dewandahlia

03 June 2010

entri tanda kertas peperiksaan...

Dah seminggu kertas-kertas peperiksaan terletak di atas meja...baca...tutup...baca lagi...tutup lagi...

Haish...macam mana nak bagi markah ni..

Untuk peperiksaan pertengahan kali ini, bagi calon PMR dan SPM, kami gunakan soalan peperiksaan selaras yang disediakan Jabatan Pelajaran Melaka...sekurang-kurangnya adalah pengalaman awal untuk calon murid pendidikan khas menjawab soalan peperiksaan awam...

Sebab itulah aku tutup buka sahaja kertas jawapan mereka..nak bagi markah ikut skema..macam mana ye..tak bagi markah..ada juga usaha mereka menjawab soalan...aku bantu seboleh mungkin....

Agaknya itulah rasa cikgu-cikgu aku dulu...terutamanya di SAMURA..jenuh agaknya mereka fikir nak bagi markah untuk jawapan aku..panjang ayat sahaja boleh harap...jawapan entah mana-mana....heheh...itu yang sampai Fizik jadi 7D...esei merapu lebih...

Tapi, nasib baik untuk subjek-subjek psikologi dan pembangunan manusia di UPM, aku mampu mengoreng ayat dengan jayanya...hehe...
*tiba-tiba teringat Cikgu Fatimah,guru Bahasa Melayu Sains Muar- "buat karangan mesti ikut standard SAMURA"..terima kasih cikgu!*


Aku cuma mampu mengharapkan..keajaiban atas usaha kami semua...aku sangat-sangat berdoa agar dua orang anak murid aku tahun ini lulus dalam Bahasa Melayu SPM...
"Cikgu belanja pizza!"

Tapi, kamu berdua perlu berusaha! Usaha! Usaha! Usaha! Usaha! Usaha yang lebih! 
Selagi daya cikgu-cikgu akan membantu kamu.......dan untuk kamu semua anak-anak istimewa kami.....




~salam sayang~



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..