dewandahlia

27 February 2010

lari dari kebiasaan

Sesekali lari dari kebiasaan rutin harian memang menyeronokkan..nak-nak bila lari dari kebiasaan itu bersama-sama dengan ahli keluarga..teman-teman dan yang istimewanya bersama dengan yang tersayang..oh..lari dari kebiasaan bermaksud CUTI..

Jarang aku lari dari kebiasaan..walaupun cuti sekolah..kebiasaan aku akan berada di kedai melunaskan kewajipan kepada ibu bapa..tapi kali ini..aku lari dari kebiasaan bersama dengan teman-teman..

*Azlina*Siti Intan Liyana*Rosmaizam*Aainaa
*Nurul Aishah*Artika*Maryam*

Tema perjumpaan kami kali ini ialah CacaMarba..jadi tiada tentatif program..hanya jalan..bergambar..jalan..bergambar..jalan..bergambar..dan jalan..bergambar lagi...aku masih menantikan gambar-gambar dari teman..hanya ini antara ratusan keping yang ada dalam simpanan aku...


Aku sangat bangga berkawan dengan mereka..sebabnya..kisah kehidupan kami sangat-sangat berbeza..begitu begini..macam itu..macam ini..lain-lain..titik persamaan hanyalah kami menetap di Kolej Tun Perak,UPM..dan kami berkawan..sampai bila-bila..(",)

 Moga-moga aku berkesempatan berjumpa dengan teman-teman dari Sek.Keb.Batu Berendam..SMK Munshi Abdullah..Sek.Men.Sains.Muar..Kolej Matrikulasi Melaka..DPLI Universiti Sains Malaysia..

*Dahlia sayang kalian*

~salam sayang~



21 February 2010

10% atau 90%..?

Rasa ingin menulis menebal walau mata sudah dilelapkan sebentar tadi..untaian ayat mula terlintas dalam fikiran.

Malam tadi, tunang aku berkesempatan menghadiri ceramah perniagaan yang salah satu produknya digunakan untuk mengairi kolam ikan..cuba ingat iklan apa..(aku memang suka iklan).. Aku biarkan sahaja dia menadah telinga mendengar ceramah..sekurang-kurangnya dia dapat menyaksikan sendiri kehebatan golongan tersebut..ceramah-ceramah seperti itu adalah nombor satu dalam senarai ketidaksukaan aku..maaf ye..jangan ajak aku pergi..

Pulang dari ceramah tersebut..dia menelefon..bercerita mengenai ceramah tersebut yang lewat malam selesainya..disambung pula di warung mamak..tunang aku diprovok untuk menyertai golongan mereka..biasalah..

Ada satu kenyataan yang diceritakan semula berjaya membuat aku yang konon-konon suka berfikir ini berfikir..

Lebih kurang begini pernyataan tersebut yang disampaikan oleh encik penceramah..

"10% orang Melayu berjaya dengan menyertai perniagaan seperti ini..90% pula gagal..anda berada dalam kelompok yang mana..?"

Benarkah..? 
Mungkin benar..sebab kalau tengok pada iklan-iklan "Mahukan Pendapatan Sampingan?Klik Sini" "Mari Jana Pendapatan Dengan Kami!"..contoh beberapa iklan yang sering dan acapkali ditemui dalam dunia siber..semuanya adalah benar seperti kenyataan encik penceramah itu..orang Melayu..berjayalah..sebab tunjuk kereta..tunjuk duit..dalam Facebook ada kan..?

Tapi benarkah..?
Kalau benar..

1. Mengapa nama mereka tiada dalam Senarai Individu Terkaya di Malaysia..? Tercicirkah mungkin..?
2. Adakah konotasi berjaya hanya dengan apabila menyertai perniagaan seperti itu..? Cikgu seperti aku ini tak dimaksudkan dalam kategori berjayalah..?kesian aku..selalu dapat markah 90% dalam peperiksaan rupanya petanda menjadi 90% yang gagal..
3. Apakah mereka mampu menjaminkan bahawa 10% itu akan kekal atau meningkat..atau mereka yang terdiri dari 10% itu tiba-tiba akan meningkatkan angka 90% kepada 91%..?
4. Apakah kelangsungan hidup tidak dapat diteruskan kalau tidak menyertai mana-mana perniagaan seperti itu...?

Aku tidak menidakkan kehebatan golongan-golongan ini..pelbagai cara..pelbagai kaedah..kalau menjadi..Alhamdulillah..jangan lupa dizakatkan..kalau gagal,berpijaklah pada yang nyata..aku ini ortodoks orangnya..menerima pembaharuan membina kekayaan seperti itu lambat sikit..atau mungkin bukan aku orangnya ditakdirkan begitu..

Sebab..mak dan abah aku tidak pernah menyertai mana-mana perniagaan seperti itu..tapi mereka BERJAYA menjadikan aku dan kakak aku BERJAYA dengan cara mereka..BERJAYA dalam maksud kehidupan kami..jadi..kami sekeluarga ini dalam kelompok 90% atau 10%..?

~salam sayang~

nota kaki : Sekalung penghargaan kepada beliamuda.

20 February 2010

gajah

Dah berkenalan dengan Wong Ah Fatt..? Ala..yang kawan-kawan dia panggil Gajah...dalam iklan Petronas sempena Tahun Baru Cina.. 
Tahniah! Iklan yang sangat bermakna..aku suka menonton iklan dari menonton drama yang pelakonnya bergelar segala pangkat yang ada,dialog nilai harta berjuta..iklan lagi dekat di hati..dan kali ini iklan itu betul-betul terkesan di hati aku..

Dari aku belasan tahun(sekarang dah puluhan)..id aku ialah "anakgajahdebab"..emel : anakgajahdebab@yahoo.com..id pengguna untuk kebanyakkan laman sesawang juga anakgajahdebab..atas nota..anakgajahdebab..atas fail..anakgajahdebab..atas mana lagi..semua aku tuliskan anakgajahdebab..kiranya sinonim..dahlia ialah anakgajahdebab..anakgajahdebab ialah dahlia..

anakgajahdebab = gemuk..bulat tapi comel..hehehe..

Tup..tup..bila kali pertama aku menonton iklan Petronas..aku tergamam..luas rupanya maksud GAJAH..bukan setakat gemuk..besar..tinggi...tapi...kuat,lemah lembut dan  penyayang..

Aku bayangkan aku ialah empunya suara itu..Wong Ah Fatt itu..abah aku..hampir 80% situasi yang dilakonkan adalah seperti kehidupan kami..sebab itu iklan ini terkesan di hati aku..

Abah aku dari aku belum lahir sehingga kini (usianya kini 54 tahun)..berniaga..roti canai..roti telur..roti tampal dan nasi lemak..(tukang masak yang sangat hebat!)..semua itu dilakukannya sendiri..uli tepung..canai roti..masak kuah dal..masak sambal..pergi pasar..semua dia buat sendiri..aku?erm..pergi beli-beli barang kedai..membantulah juga..:)

Abah sangat kuat..periuk abah semua besar-besar..kalau angkat periuk abah..uish,kira senaman percuma..tidur abah tak pernah lebih 5 jam sehari..kedai abah hanya sebulan sekali sahaja ditutup kalau tiada apa-apa hal..kuat abah aku..segalanya dilakukan sendiri..

Aku hanya dua beradik..aku dan kakak..kami sama-sama tinggal di asrama..satu ketika..aku di SMS Muar..akak aku di Kolej Matrikulasi Melaka..seorang di Muar..seorang di Masjid Tanah..jadi setiap Sabtu dan Ahad..abah dan mak akan bergilir ke tempat kami..Sabtu ke Muar..Ahad ke Masjid Tanah..dan begitulah sebaliknya..abah akan melawat kami tiap-tiap minggu..sepanjang dua tahun aku di SMS Muar,belum ada satu minggu yang abah dan mak tak datang..siap sahaja kemas kedai..mereka akan bertolak..selalunya, tak pernah datang dengan tangan kosong..goreng pisanglah..pau Muar yang enak..KFC..abah mesti akan datang setiap minggu.. dan mesti ada jajan akan dibawa..penyayang abah aku..

Alhamdulillah..abah aku bukan orang yang panas baran (cakapnya hanya sekali..kami akan terdiam bersalah)..dan masih sihat..masih dikurniakan kecergasan..masih nampak muda..dan masih kuat melakukannya sendiri...(adakala perlu bantuan)..dan sangat penyayang..beruntung aku..kalau bukan sebab abah..sebab siapa lagi aku seperti hari ini...?

Aku suka pengakhiran iklan itu..

"kini saya perlu kuat untuk menjaganya"

jadi..maka..sesungguhnya..dengan itu..

anakgajahdebab perlu menjadi anakgajahdebab yang bukan hanya gemok dan comel tapi  kuat menjaga ayahnya..

 ~salam sayang~

nota kaki : klik GAJAH untuk pautan video di Youtube. 

18 February 2010

buku merah jambu

Buku merah jambu.Mungkin kerana warna kesukaan aku.Aku tertarik membelek.

Helaian disingkap.Menarik.Teruja.Ada sesuatu yang ada dalam buku itu.Bukan novel Harry Potter sahaja punya kuasa.Buku merah jambu juga punya kuasa.

*Buku Merah Jambu*

Aku tak bersedih.Jauh sekali untuk sengaja bersedih.Tapi kenapa aku beli?Kerana ia buku merah jambu.
Ini bukan iklan.Aku tak dibayar.Cuma aku suka buku merah jambu ini.

Intan pertama dalam buku merah jambu.

KUNCI-KUNCI MERAIH KEJAYAAN.
  • Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNya.
  • Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan.
  • Kunci syurga adalah mengesakan Allah.
  • Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhlukNya.
  • Kunci kebaikan adalah kejujuran.
  • Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al'Quran,berdoa di malam hari, dan meninggalkan perbuatan dosa
  • Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik.
  • Kunci kejayaan adalah sabar.
  • Kunci kebahagiaan adalah taqwa.
  • Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.
  • Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
  • Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa.

Banyak kunci.Mengharapkan semua pintu akan terbuka.

~salam sayang~

16 February 2010

gelaran apa paling layak..?

Hanya gambar-gambar menterjemahkan tajuk entri kali ini..




"tidur ye..mak dodoikan kamu.."


SEBALIKNYA..

"syurgalah tempatmu sayang"


 "kamu akan ditemani bidadari di sana..bermainlah kamu dengan riang di sana"
"api yang membakar itu terlalu sejuk buatmu wahai anak..kamu bukti kekuasaan Allah.."


GELARAN APA PALING LAYAK..??


~salam sayang~

nota kaki : air mata aku mengalir..Al-Fatihah kepada anak-anak kecil ini..maaf andai gambar terlalu menyayat hati..tapi itulah kehidupan kita..nilai kasih sayang kembali ke zaman jahiliah..moga pedoman sentiasa diberikan kepada kita semua..

12 February 2010

kegilaan

Remaja ditakrifkan sebagai satu zaman yang boleh dianggap penuh cabaran dan keseronokan..zaman remaja inilah remaja itu dicabar oleh peraturan agama, sosial dan budaya..fuh! aku masih ingat lagi ayat psikologi remaja masa zaman ijazah..hehe..dunia remaja dunia yang dipenuhi dengan kehendak dan keperluan..juga kegilaan..

Aku juga remaja..dan dunia aku juga penuh kegilaan..kehendak dan keperluan..

Kegilaan aku..kehendak..dan keperluan..

1.  Facebook..
     Yang ini rasanya boleh dikategorikan wajib untuk setiap remaja ada..jangankan kata remaja..sesiapa    
     sahaja boleh ada Facebook..sesuai dengan "tagline" Facebook.."Facebook helps you connect and share   
     with the people in your life"
Dapatlah aku berhubung dengan kawan lama..dari SKBB-SMKMA-SAMURA-KMM-UPM-USM-SMKBB..seronok main kebun-kebun..main kedai kopi..bela ikan..ish..sehari tak buka Facebook..terbayang tanaman yang entah berapa banyak dicuri..hehe..

Kegilaan aku..kehendak..dan keperluan..

2. Ariani
Bukanlah banyak sangat pun koleksi Ariani yang aku ada..cukuplah merasa nak pakai..sebenarnya alternatif untuk aku pakai kalau terlambat bangun nak bersiap ke sekolah..sarung terus..heheh..yang di atas itu, salah satu barang hantaran masa bertunang..kan senang..tak perlu gubah-gubah..masuk kotak letak reben..heheh..bukanlah sebab jenama jadi kegilaan aku..tudung ala-ala yang sepuluh ringgit pun aku sarungkan juga..

Kegilaan aku..kehendak..dan keperluan..

3. Telefon bimbit
Yang ini model terbaru yang aku gunakan..bukannya model terbaru di pasaran ye..lain maksudnya...
Gara-gara telefon lama terjatuh dalam air Nescafe O Ais Limau (siapa tak pernah rasa,boleh cuba)..maka aku pun dengan nada sayunya terpaksa membeli telefon dalam lingkungan bajet RM 200..jadilah inilah hasilnya..setakat nak berhubung...bolehlah..bukankah telefon memang fungsinya untuk berhubung..bukan menonton tv kan..?

Kegilaan aku..kehendak..dan keperluan..

4.Memandu kereta
Yang ini boleh dikatakan keperluan..boleh jadi kehendak kalau rasa bosan dan nak merayau-rayau..duduk dan pandu..pusing-pusing..setakat ini meronda paling seronok ialah di sekitar kawasan sawah padi di Kedah dan Pulau Pinang..pemadangan betul-betul sama macam guru seni aku suruh lukis dulu..ada dua tiga bukit..ada sawah terbentang dengan ban di tengah-tengah..pokok kelapa jangan lupa dengan rumah kayu..pemandangan waktu senja di sawah padi..adalah burung terbang..


Kegilaan aku..kehendak..dan keperluan..

5. Tunang - Khairul Adly Abu Hashim
Kegilaan..keperluan dan kehendak..hahah..pakej hati..heheh..Alhamdulillah..fasa bertunang kami lebih tenang..lebih banyak berbicang dari merajuk..hehe..semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar..dan sebenarnya..zaman remaja juga adalah zaman percintaan..kebanyakan kita jatuh cinta pada usia remaja..anak murid aku pun pandai main surat cinta..siap ayat "jangan rapat dengan dia lagi..amaran!" pergh..itulah zaman remaja..gila bercinta..



Cuma satu sahaja..apabila zaman remaja menjadi satu zaman yang hanya memandang dan mementingkan elemen hidonistik,gilakan hiburan sehingga menjadi keperluan dan bukan kehendak..maka..rugilah zaman remaja tersebut..lebih ramai remaja berduyun ke lokasi uji bakat dari menghadiri kuliah agama..

Kata Hukama,"Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan" – (Hamka)
~salam sayang~

05 February 2010

kalah

Ada beberapa ketika kita akan rasa kita kuat..
Tapi ada ketika kita akan rasa kalah..

Aku bukan nak cerita soal kalah dari segi emosi..sangat subjektif emosi untuk setiap individu..

Pertama..aku akan kalah dengan...

SENGGUGUT..

Memang dari zaman sekolah menanggung kesakitan itu setiap bulan..sampailah sekarang..belum ada ubat yang benar-benar berkesan untuk aku..walau dah mencuba pelbagai produk..ubat berkesan ialah berguling-guling di atas katil sambil menangis..heheh..tapi sebelum itu,makan Panadol dulu..baru berguling-guling..

Sakit perut ketika haid dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".

Senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea).

Senggugut primer berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman.

Senggugut jenis ini lazimnya berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid berkenaan. Senggugut ini memang biasa (23 hingga 25 peratus) melanda remaja.

Kesakitan senggugut ini berlaku hanya untuk satu atau dua hari saja sewaktu pendarahan haid. Lazimnya kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti paracetamol.

Kesakitan senggugut primer ini disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat.

Jika kesakitan berlaku terlalu teruk sehinggakan mengganggu kerja harian seperti terpaksa bercuti daripada ke sekolah atau berkerja, rawatan dengan ubat-ubatan perlulah diberikan supaya perjalanan hidup harian boleh berlaku seperti biasa walaupun dengan kedatangan haid.

Ada juga petua untuk menghilangkan senggugut yang boleh dikongsi dan diamalkan bersama..InsyaAllah..
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Kedua...aku akan kalah dengan..

MIGRAIN..

Yang ini juga akan membuatkan aku rasa nak hantuk kepala sahaja..mula-mula aku dapat migrain semasa di tingkatan 2..selepas sahaja makan coklat Cadbury di sekolah..mata mula kabur,badan mula berpeluh-peluh..sedar-sedar..dah sampai di rumah..pergi klinik..terus doktor bagi suntikan..dan mulalah dari hari itu..coklat dan aku berpisah..

Sampai sekarang..silap sikit mulalah pening kepala..minum air termanislah..balik sekolah dalam tengah hari yang panas teriklah..usih,yang ini tak kira bulan..tak kira hari..baru dua tiga hari lepas, penyaman udara kereta dah pada kesejukkan tahap 3 pun, badan berpeluh-peluh,kepala berdenyut-denyut..balik sekolah terus lena..

Mak aku rajin rebuskan daun yang airnya dibuat minum..Alhamdulillah..berkesan..aku tak tahu nama daun itu..PakNgah aku di Kota Tinggi yang bagi..rasa air daun itu sama macam rasa air teh kurang manis..tak pahit..jadi bolehlah tekak aku terima..heheh..


Bukanlah satu kesusahan apabila kita mendapat ujian kesakitan seperti ini..bersyukur dan jangan merungut..ini hanya sebahagian kecil sahaja diuji..sebab kita mampu menghadapinya maka Allah kurniakan pada kita..kita mendapat rahmat seperti ini..sekurang-kurangnya..kita masih lagi mampu bernafas di kala sakit..

~salam sayang~
 

04 February 2010

senangnya

Dulu aku rasa jenayah paling kejam pernah aku tahu dan ikuti adalah pembunuhan Dato' Mazlan oleh Mona Fendi pada 1993..

Kes Mona Fendi atau nama sebenarnya Maznah Ismail menggemparkan Malaysia apabila ditangkap kerana membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang pada 13 Julai 1993.
Mona bersama suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang ditolak dan mereka dihukum gantung sampai mati pada 2 November 2001.

Itu peristiwa tahun 1993..hampir 17 tahun jenayah ngeri dalam sejarah apabila mayat dikerat 18 itu menggemparkan Malaysia..senangnya mengerat manusia..

Macapada kini pula..kembali terjadinya pembunuhan kejam..tidak kiralah..dalam kes samun..kes rogol..mangsa akhirnya akan dibunuh..sudahlah dibunuh..mayat mangsa entah di mana-mana dicampakkan..ikut suka..jumpa semak,buang..jumpa sungai,buang..jumpa lubang jamban pun dibuangnya juga..senangnya membunuh dan membuang mayat manusia..

Bak kata 999..jenayah tidak mengenal mangsa...kalau diikutkan makin tengok 999..makin rasa tak selamat pula..kan..?

Adik Nurin Jazlin pula ditemui kejam dalam beg pakaian,ditinggalkan pula di kaki lima..ditusuk pula kemaluannya dengan objek..senangnya menusuk orang sesuka hati..

Sekali lagi jenayah pembunuhan kejam yang dikategorikan di luar kewarasan terjadi..dibunuhnya ahli keluarga..dipenggal dan dibawa lari pula kepala si ayah menaiki motor dan juga bas..senangnya memenggal kepala dan diusung ke sana ke mari..

Surat khabar hari ini pula, ekoran dari menegur kelakuan suspek, ayah mati dirodok pisau rambo hingga terburai usus..senangnya merodok perut manusia..

Mana perginya kewarasan manusia..?
Mengapa mudah tunduknya manusia kepada bisikan-bisikan khayalan..?
Nilai kasih sayang makin luput..makin pupus..makin dimakan bubuk keganasan..


Mungkin satu hari nanti..aku akan mendengar jawapan ini dari anak murid aku..

"Cikgu, Saya mendengar bisikan di telinga supaya tidak menyiapkan kerja rumah.."

~salam sayang~

nota kaki : semoga roh mereka tenang di sana..Al-Fatihah..