dewandahlia

15 June 2010

kelopak dan bunga

Kala kompang pasangan lain mula bergema, kami berdua pula baru mahu memulakan persiapan...masih banyak waktu..cumanya punya waktu berdua bersama di cuti ini, diambil kesempatan tersebut...

Ke Nilai 3... memang tak pernah pergi sebelum ini..cuma mendengar cerita sahaja...
Pergi pun dah petang, jadinya tak banyak waktu meninjau dari satu ke kedai ke kedai lain...

Ke satu kedai "Terima Kasih"..warna kedainya merah menyala...sehangat cinta pasangan yang ke kedai tersebut mungkin...
Barangnya banyak..cantik-cantik...petugas pembantu kedai juga ramai...
Cumanya pada mata yang mahu segalanya nampak seperti orang Malaysia yang beradab dan bersopan..mungkin bukan mereka...kurang senyumanlah........

Aishhh...troli dah penuh barang, mahu sahaja dipunggah letak kembali ke tempat asal...nak tak nak cepat-cepat bayar....
Terima kasih ye...

Senang sebenarnya..tapi kenapa kadang-kadang susah sangat...nak hadiahkan senyuman......

Dicari pula sepasang baju untuk majlis pernikahan...memang banyak kedai kain yang ada..jadinya pilihan juga banyak..mata juga rambang memilih yang sesuai dengan harga yang berpatutan...

Biasalah orang Malaysia...
"Yang ini berapa harganya...? Kurang sikit tak boleh ke...berapa harga yang boleh...?"

Bila berkenan..harga pula tak boleh runding..Empat ke lima kedai kami tinjau...ada yang menarik...memang terpaut nak beli...tapi..

Bila muka pelayan kedai....masam....susah sangat nak senyum....
Angkat kaki terus...lupakan apa yang dah berkenan....nak-nak aku yang memang pakai seringkas mungkin...manalah nak dilayan sangat..
Agaknya sebab itu, mereka kurang berikan senyuman mungkin....

Dan akhirnya...

"Abang..kakak..mari masuk...sini banyak pilihan..apa mau saya boleh tolong..masuk abang..jangan risau..harga saya boleh kurang kasi.."

Disebabkan dia senyum...terus kami masuk ke kedai tersebut..walaupun pembantu kedai tersebut Mat Bangla...janji dia senyum!

Lama kami di kedai...aku suruh turunkan kain,dia turunkan...aku suruh tukar warna baju dengan kain,dia tukarkan...senyum tak tinggal...yang menariknya...dia siap bagi kain lebih lagi..harga pula jauh lebih murah..!
*Patutlah Mat Bangla/Pakistan pandai jual karpet...mereka tak kedekut nak senyum..*


 Jadi,




Senyum itu kelopak...
Ketawa itu bunga...
Yang sempurna kembangnya....


~salam sayang~

14 June 2010

lembu hitam di lebuh raya

Cuti sekolah penuh aktiviti keriangan....sempat juga ke rumah maksu di Serdang...pulang agak lewat..jam 9 malam baru bertolak balik Melaka...badan pun letih-letih selepas penat berjalan di Nilai 3...encik tunang yang memandu kereta...nak lelapkan mata,macam tak adil..dia pun mengantuk...

Sembanglah segala macam topik...boraklah segala macam cerita...

Sampai di sekitar kawasan Seremban...tengah bercerita dengan encik tunang...

Tiba-tiba..

"Sayang..kenapa ada lembu hitam kat depan?"  *depan=laluan menghala ke Kuala Lumpur*
"Ha ahh.....kena...."

Tak sempat aku menghabiskan soalan...lembu hitam itu meletup!
Dirempuh kereta di lorong kanan...*lembu hitam itu memang ada di lorong kanan* 
Kaca terpelanting ke kereta kami yang menghala ke arah selatan...kiranya lorong bertentangan...
Menjerit kuat juga...sebab kena cermin depan..nasib baik encik tunang tak tekan brek tiba-tiba...

Terdiam hampir 5 minit...tangan aku memang sejuk..lembik rasanya...

"Abang..tadi memang kita nampak lembu hitam kan...? Besar kan...?"
"Macam mana lembu hitam ada kat lebuh raya...? Duduk kat lorong kanan pula..."
"Abang...kenapa kereta lain boleh elak lembu tu...? Tapi, takkan peronda tak dapat laporan ada lembu di lorong kanan...?"

Ingat macam mimpi...tapi, tak..sebab tak sampai beberapa minit..kami nampak dah kereta peronda dan ambulans menghala ke tempat kejadian..betullah ada kemalangan....

Tapi, betul ke disebabkan lembu hitam di lebuh raya?

Atau..kami sahaja yang kebetulan nampak lembu hitam itu....duduk di lorong kanan....


Sebab..esoknya tiada pun berita kemalangan disebabkan seekor lembu di lebuh raya pada malam hari...

Lembu hitam di lebuh raya......masih misteri untuk kami...

Berhati-hati bila memandu...

~salam sayang~

03 June 2010

tukar lagu

Tukar lagu lagi....dan jumpa lagu yang paling suka didengar, tak pernah jemu......sejak menjejakkan kaki di UPM....


Art Fazil- Yakin
Klik Yakin..aku pernah menulis entri berkaitan lagu ini.....


Selamat mendengar...dan menghayati....


~salam sayang~

entri tanda kertas peperiksaan...

Dah seminggu kertas-kertas peperiksaan terletak di atas meja...baca...tutup...baca lagi...tutup lagi...

Haish...macam mana nak bagi markah ni..

Untuk peperiksaan pertengahan kali ini, bagi calon PMR dan SPM, kami gunakan soalan peperiksaan selaras yang disediakan Jabatan Pelajaran Melaka...sekurang-kurangnya adalah pengalaman awal untuk calon murid pendidikan khas menjawab soalan peperiksaan awam...

Sebab itulah aku tutup buka sahaja kertas jawapan mereka..nak bagi markah ikut skema..macam mana ye..tak bagi markah..ada juga usaha mereka menjawab soalan...aku bantu seboleh mungkin....

Agaknya itulah rasa cikgu-cikgu aku dulu...terutamanya di SAMURA..jenuh agaknya mereka fikir nak bagi markah untuk jawapan aku..panjang ayat sahaja boleh harap...jawapan entah mana-mana....heheh...itu yang sampai Fizik jadi 7D...esei merapu lebih...

Tapi, nasib baik untuk subjek-subjek psikologi dan pembangunan manusia di UPM, aku mampu mengoreng ayat dengan jayanya...hehe...
*tiba-tiba teringat Cikgu Fatimah,guru Bahasa Melayu Sains Muar- "buat karangan mesti ikut standard SAMURA"..terima kasih cikgu!*


Aku cuma mampu mengharapkan..keajaiban atas usaha kami semua...aku sangat-sangat berdoa agar dua orang anak murid aku tahun ini lulus dalam Bahasa Melayu SPM...
"Cikgu belanja pizza!"

Tapi, kamu berdua perlu berusaha! Usaha! Usaha! Usaha! Usaha! Usaha yang lebih! 
Selagi daya cikgu-cikgu akan membantu kamu.......dan untuk kamu semua anak-anak istimewa kami.....




~salam sayang~