..
Paling tidak jawabnya.."Nanti kita beli ya..yang ini tak cantik..kita cari yang cantik.."

Tinggi yang melangit..luas yang melaut jasa mereka untuk menyekolahkan kita..
Tapi anak-anak..?
Kadang-kadang terlupa hari persekolahan..
Terlupa masa yang perlu ada di sekolah..
Terlupa mereka patut ada di sekolah..
Terlupa mereka masih bersekolah..
Terlupa yang mereka masih membaca buku sekolah..
Terlupa jalan ke sekolah..
Terlupa bagaimana menjadi murid sekolah..


Maafkan mereka..mereka terlupa dalam dunia mereka..


~salam sayang~






28 December 2009

bukan kerja kita

Bukan kerja kita..dan bukan juga kerja sesiapa..tertulis..dan kita hanya mengikut aturan kehidupan..

Kegembiraan sehingga aku mengalirkan air mata..buat seorang teman yang sangat tabah mengharungi setiap cabaran..kegembiraan berganda buat kami..

Dia cekal dan tabah..aku belum tentu mampu menjadi setabahnya..mengambil peperiksaan akhir di kala menanggung sakit pembedahan..kami lulus dan bergraduat bersama..kami berjalan kaki ke kilang di pagi hari..momen yang indah..sehingga kami berdua mendapat sesuatu yang lebih baik..

Di pagi pertunangan aku..perkhabaran gembira disampaikan..walau tidak bersama..mendengar suara sahabat di hujung talian cukup mengembirakan..

Untuk Rosmaizam Othman..

Kamu sangat cekal,tabah dan kuat..kamu juga sangat menjaga keluarga kamu dan berkorban apa yang kamu hajati..
Mungkin ini anugerah untuk setiap detik yang telah kamu lalui..tahniah..mulakan episod baru yang hampir dengan ulangtahun kamu dengan semangat baru..segalanya akan berubah..tapi kamu pasti akan gembira..Aku dan yang lain sentiasa ada untuk kamu..


~Hanya gambar ini yang belum dihapus oleh virus~

~salam sayang~


nota kaki : atas permintaan, mengapa air mata kegembiraan mengalir harus dirahsiakan..maaf..

gula dan susu..bahagian 2..

Lega..tenang..gembira..atau mungkin lebih dari itu..sesuatu yang hanya melaluinya sahaja akan tahu..

Masih ingat entri gula dan susu? Seperti yang dijanjikan..akan aku coretkan di entri kali ini..

Memang manis..melalui hari pertunangan yang membahagiakan..seperti gula dan juga susu..
~Susu di dalam balang kaca yang dihias cantik~


~Siapa tahu di dalam bungkusan comel ini ialah gula~

Terima kasih untuk hantaran yang terlalu cantik dan penuh simbolik..sesuatu yang unik yang rasanya jarang ada untuk pasangan dari sebelah selatan..itulah namanya adat dan resam..lain padang, lain belalang..lain negeri, lain juga adatnya..

Seperti juga gula dan susu yang tak kan pernah berubah rasa (kecuali susu masam)..aku dan adly tentunya mengharapkan hubungan kami penuh kebahagiaan dan kemanisan..apa sahaja yang akan dilalui sebaik cincin pertunangan disarungkan, harapnya kami akan kekal bersama...

Buat teman-teman..terima kasih yang tidak terhingga untuk ucapan tahniah dan doa yang dikirimkan..liza dan abie, terima kasih kerana sudi meluangkan masa...dan sudi juga mengabadikan setiap detik dengan ketikan lensa kamera..

Abah, Mak, Akak, Abang Firi dan ahli keluarga yang lain..terima kasih kerana membuatkan majlis ini terlalu sempurna..



~Maaf, abang iparku tiada dalam gambar~

~salam sayang~


nota kaki : gambar dimuatnaik dalam "facebook" untuk perkongsian detik gembira..

beribu perkataan..beratus ayat..

Terlalu banyak idea datang mencurah di saat aku tidak punya masa untuk mengarang seuntai kata dalam duniaku..betapa uniknya anugerah Allah memberikan ilham kepada umatnya..duduk berjam di hadapan skrin belum tentu sepotong ayat mampu dikarang dengan baik..tapi, dalam kesibukan itulah ilham atas pengalaman yang dilalui satu per satu datang...

Aku akan cuba untuk mengarang seberapa baik setiap ilham yang datang..insyaAllah..

~salam sayang~

22 December 2009

entri terakhir



Alhamdulillah..umur aku genap 24 tahun semalam..terima kasih atas semua ucapan yang dikirimkan..terima kasih yang tak terhingga kepada mak dan abah..tanpa mereka..aku tidak sebesar,sedewasa dan seberjaya begini..dan senakal ini..heheh..



Untuk Mak&Abah..


1. adik sayang mak&abah..
2. adik sayang mak&abah..
3. adik sayang mak&abah..
4. adik sayang mak&abah..
5. adik sayang mak&abah..
:
:
:
:
:
n. adik sayang mak&abah..

Mungkin ini entri aku yang terakhir.....





Untuk minggu ini..dan sebelum bergelar tunangan orang..(bunyi seperti sangat dewasa!) heee..

Aku pun sebenarnya tak sangka akan bertunang..ikut mak dan abah..tidak secepat ini untuk mengadakan majlis..ketentuan itu kita tak kan pernah tahu..keputusan dan perancangan untuk mengadakan majlis pun hanya di buat pada bulan lepas..maaf kepada teman-teman baik yang agak bercelaru menjadualkan kembali temujanji..terutama kepada rakan-rakan di UPM..(kebetulan serentak dengan majlis pertunangan aainaa)

Syukur aku..hubungan kami direstui..dari mula berkenalan di UPM..mungkin tiada apa yang harus disorokkan dari keluarga masing-masing..Siapa jua akan memikirkan hal ini apabila hubungan itu semakin serius..cuma ia mengambil masa yang panjang..

Doaku semoga hubungan ini akan terus berkekalan harmoni..tiada apa lagi yang aku harapkan..cuma menanti detik terindah yang belum ditentukan bila...(janji! akan beritahu awal-awal)heheh..


Untuk Khairul Adly Abu Hashim..

Terima kasih untuk setiap detik terindah dari mula kita berkawan..maksudnya, dari mula abang memberanikan diri menegur sayang-pinjam nota konon-kononnya-belajar berkumpulan konon-kononnya-bincang jadual waktu konon-kononnya-tolong belikan juadah buka puasa konon-kononnya dan macam-macam konon-kononnya..hehe..

Terima kasih kerana menjadikan setiap detik itu detik yang terindah..maksudnya, abang datang ke USM setiap hari Sabtu-berkelah-jalan-jalan setiap petang di kampung minum cendol-makan malam di Pak Hussin dan temankan sayang setiap pagi ke sekolah:-sebab tempat praktikal kita di sekolah yang sama..heheh..

Terima kasih juga kerana tidak pernah bosan untuk menunggu detik terindah..maksudnya..untuk kesabaran abang menunggu jawapan sayang dulu-menunggu untuk berjumpa-dan menunggu hari-hari menggembirakan..sayang abang..


~salam sayang~


*ini ialah gambar pertama kami berdua*


19 December 2009

iklan..*idea dari abah*

Malam semalam sewaktu sedang menonton berita di rumah nenek bersama abah..ada satu iklan produk yang kalau tengok sekali..rasa macam iklan biasa...tapi kalau dibandingkan dengan iklan satu lagi produk..ada yang boleh kita fikirkan realitinya..

Iklan produk A : seekor jin berjambul (boleh kut guna "seekor") bertanya kepada tuannya berkain pelikat di malam hari lalu menghadiahkannya dengan serbuk kopi untuk lelaki dan perempuan..terus tuannya berlari-lari di dalam rumah..

Iklan produk B : seorang ayah bermata sepet mengadu sakit pinggang selepas memandu seharian mencari duit dan menggantungkan penanda buku yang dihasilkan anaknya di cermin pandang belakang kereta..

Iklan produk A wataknya berkain pelikat..iklan produk B wataknya seorang lelaki bermata sepet..

Itulah realitinya..

Abah berkata.." itulah orang kita, mentalitinya terarah ke situ...cuba tengok iklan ****..sanggup berpenat untuk cari duit untuk anak-anak.."

Aku terdiam..betul juga..senarionya juga berlaku di tempat aku mencari rezeki..dalam 40orang murid, pukul rata 10 orang merayakan tahun baru cina dan deepavali..tapi, ibu bapa merekalah yang selalu bertanyakan soal akademik anak-anak mereka walaupun mungkin pencapaian anak mereka agak lambat peningkatannya..

Lagi 30 orang..? mereka akan datang ke sekolah..itupun ketika hari temu mesra dan untuk mengambil buku akaun anak mereka untuk mengeluarkan duit elaun..

Iklan itu hanyalah sebahagian gambaran perbezaan mentaliti..jangan memandang kosong..tapi itulah realiti..

~salam sayang~

16 December 2009

meletup di jusco..bomba di mydin..

Rasenya..mengikut pemerhatian dari perbualan bersama rakan-rakan sepanjang setengah tahun 2009..topik Jusco Bandaraya Melaka atau Jusco 2 Melaka yang paling besar dalam sejarah pasar raya di Malaysia menjadi pilihan..

Semua rakyat Melaka menanti pembukaan Jusco yang dijadualkan pada 17hb Disember 2009...seperti rakyat Melaka menantikan pembukaan Mydin MITC beberapa bulan lepas...betapa meriahnya..betapa gamatnya suasana..(aku sekadar memenuhi kesesakan jalan raya di MITC sahaja)..aku rasa begitu juga dengan pembukaan Jusco 2..jalan di hadapan Jusco dan Tesco dilebarkan kepada 3 lorong..banting di setiap tiang lampu jalan utama..wow! betapa meriahnya..nak-nak pembukaan pada hari gaji pekerja kerajaan(yeahhh..bonus!)..

Pepatah kita..malang tidak berbau..tapi pelik..walau kebocoran gas sudah mula dihidu tapi tiada tindakan..berbau tapi malang..(takziah kepada semua mangsa dan empunya kedai)..dah jadi kemalangan, kecelakaan yang tak terlintas..berbau atau tidak..nyawa terkorban..

Kisahnya..Selepas bertugas di SMK Tun Mutahir hari ini..aku dan kawan ke Mydin..seperti biasa,tumpuan orang ramai..dalam menikmati hidangan di arena..kedengaran pengumuman..

"Untuk makluman pengunjung, MYDIN MITC akan mengadakan latihan kebakaran pada hari ini dengan kerjasama BOMBA Ayer Keroh..Sekiranya anda mendengar siren kecemasan dibunyikan, diharapkan agar pengunjung tidak panik.."
Lebih kurang begitu lah pengumuman..setiap 5minit sekali!

Usai hidangan dihabiskan,siren kecemasan masih lagi tidak berbunyi..orang ramai yang baru datang terpinga-pinga mendengar pengumuman..sebaik sahaja enjin kereta aku dihidupkan, siren bomba sayup-sayup kedengaran..aku terus pulang..takut terperangkap dalam kekalutan..

Sudah terhantuk baru tergadah..aku terfikir..andai kecelakaan tidak berlaku di Jusco 2..tiada pasar raya akan membuat latihan kebakaran bersama dengan pelanggan..(ada atau aku kurang pengetahuan)..biasanya..latihan kebakaran dalaman sahaja diadakan..andai paip gas itu menanti waktu dan ditakdirkan bocor pada hari pembukaan? Nauzubillah..betapa Allah tahu yang terbaik..apatah lagi hari itu nanti sepatutnya masjid atau surau dipenuhi untuk sambutan tahun baru HIjrah..

Tragisnya kisah tragedi di Malaysia..kereta terjatuh dari bumbung..paip gas meletup..tanah runtuh dan sebagainya..masa kecil aku hanya tahu kisah Highland Tower..tapi, anak-anak kecil sekarang ada banyak kisah sedih untuk diingati..boleh dijadikan contoh dalam karangan "kerakusan manusia mengejar material,keselamatan tidak diendahkan"..

~salam sayang~

15 December 2009

duniaku..dunia pendidikan khas..



Aku ditanya..bukan sekali atau boleh dibilang..kerap kali..pada sesiapa sahaja yang bertanyakan..baik pada aku..atau pada mak dan abah..soalan yang sama akan terpacul keluar..bertanyakan pasal anak dara pak cik rosle dan cik midah ini..

Contoh perbualan..
Yang Bertanya : "Kerja mana sekarang?"
Aku : "cikgu"
Yang Bertanya : "Ajar subjek apa?"
Aku : "Macam-macam..semua kena tahu ajar"
Yang Bertanya : "Subjek apa?"
Aku : "BM,BI,MATE,GEOG,SAINS,SEJARAH,PJ,SENI dsb.."
Yang Bertanya : "Banyaknya!"
Aku : "Sebab saya mengajar kelas PENDIDIKAN KHAS"

Yang Bertanya akan terdiam..mencari soalan lain..

Yang Bertanya : Pendidikan khas tu apa? Macam mana? Budak cacat pun belajar semua ke?
Kenapa pilih pendidikan khas? Mesti senang kan ajar pendidikan khas..
Pendidikan khas ini ada elaun lebih..untunglah..

*Kebanyakkan pernyataan Yang Bertanya di atas ada yang memedihkan*

Kenapa Pendidikan Khas aku pilih semasa mengisi borang DPLI Ambilan 2008?

Sesungguhnya..jawapan yang paling tepat aku boleh jawab di sini..seikhlas hati aku..atau mungkin kami,kerana adly juga guru pendidikan khas..kami "dilorongkan" untuk bersama mereka..anak-anak istimewa..mesti ada yang kata "poyolah jawab"..

Tapi, kami memang tiada jawapan..sebab semasa memohon dulu...satu bayangan kelas pendidikan khas macam mana pun kami tak tau..yang aku tau..di Melaka ada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di Semabok dan Kelas Pendidikan Khas (Pekak & Bisu) di SMK Tun Mutahir..itu sahaja..anak-anak istimewa pun aku tak pernah berkenalan..tau adanya penyakit sindrom down sahaja..disleksia ke..apa sia pun aku tak tau waktu itu..

Mak pun pesan..pilih betul-betul..jangan nanti salah pilih terus tak dapat..mak..mungkin sebab doa mak juga..alhamdullilah..pilihan pertama kami dipermudahkan hingga ke saat ini..Cikgu Dahlia dan Cikgu Adly (aku keluaran DPLI & Adly keluaran KPLI)..guru pendidikan khas..

Betul ke ajar Pendidikan Khas (PK) ini senang?
Betul ke guru PK ini mengejar elaun lebih?
Betul ke anak-anak istimewa tak payah belajar?


Cabarannya berbeza..
jika guru perdana cabarannya memikirkan bagaimana untuk murid mendapat "A"..kami pula pening memikirkan bagaimana kehidupan anak-anak istimewa ini andai mereka tidak mengenal huruf "A"..
Jika guru perdana sibuk mengajar teknik kepada anak murid untuk menjaringkan gol..kami pula sibuk mengajar anak-anak istimewa memegang bola jangan terjatuh..


Beza bukan cabarannya..tapi titik persamaannya tugas kita sama..mendidik..cara sahaja yang berbeza..
Aku pohon..Jangan sesekali melabel guru-guru Pendidikan Khas adalah guru yang paling senang tugasnya..tidak..walau murid 6 atau 7 orang dalam 1 kelas..keistimewaan mereka berbeza..yang tidak betah duduk diam..yang kurang difahami apa yang mereka tuturkan..yang merenung cikgu umpama bidadari dari syurga..yang mengeja pisang menjadi banana (kerana ada gambar pisang)..itulah mereka..dalam dunia mereka sendiri..

Kepada kawan-kawan yang ingin memohon untuk menjadi guru pendidikan khas kelak..ikhlaskan hati..kerana dunia pendidikan khas bukannya dunia duduk di atas sofa kulit yang lembut..bukan juga dunia mengumpul elaun yang lebih..

~salam sayang~

14 December 2009

..yakin..

Semua orang ada lagu kegemaran yang bila kita dengar lagu tersebut masa tengah tertekan..putus asa..mesti akan bersemangat semula..kadang-kadang kuat penangan sesebuah lagu dalam kehidupan kita..

Aku diperdengarkan dengan lagu dari Art Fazil-Yakin oleh senior Kolej Tun Perak,UPM (tapi maaf,terlupa siapa)..dengan iringan gitar akustik dan lirik mendalam..aku jadi bersemangat bila dengar lagu ini..

Lirik yang mudah dan mendalam..membuatkan aku senantiasa YAKIN WALAU LAMBAT HASILNYA..dan JANGAN PUTUS BERDOA..

Biar menitis asal tak putus
Kata ibu padaku
Biar sedikit asal tak pupus
Biar perlahan jangan berhenti

Kehidupan ini hanya sekejap
Semua kan kau tinggalkan
Di dalam perlumbaan mengejar
Apa yang material
Jangan tinggal solat
Selamat dunia akhirat

Mungkin
Segalanya mungkin
Apa kan terjadi pasti terjadi
Yakin
Hati terus yakin
Dengan harapan
Pada ketentuan Tuhan

Tak bisa berlari aku berjalan
Tak bisa berjalan aku merangkak
Tak bisa merangkak aku mengesot
Perlahan-lahan aku kan sampai jua

Kembara ini kurasakan jauh
Di manakah penghujungnya
Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Doamu ibu azimat hatiku






~salam sayang~

13 December 2009

gula dan susu

Kenapa gula dan susu..?

Aku yakin semua pernah tengok cerita Ahmad Albab..adegan anak dan menantu hadiahkan ayah dia dengan garam dan gula..mesej yang disampaikan cukup mudah..garam dan gula perisa makanan..kurang salah satu,resipi setebal mana pun tak kan sedap..
apa pula kaitan aku dengan adegan itu kan..

Dalam sedang merancang dan menyenaraikan barangan untuk hantaran..pihak sebelah sana beritahu dari pihak lelaki di utara, mereka akan menyerahkan hantaran gula dan susu..
Terkejut juga dengar..sebab aku tak pernah tengok macam mana gubahan hantaran gula dan susu..selalunya dalam barang hantaran untuk perempuan ada telekung atau pakaian..

aku pun bertalu-talu la tanya..gula berapa kg..?susu berapa tin..?macam mana nak gubah..?bg dalam beg plastik beli kat kedai ah seng depan umah aku ke..? sampai saat ini aku memang tak leh nak gambarkan bentuk gubahan gula dan susu..

Aku pun tanya apa signifikan gula dan susu..jawabnya..gula dan susu mewakili kemanisan dalam perhubungan..semoga dalam menempuhi masa brtunang nanti, yang manis-manis saja dilalui..itulah simbolik gula dan susu..(",)


InsyaAllah..selesai majlis nanti..aku akan upload kan gambar gubahan hantaran gula dan susu yang aku terima nanti..aku pun tak sabar nak tengok..heheh..

*berdoa agar majlis akan berlangsung dengan lancar*

~salam sayang~

12 December 2009

zaman dah berubah

orang tua-tua selalu cakap.."zaman dulu tak macam skang nie.." aku pun merasakan benda yang sama..

alhamdullillah..tahun ini pertama kali aku berpeluang jaga peperiksaan pmr & spm..masa jaga pmr, disiplin murid ok..mungkin calon kecik-kecik lagi..n comel-comel lagi..hehe

tapi, bila jaga spm..macam-macam halnya..

yang tidur..itu kebiasaan..15 minit nak abis masa menjawab..barulah calon jawab..itu pun tak baca pun kertas soalan..
yang tak datang..itu selalu ada..yang tak pernah datang ada..yang datang jawab kertas 1 tapi tak datang jawab kertas 2..pun ada..
pakaian? rambut? macam taiko along kutip hutang muka masing-masing..

sebab itu aku merasakan zaman dah berubah..dalam tempoh masa sepuluh tahun..nilai peperiksaan itu semakin hilang..nilai ilmu? entah ada...entah tidak..

nak salahkan sistem pendidikan? tak logik..sebab berapa ramai graduan yang lahir bermula dari sistem pendidikan seawal usia 7 tahun..
nak salahkan guru, bak katanya "semberono" mengajar? aduh..penat lelah guru pulang jam 5 petang, hanya title semberono yang dapat..?

salahnya pada calon itu sendiri..meletakkan nilai peperiksaan dan nilai ilmu jauuuuuuhhhh lebih rendah dari motor kapcai mereka...

~zaman dah berubah~

~salam sayang~