dewandahlia

14 June 2010

lembu hitam di lebuh raya

Cuti sekolah penuh aktiviti keriangan....sempat juga ke rumah maksu di Serdang...pulang agak lewat..jam 9 malam baru bertolak balik Melaka...badan pun letih-letih selepas penat berjalan di Nilai 3...encik tunang yang memandu kereta...nak lelapkan mata,macam tak adil..dia pun mengantuk...

Sembanglah segala macam topik...boraklah segala macam cerita...

Sampai di sekitar kawasan Seremban...tengah bercerita dengan encik tunang...

Tiba-tiba..

"Sayang..kenapa ada lembu hitam kat depan?"  *depan=laluan menghala ke Kuala Lumpur*
"Ha ahh.....kena...."

Tak sempat aku menghabiskan soalan...lembu hitam itu meletup!
Dirempuh kereta di lorong kanan...*lembu hitam itu memang ada di lorong kanan* 
Kaca terpelanting ke kereta kami yang menghala ke arah selatan...kiranya lorong bertentangan...
Menjerit kuat juga...sebab kena cermin depan..nasib baik encik tunang tak tekan brek tiba-tiba...

Terdiam hampir 5 minit...tangan aku memang sejuk..lembik rasanya...

"Abang..tadi memang kita nampak lembu hitam kan...? Besar kan...?"
"Macam mana lembu hitam ada kat lebuh raya...? Duduk kat lorong kanan pula..."
"Abang...kenapa kereta lain boleh elak lembu tu...? Tapi, takkan peronda tak dapat laporan ada lembu di lorong kanan...?"

Ingat macam mimpi...tapi, tak..sebab tak sampai beberapa minit..kami nampak dah kereta peronda dan ambulans menghala ke tempat kejadian..betullah ada kemalangan....

Tapi, betul ke disebabkan lembu hitam di lebuh raya?

Atau..kami sahaja yang kebetulan nampak lembu hitam itu....duduk di lorong kanan....


Sebab..esoknya tiada pun berita kemalangan disebabkan seekor lembu di lebuh raya pada malam hari...

Lembu hitam di lebuh raya......masih misteri untuk kami...

Berhati-hati bila memandu...

~salam sayang~

5 comments:

  1. lembu hitam mmg macam tu...

    (tiada motif)

    ReplyDelete
  2. lembu hitam misteri... erm... cm menakutkan jek.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. ni yg gua panas line nih.. da sampai serdang xnak roger!

    ReplyDelete
  4. yana : berfikiran mungkin kamu tahu kisah lembu itu...(tiada motif juga)

    fiza : memang misteri..kenapa ada lembu hitam di lorong kanan pada pukul 10 malam di lebuh raya..bagaimana lembu itu ke situ di tengah kesibukkan lebuh raya..? memang tak logik nak difikir...

    encik/cik anonymous : tiba di Serdang jam 7 malam..pulang jam 9 malam..tidak punya masa bersuka ria..maaf ya..jangan panas...nanti kita makan cendol serdang..mahu...? heheh...

    ReplyDelete
  5. nasib baik x jd ape2 yg buruk huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..