dewandahlia

05 October 2010

putera katak

Hari ini aku  berulang alik menghantar dan menjemput anak-anak aku yang menduduki kertas peperiksaan PMR..tak kisah..ulang alik memanjat tingkat 4 dari blok berlainan berulang kali pun tak apa..asalkan anak-anak aku rasa bersemangat dan bermotivasi untuk mengambil peperiksaan...

Yang aku geram..rasa ringan juga tangan dengan mulut ini..

Kertas peperiksaan Pendidikan Islam..oleh kerana calon beragama lain tiada,maka bilik anak-anak aku ditutup dan mereka dikumpulkan bersama di bilik bersebelahan..sudah pastilah kedudukan asal akan berubah dan ditentukan oleh pengawas peperiksaan..

Yang jadi geram, bila seorang calon yang sempurna dan normal fikiran hanya menjeling dan menjerit "Panaslah!" bila diarahkan duduk bersebelahan dengan anak aku yang memang sah-sah murid pendidikan khas..tak hilang ilmu awak nak menjawab pun kalau awak duduk sebelah dia!

Wah! Wah! mentang-mentanglah sempurna segala..sesedap rasa sahaja..nasib baik ada pengawas peperiksaan..kalau tak, memang basuh budak perempuan itu cukup-cukup..(entri panas hati)

Di syurga esok..anak-anak ini lagi sempurna dari kita..sekarang ini, siapa sudi nak pandang...? dekat pun takut..nak menjeling kerlingkan mata pun ada stigma..tapi, bila dah jadi macam putera katak nanti, semua nak jadikan kawan...
Doakan anak-anak aku yang mengambil peperiksaan PMR tahun ini ye...Cikgu sayang kalian!

*salam sayang*

2 comments:

  1. 4 kali baca nk bagi paham situasi ini.. tertarik coz ada cerita putera katak...
    Wish she / he Good Luck

    ReplyDelete
  2. terima kasih lizzie..maaf ye..

    Situasinya apabila calon normal terpaksa duduk di sebelah calon murid pendidikan khas yang kurang normal,cacat fizikalnya...

    mungkin cacat di dunia..di akhirat nanti, mana tau dia segak dan kacak..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..