dewandahlia

29 October 2009

seari seposen...hujung tahun makan hotel..






pepatah baru..untuk students aku yg disayangi...heheh..seposen setiap hari..hujung tahun makan hotel..

dari awal tahun, students aku menabung seari seposen untuk jamuan akhir tahun...
seposen je..setiap hari kena bagi pada cikgu kelas masing-masing..smpai la ke hujung tahun..

dan seperti yang dijanjikan..jamuan akhir tahun untuk tahun 2009..28 Oktober..kitorang bawa students lunch di hotel Kings..depan sekolah je pun..tp, ok wat..hotel gak..makanan dia pn sedappp...berbaloi-baloi..

dgn seposen setiap hari..bayaran ke hotel RM15 sekelip mata je boleh dibayar..kan hebat kuasa seposen tue...segala hidangan students aku amik(termasuk la cikgu-cikgunye..heheh..)..mungkin ini merupakan kali pertama students aku makan di hotel..*sayu lak aku*

jadi, anak-anak didikku..tahun depan, menabung la seposen setiap hari..cikgu-cikgu ni memang banyakkkk sangat plan tuk kamu semua..

~salam sayang~

1 comment:

  1. salute la leh kumpul sehari seposen then dpt makan kt hotel.. nk ciplak idea ni gak la...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..