dewandahlia

28 April 2010

entri kepada mahasiswa

Nak berkongsi tentang satu iklan dalam surat khabar...satu muka surat juga iklan..tengoklah...

 Aku rasa dulu iklan hanya untuk pembelian komputer riba...yang pada aku memang baguslah..sebab bukan semua berkemampuan nak beli tunai..jadi dengan ada sistem pinjaman, ringanlah sedikit beban...tapi...sekarang pun ada pinjaman pembelian telefon bimbit..??

Tak pelik apa pun..sebab biasalah..selagi ada yang baru semua nak dibeli..nak dicuba..itukan budak U..budak Universiti..tapi peliklah sebab rasa PTPTN bermaksud Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional..

Telefon bimbit yang canggih sangat ini pun termasuk dalam keperluan pendidikan ke..? Mungkinlah kut, kalau tak,tak kan sampai boleh ada iklan yang boleh menggoda mahasiswa macam ini..Penting tuuu...nak telefon kawan kejut bangun pergi kuliah...nak telefon kawan ajak pergi perpustakaan...nak mms kawan beritahu tengah belajar..nak-nak sekarang Facebook,twitter..uish..nak jaga kebun..nak perang-perang..eh,penting sangat telefon bimbit canggih ini pada mahasiswa..mungkinlah...bangga telefon paling canggihhhh....melekat kat tangan...
aku pun dulu macam itu juga..bukan jujur pun orangnya..PTPTN jadi PTPTPu...tapi, sampai nak beli telefon bimbit tak pernahlah..

Cumanya..mungkin kurang sesuai.. gunakanlah peluang pinjaman dan tajaan yang dapat ini dengan betul..rasanya ada mahasiswa yang tak dapat pinjaman..yang dapat kenapa nak dibazirkan seperti ini..rugilah..kalau nak dibazirkan pun,berjanjilah bahawa anda akan membayar kembali mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan..ini dah puas habiskan duit PTPTN..liat pula nak bayar...bagilah orang lain can nak merasa beli telefon bimbit canggih guna duit PTPTN...kan..?

Dulu,aku balik Melaka setiap minggu...sebab nak ambil abah aku punya tisu peket yang dapat percuma..bawa pergi kolej..aku letakkan kat setiap blok..satu peket sepuluh sen..jadilah..lepas juga duit "topup"..lepas itu, sewakan cd pada kawan-kawan..dapatlah duit tepi...tak cukup..aku beli kerepek bungkusan besar..lepas itu aku bungkus jadi peket kecil-kecil..jual..uish,laku...ada lagi..aku buat pula khidmat mencetak tugasan di kolej(print assignment)..pintu bilik asyik kena ketuk, orang datang nak "print"..komputer memang tak pernah tutup..

Ligat aku waktu itu..seronok..duit ada sahaja..tak sampai lima puluh ringgit pun tak kisah..janji duit tak putus..janji lepas duit aku dan encik tunang tengok wayang...encik tunang dulu jual buah-buah potong dengan kawan-kawan..pagi-pagi mereka pergi pasar beli buah,jual buah potong di kolej..yang belinya aku..heheh..

Walau apapun..wahai mahasiswa..anda berada di puncak paling tinggi dalam sistem pendidikan...jangan lupa bahawa pendokong anda adalah keluarga..bukan fesyen bergaya..gunakan PTPTN atau tajaan MARA,JPA dengan betul..sampai masa nanti,apabila anda semua telah bekerjaya dan berjaya,InsyaAllah..lebih dari ini anda mampu memilikinya..percayalah..

Nak kejar teknologi memang tak mampu...tapi,kejarlah masa depan..

~salam sayang~

26 April 2010

dunia ceria kami

Setelah menerima kunjungan dari Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka minggu lepas ke kelas pendidikan khas, minggu ini pula tiba giliran Minggu Pendidikan Khas dalam takwim tahunan sekolah...dan pagi tadi..26 April, berlangsungnya acara perasmian di tapak perhimpunan...dilancarkan dengan kehadiran robot! Terima kasih UTEM,Melaka! Terbaik!!


Bukan setakat robot keluar dengan asap-asap sahaja yang menarik..tapi..
Yang menariknya...
Pengacara majlisnya murid pendidikan khas..
Pembaca doanya murid pendidikan khas..
Penyampai cenderamatanya murid pendidikan khas..
Pendeklamasian sajak oleh murid pendidikan khas..
Jurugambarnya murid pendidikan khas..
Hadiah cenderamata hasil kerja murid pendidikan khas..

Bangga aku..mungkin juga bangganya kami dengan anak murid kami..
Tak kisahlah suara anak murid aku yang jadi pengacara tak berapa nak kedengaran...
Tak kisahlah cara anak murid aku mendeklamasikan sajak lari format ke..
Tak kisah juga anak murid aku terkedek-kedek nak sampaikan cenderamata..

Janji..semua itu anak murid pendidikan khas...
Terbaiklah semua!! *mari tepuk tangan*

Kalau aku cerita pengalaman menjadi juruacara majlis..apalah sangat nilainya..dah berkemampuan,kalau buat salah..malu sahaja..
Rasanya lagi menarik pengalaman anak-anak murid mengendalikan majlis perasmian pagi tadi..di hadapan seluruh warga sekolah..dah tak terucaplah rasa seronoknya...rasa bangganya...segala-galanya di dunia ceria kami...!



~hasil lukisan dari anak-anak PPKIBP SMK Bukit Baru~


~sah! memang bukan kerja orang lain~kerja cikgu dahlia~heee~


~salam sayang~

mimpi kita tetap sama

Dideklamasikan oleh En.Mustafa Noor (Guru Bahasa Melayu) bersama murid pendidikan khas. Aswad(depan) dan Ihsan.



Mimpi Kita Tetap Sama

Sekadar renungan kita bersama
Suatu cerita anak-anak istimewa
Bukan mengata atau mencerca
Untuk renungan kita bersama

Kita mungkin lupa atau buat-buat lupa
Kita mungkin alpa atau menyembunyikan rupa 
Pernahkah kita menjengah muka
Melihat anak-anak kita di hujung sana
Pernahkah kita bertanya khabar
Walaupun sekelumit bak benang selembar

Ayah dan ibu
Walau kami sebumbung yang berbeza dindingnya
Impian kami seperti anak-anak yang lain
Yang leka bermain
Dalam hubungan yang mesra terjalin

Ayah dan ibu
Kami tidak pernah minta prihatin
Walau nasib kami belum terjamin
Kepada ayah dan ibulah kami dipimpin

Anak-anakku
Ayah dan ibu bangga kamu di sini
Malam-malammu yang panjang
Embun tetap menyimbah memenuhi ranjang
Pada anak-anak yang memasang impian
Dalam kesampaian yang tiada jawapan

Ayah dan ibu
Kami sedar walau malam kian pudar
Darah yang mengalir tetap menjalar
Kerana sesuatu bangsa itu takkan berubah
Begitulah azam kami tak mengenal erti payah

Ayah dan ibu
Kami di sini ingin berpesan
Kepada kami dilupa jangan
Ilmu ditimba takkan kami siakan
Selagi kasih dan sayang membayangi kemanusiaan

Anak-anakku yang tersayang
Sebagaimana dedaun mengusik jendela
Segala pesanan menjemput keinsafan 
Selagi kita bernama insan
Usahlah kita terlalu asyik bermain perasaan
Marilah kita bersama-sama berpimpin tangan
Tanpa membezakan siang atau malam

Mustafa Noor
8 April 2010


* Sajak dideklamasikan sempena perasmian Minggu Pendidikan Khas SMK Bukit Baru,Melaka pada 26 April 2010*


~salam sayang~



25 April 2010

khilaf dalam mencari pelangi

Beberapa hari ini memang hari yang penuh dengan senyuman selepas beberapa ketika melalui detik yang cukup berat..terima kasih untuk pengajaran dan pengalaman...melakukan kesilapan dan kesalahan bukan sesuatu yang asing bagi kita semua..semoga lebih menjadi seseorang yang boleh bertindak rasional selepas ini.. 
 Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

 Alhamdulillah..belum pernah lagi menafsirkan segala yang dilalui dari sisi negatif..kerana ini semua adalah sebahagian dari permulaan perjalanan yang masih lagi panjang dan jauh untuk ditempuhi...

Jadi,kepada rakan-rakan pembaca duniadahlia yang mungkin sedang melalui atau mungkin akan "terlalui" masa yang mana kita akan rasa tak nak bangun keesokkan harinya..atau rasa nak lari dari situasi keliling...selalulah berfikir yang semua ini adalah perjalanan..ada hentian..untuk menyedarkan dan untuk menyegarkan...supaya perjalanan yang akan terus ditempuhi kelak mudah..dan pasti akan ada kemanisan dan kejayaan selepas itu...
Inilah warna-warni kehidupan kita.
Pengalaman adalah pengajaran yang berguna.
Jangan takut untuk berada dalam zon tekanan. 
Lalui dengan senyuman walau dalam hati tidaklah sekuat mana.
Mengadulah pada yang di atas..Dia Maha Mengetahui..
Tidak pernah menjadikan sesuatu itu tanpa hikmah.

Terima kasih pada yang membantu mencari pelangi.
Dah jumpa......sangat cantik...
~salam sayang~



20 April 2010

pelangi di dunia kami

Entri ini adalah entri yang paling aku tak sabar nak kongsi bersama. Hanya waktu ini aku dapat meluangkan masa di duniadahlia.

Pulang dari sekolah.Hujan.Lebat.
Seolah menangisi. Bukan kesedihan. Tapi, untuk aku..hujan petang tadi adalah tangisan kegembiraan.

Kegembiraan berganda-ganda.Untuk banyak perkara.

Sejak dikhabarkan Ketua Menteri Melaka akan melawat sekolah, desas desus beliau turut akan dibawa ke dunia kami-Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran turut tersebar. Dan ketetapan itu benar-benar berlaku.

Hampir 2 bulan kami membuat persiapan-beberapa perubahan tarikh menyebabkan kami mengambil masa yang panjang. Sepuluh orang guru(hanya seorang sahaja lelaki) dan tiga orang pembantu pengurusan murid(tiada lelaki) berusaha sedaya kami. Bersama-sama usaha dari anak-anak kami.

Hari ini umpama hari raya bagi kami.
*Bersama Ketua Sektor dan Ketua Unit.*

*YAB Dato'Seri diiringi Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengetua*

Terima Kasih Yang Amat Berhormat Dato'Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam.
Terima kasih semua!
Menghadiahkan kami pelangi yang cukup indah.

~salam sayang~


18 April 2010

harus sampai bila....?

Harus sampai bila...?

Dan..

Untuk apa disiarkan..
Jika 100% atau mungkin keseluruhannya lebih kepada menyebabkan orang itu diketawakan...

Dia memang menangis..siapa pun kalau matlamat tak tercapai akan sedih..menangis..itu normal..
Kalau dikatakan gagal, dia ketawa..lain pula persepsi penonton terhadap orang itu..
Tapi, kalau baru dikatakan gagal menyanyi..dah melalak meraung..benda lain aku tak tahulah..

Dan..

Aku tak faham pada kesemua situasi.

1. Mencuba bakat. Nama pun cuba..tak semestinya berjaya..bukan erti cuba itu adalah berjaya pada cubaan kali pertama...ke harus ditukar daripada UJIBAKAT kepada BERJAYABAKAT..

2. Yang disenarai pendeknya cuma ditunjukkan dalam masa 3 4 saat..yang lainnya disiarkan yang gagal..Motif..?

3. Lepas tapisan, akan ada sesi kritik mengkritik secara terang-terangan...Undi mengundi..Sudahnya nanti..berapa lama mampu bertahan..paling kuat pun suam-suam..


4. Mungkin banyak sangat pusat nyanyian..banyak kotak satu lagu satu ringgit yang menyebabkan ramai rasa mereka HANYA ada bakat menyanyi..bakat lain macam dah tak wujud..HAKIKATNYA..pintu rezeki Allah terbentang luas..carilah..kita pasti akan jumpa pintu yang sesuai dengan kita..membaiki kereta juga adalah bakat yang unik..*sumpah!aku tahu pandu kereta sahaja*..

 Bukan membenci atau mengutuk..cuma rasa rimas..bila rancangan-rancangan ini melingkari tontonan kita..
.
Soalan anak murid aku esok atau selepas rancangan sampai-sampai anugerah berlangsung.
"Cikgu tengok rancangan malam tadi?"

Aku akan menjawab dengan ayat tanya.
"Awak baca buku malam tadi?"

Terdiam.

~salam sayang~

akhirnya membeli buku

Binggung juga mengarang teks pengacara...walau dah meneroka alam maya tapi masih belum lagi menguasai teknik..dan akhirnya..dua buah buku yang menepati kehendak dibeli...


Janganlah berkata-"poyolah..buku macam ini pun nak dibeli"..
Untuk mengarang teks majlis persaraan pun payah...apatah lagi untuk mengarang teks sambutan lawatan kerja Ketua Menteri...memang aku sangatlah tidak mahir...

Diberi tanggungjawab untuk mengendalikan majlis tersebut pada hari Selasa ini merupakan tanggungjawab yang berat..moga segalanya akan berjalan lancar..dan aku sangat berdoa..semoga sihat sentiasa..

Kalau baik..nama sekolah akan dikenang-kenang..
Kalau tersalah....nama pengacara naik dulu....

Hanya mampu mencuba yang terbaik.
Cerita akan bersambung.

~salam sayang~

15 April 2010

keupayaan diri

Dalam pada kesibukkan ini...sempatlah berfikir..setakat mana kekuatan diri...seupaya mana ketahanan diri...bukan dari segi fizikal..tapi dari segi mental...kerana mental akan mempengaruhi fizikal dan emosi *itu pada aku*..bila mental letih,selalu berfikir maka ia akan mempengaruhi emosi dan juga fizikal..

Minggu ini memang kerap kali terjaga malam..dan tak boleh tidur..akhirnya, membuka lampu dan menghidupkan komputer...menyelesaikan apa yang rasa perlu diselesaikan...seolah-olah dalam minda dan fikiran aku ini terbahagi kepada beberapa seksyen dan bahagian...satu per satu aku susun...sampaikan encik tunang juga bising..tapi..aku cuma katakan..inilah cabaran untuk aku..ini untuk menguji keupayaan aku..dan ketahanan aku...terima kasih encik tunang kerana selalu di sisi...(sisi corong dan skrin telefon bimbit)

Sekuat mana sebenarnya daya tahan cabaran kita...
Bila masanya yang akan kita katakan...ok, sudah cukup..jangan tambah lagi..
Kalau lif, bolehlah kita dengar bunyi loceng kalau terlebih muatan kan..

Ini yang aku cari..dan ini juga kepercayaan yang diberi...

Sepatah kata Pengetua - harung sajalah -
Sepatah kata Penyelaras - "It comes naturally as time pass by".
Sepatah kata aku - Pengalaman mematangkan. Kesilapan pengajaran berguna.
Sepatah kata anda?


~salam sayang~

11 April 2010

hari ini

Hari Ini
Bukan masa hadapan
Tapi mungkin juga

Hari Ini
Yang lahir dibuang di hulu dan di hilir
Yang mati dikeji dicaci

Hari Ini
Yang berkahwin dikontroversikan
Yang bercerai disensasikan
Yang berkeluarga diperokperandakan

Hari Ini
Yang bersuami didera 
Yang beristeri dicurangi
Yang beribu berayah ditinggalkan 

Hari Ini
Yang muda hidup penuh hedonisma
Yang tua terbiar melarat

Hari Ini
Benar itu belum sahih
Palsu itu belum terbukti

Hari Ini
Seribu kata belum terkota
Seribu tindakan belum terlaksana

Hari Ini
Bukan masa hadapan
Tapi mungkin juga
~salam sayang~

10 April 2010

rumput

Petang tadi..berkesempatan ke Tabung Haji di Hentian Bas Lama,Melaka*belakang Ocean dulu*..(tahniah! perkhidmatan yang sangat dan sangat cemerlang!)

Dan seperti biasa, kereta di petang Jumaat ini memang agak luar biasa jumlahnya..dan Melaka juga aku rasa negeri yang banyak lampu isyarat..

Apa yang kita buat masa berhenti lampu merah..?
*memang merah berhenti kan..?*

1. Capai telefon bimbit dan menaip sms...atau menelefon..*ini ialah rutin aku*
2. Buka cermin, tengok..belek..betulkan tudung...*ini juga aku*
3. Tengok-tengok kereta sebelah...fuyohhh...nak-nak tengok kereta yang ditampal dengan pelekat Hello Kitty dengan banyaknya...
4. Tukar-tukar frekuensi radio...atau cd..

Tapi, petang tadi aku merenung rumput di tepi jalan...rumput? iye..rumput yang sedang dimesin oleh encik pemotong rumput..bukan baru ini aku ada hobi merenung encik pemotong rumput...sebelum-sebelum ini aku merenung encik pengubah bunga di pembahagi jalan..atau encik penyapu sampah di pembahagi jalan..(hairan aku, botol minuman pun ada di tepi pembahagi jalan..jadi tempat lepak ke jalanraya kita?)

Kenapa aku merenung mereka..?

1. Sebab semua warga asing..tapi mandur warganegara..sedang hisap rokok di tepi jalan sambil memandang pekerja..
2. Amanahnya mereka pada kerja mereka..walaupun bukan negeri mereka pun yang sibuk nak dihiaskan..warganegara tong sampah pun kurang dikenali..
3. Dedikasinya mereka..sebab tengah malam pun mereka mengubah landskap..warganegara tengah melepak di warung..

Kan..?


Jadi...

Jangan dilanggar lampu merah..atau "curi jalan" kerana dalam tempoh 99 saat menanti lampu hijau itu..kita sebenarnya belajar tentang kehidupan orang lain..itupun..kalau kita tak lupa memandang ke arah mereka..atau kita buat-buat tak lupa memandang mereka..sebab adakala kita buat-buat lupa memandang mereka yang berpanas..kita bersejuk di dalam kereta..

Kan..?

~salam sayang~

bulan yang harus sahaja tersenyum

Bulan ini tersusun jadual yang padat di sekolah...
Seperti biasa, pulang lewat..mesyuarat..itu ini..begitu begini...*sangat penting sebenarnya*

20 April nanti, sekolah akan menerima lawatan dari Ketua Menteri Melaka..dan beliau akan dibawa melawat ke program pendidikan khas...maka dengan itu, kami di kelas pendidikan khas, berusaha sedaya mungkin membuat persediaan untuk menyambut ketibaan rombongan beliau...

"Salam 1 Malaysia Dato' Seri.." ucapan yang sedang dilatih kepada murid-murid di kelas...

Dan pada hari itu juga, adalah hari yang akan menjadi satu hari yang bersejarah dalam hidup aku..serta akan mencabar keupayaan aku...aku dan seoarang rakan guru terpilih untuk menjadi pengacara majlis sempena lawatan Ketua Menteri tersebut...moga aku dan rakan berjaya mengendalikan majlis tersebut nanti bersama bantuan rakan-rakan guru yang lain..*apa yang penting...kerjasama..!*

26 hingga 30 April pula...kami di Program Pendidikan Khas SMK Bukit Baru akan mengadakan Minggu Pendidikan Khas...pelbagai aktiviti akan dijalankan..lawatan ke Kompleks Falaq Al-Khawarizmi...Kilang Coats Thread Malaysia Sdn.Bhd..pertandingan bowling..dan juga hari silaturrahim..acara tahunan ini memang dinantikan oleh kami semua..:)

Yang sedang dijalankan kini ialah...pertandingan jahitan manik..dan juga jahitan silang pangkah..bertuahnya aku..sebab aku memang buta jahitan...jadi, aku dapat belajar menjahit bersama-sama dengan anak murid aku...*percuma ok!* dan aku rasa..jahitan anak murid aku lagi kemas dan cantik berbanding dengan jahitan aku..heee.aku siap salah-salah lagi kiraan jahitan silang pangkah...


Bulan ini juga akan diadakan mesyuarat agung PIBG..untuk itu, akan ada dua mesyuarat bersama dengan AJK PIBG yang aku juga diberi peluang mendapat pengalaman tersebut menjadi salah seorang AJK PIBG..


Banyak perkara yang dilalui sebenarnya adalah cebisan pengalaman yang harus dikumpulkan..dan ia juga terselit cabaran dan dugaan yang bukan sedikit nilainya dalam kehidupan..biar jadual penuh terisi..sekurang-kurangnya kita tahu, kita tidak mensia-siakan apa yang kita punyai..

Dan sepanjang itu jugalah, proses pembelajaran dan pengajaran berlaku pada kita..kerana kita bukan sempurna..dan bukan tahu segala-galanya...

~salam sayang~



02 April 2010

"Cikgu tak malu iye.."

Benar...dan sangat setuju dengan entri yang dikarang oleh...CursingMalay..

Untuk mengajar di kelas pendidikan khas, adakalanya dan sememangnya bantuan teknologi canggih amat diperlukan seperti komputer riba dan jaringan internet..sama juga seperti aliran perdana mungkin...
Aku menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk memudahkan pemahaman anak murid aku terutamanya untuk subjek Sejarah dan Geografi kerana mereka lebih memahami dan tertarik dengan audio visual yang bersesuaian dengan tajuk kerana mereka perlu masa untuk mentafsir sesuatu maklumat yang panjang berjela ayatnya...

Malangnya...adakala apabila aku bersama dengan mereka mencari maklumat..menaip "keyword" carian...lain pula hasil carian yang keluar...malu aku dibuatnya...tapi terpaksa berlakon seolah tiada apa yang aku lihat di paparan skrin komputer...yang mereka pula tersengih-sengih...*ohhhh...anak murid aku normal bila bab-bab itu*

Hermmmm...

Mengapa topik yang dahulunya sangat tertutup tetapi kini menjadi pilihan utama untuk dicari dalam ejen carian...?Siap dengan gambar lagi!
Adakah itu ilmu yang benar-benar dicari oleh rakyat Malaysia...?
Itukah punca mengapa gejala pembuangan bayi menjadi tajuk koran...?
Tiada tapisankah penyebaran berita atau tajuk seperti itu...?
Siapa yang mencari..?kelompok mana..? Dewasakah..remajakah...?
Apa yang akan berlaku jika nanti maklumat yang sebenarnya dicari telah dikaburi dengan hasil carian yang tiada kaitan itu...?
Apa yang harus aku jawab pada anak murid aku...?
"Cikgu, kenapa tajuk itu yang keluar..? Cikgu tak malu iye.."
*anak murid aku sangat jujur bila melontarkan kata-kata*

Aku tiada jawapan..mungkin kalian punya jawapan...

~salam sayang~