dewandahlia

21 February 2010

10% atau 90%..?

Rasa ingin menulis menebal walau mata sudah dilelapkan sebentar tadi..untaian ayat mula terlintas dalam fikiran.

Malam tadi, tunang aku berkesempatan menghadiri ceramah perniagaan yang salah satu produknya digunakan untuk mengairi kolam ikan..cuba ingat iklan apa..(aku memang suka iklan).. Aku biarkan sahaja dia menadah telinga mendengar ceramah..sekurang-kurangnya dia dapat menyaksikan sendiri kehebatan golongan tersebut..ceramah-ceramah seperti itu adalah nombor satu dalam senarai ketidaksukaan aku..maaf ye..jangan ajak aku pergi..

Pulang dari ceramah tersebut..dia menelefon..bercerita mengenai ceramah tersebut yang lewat malam selesainya..disambung pula di warung mamak..tunang aku diprovok untuk menyertai golongan mereka..biasalah..

Ada satu kenyataan yang diceritakan semula berjaya membuat aku yang konon-konon suka berfikir ini berfikir..

Lebih kurang begini pernyataan tersebut yang disampaikan oleh encik penceramah..

"10% orang Melayu berjaya dengan menyertai perniagaan seperti ini..90% pula gagal..anda berada dalam kelompok yang mana..?"

Benarkah..? 
Mungkin benar..sebab kalau tengok pada iklan-iklan "Mahukan Pendapatan Sampingan?Klik Sini" "Mari Jana Pendapatan Dengan Kami!"..contoh beberapa iklan yang sering dan acapkali ditemui dalam dunia siber..semuanya adalah benar seperti kenyataan encik penceramah itu..orang Melayu..berjayalah..sebab tunjuk kereta..tunjuk duit..dalam Facebook ada kan..?

Tapi benarkah..?
Kalau benar..

1. Mengapa nama mereka tiada dalam Senarai Individu Terkaya di Malaysia..? Tercicirkah mungkin..?
2. Adakah konotasi berjaya hanya dengan apabila menyertai perniagaan seperti itu..? Cikgu seperti aku ini tak dimaksudkan dalam kategori berjayalah..?kesian aku..selalu dapat markah 90% dalam peperiksaan rupanya petanda menjadi 90% yang gagal..
3. Apakah mereka mampu menjaminkan bahawa 10% itu akan kekal atau meningkat..atau mereka yang terdiri dari 10% itu tiba-tiba akan meningkatkan angka 90% kepada 91%..?
4. Apakah kelangsungan hidup tidak dapat diteruskan kalau tidak menyertai mana-mana perniagaan seperti itu...?

Aku tidak menidakkan kehebatan golongan-golongan ini..pelbagai cara..pelbagai kaedah..kalau menjadi..Alhamdulillah..jangan lupa dizakatkan..kalau gagal,berpijaklah pada yang nyata..aku ini ortodoks orangnya..menerima pembaharuan membina kekayaan seperti itu lambat sikit..atau mungkin bukan aku orangnya ditakdirkan begitu..

Sebab..mak dan abah aku tidak pernah menyertai mana-mana perniagaan seperti itu..tapi mereka BERJAYA menjadikan aku dan kakak aku BERJAYA dengan cara mereka..BERJAYA dalam maksud kehidupan kami..jadi..kami sekeluarga ini dalam kelompok 90% atau 10%..?

~salam sayang~

nota kaki : Sekalung penghargaan kepada beliamuda.

1 comment:

  1. ~ kenapa hanya 5% yang kaya & 95% lagi tak kaya? pasal 95% tu taknak buat apa yg orang kaya buat...hmmmm.. mana nak dapat apa yg orang kaya dapat!!

    *petikan ini diambil dari salah seorang rakan di Facebook*sungguh aku menyampah dengan kenyataan itu*aku kaya cukup dengan bersederhana*

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..