dewandahlia

27 October 2010

kasut kita tetap lain

Padah apabila terbeli kasut yang sama corak cuma berlainan warna dengan kawan sekelas...akhirnya, kami tertukar kasut semasa pulang dari sekolah.Terbahak-bahak ketawa..bila masa pula kasut aku dari warna hitam jadi warna coklat..

Walau corak dan saiz yang sama, tapi kasut kita tetap lain.
Aku cuba juga sarungkan kasut itu.
Selesanya tidak sama.

Seperti hidup kita.
Benda atau perkara yang sama. Dilalui bersama.
 Tetapi,persepsi kita berbeza.
Cara kita menginterprestasikannya juga berbeza.

Bila aku menyarungkan kasut itu, baru aku tau selesanya aku dan selesanya kawan aku itu berbeza.

Dan kaki aku menerima ketidakselesaan itu tanpa banyak soal.(nak ke pergi ke pejabat dengan kaki ayam?)

Itulah tolenrasi.Tanpa prejudis.

Adakalanya kita perlu dan sangat perlu meletakkan diri kita dalam situasi orang lain.

Andai aku begitu, adakah aku akan begitu?
Atau..
Andai aku begitu, adakah aku akan melalui lebih teruk dari apa yang dilaluinya?

Bersyukurlah dengan apa yang kita lalui sekarang ini. Dan berbanggalah dengan apa yang telah kita lalui bersama.

Dan jangan lupa, letakkan diri kita di tempat yang lain juga, kerana kita mungkin akan berada dalam situasinya kelak.

Kerana..






Kasut kita tetap lain.

*salam sayang*

5 comments:

  1. tak semua org boleh padan ngan kasut kita.. hanya yang mengalami mengerti...

    teringat kenangan di SAMURA dulu.. balik dari surau pas bacaan yassin malam jumaat kdg2 ada juga tertukar selipar hehehe

    ReplyDelete
  2. aku suka la hasil karya ko dini hari :) *thumbs up

    ReplyDelete
  3. fizi : kasut kamu comel! kasut aku umpama kapal..tapi, kita boleh berkongsi..:)

    *menggunakan bahasa perbahasan dalam entri atas,teringat pada SAMURA*

    fadh : terima kasih!!! nak sangat jumpa...

    ReplyDelete
  4. xaya suka walau kasot saya tiada org laen yg muat. besar!

    ReplyDelete
  5. yana : kasutku umpama kapal..kasut kamu umpama....
    terima kasih kerana selalu berada dalam "kasut" orang lain...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..