dewandahlia

15 December 2009

duniaku..dunia pendidikan khas..



Aku ditanya..bukan sekali atau boleh dibilang..kerap kali..pada sesiapa sahaja yang bertanyakan..baik pada aku..atau pada mak dan abah..soalan yang sama akan terpacul keluar..bertanyakan pasal anak dara pak cik rosle dan cik midah ini..

Contoh perbualan..
Yang Bertanya : "Kerja mana sekarang?"
Aku : "cikgu"
Yang Bertanya : "Ajar subjek apa?"
Aku : "Macam-macam..semua kena tahu ajar"
Yang Bertanya : "Subjek apa?"
Aku : "BM,BI,MATE,GEOG,SAINS,SEJARAH,PJ,SENI dsb.."
Yang Bertanya : "Banyaknya!"
Aku : "Sebab saya mengajar kelas PENDIDIKAN KHAS"

Yang Bertanya akan terdiam..mencari soalan lain..

Yang Bertanya : Pendidikan khas tu apa? Macam mana? Budak cacat pun belajar semua ke?
Kenapa pilih pendidikan khas? Mesti senang kan ajar pendidikan khas..
Pendidikan khas ini ada elaun lebih..untunglah..

*Kebanyakkan pernyataan Yang Bertanya di atas ada yang memedihkan*

Kenapa Pendidikan Khas aku pilih semasa mengisi borang DPLI Ambilan 2008?

Sesungguhnya..jawapan yang paling tepat aku boleh jawab di sini..seikhlas hati aku..atau mungkin kami,kerana adly juga guru pendidikan khas..kami "dilorongkan" untuk bersama mereka..anak-anak istimewa..mesti ada yang kata "poyolah jawab"..

Tapi, kami memang tiada jawapan..sebab semasa memohon dulu...satu bayangan kelas pendidikan khas macam mana pun kami tak tau..yang aku tau..di Melaka ada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di Semabok dan Kelas Pendidikan Khas (Pekak & Bisu) di SMK Tun Mutahir..itu sahaja..anak-anak istimewa pun aku tak pernah berkenalan..tau adanya penyakit sindrom down sahaja..disleksia ke..apa sia pun aku tak tau waktu itu..

Mak pun pesan..pilih betul-betul..jangan nanti salah pilih terus tak dapat..mak..mungkin sebab doa mak juga..alhamdullilah..pilihan pertama kami dipermudahkan hingga ke saat ini..Cikgu Dahlia dan Cikgu Adly (aku keluaran DPLI & Adly keluaran KPLI)..guru pendidikan khas..

Betul ke ajar Pendidikan Khas (PK) ini senang?
Betul ke guru PK ini mengejar elaun lebih?
Betul ke anak-anak istimewa tak payah belajar?


Cabarannya berbeza..
jika guru perdana cabarannya memikirkan bagaimana untuk murid mendapat "A"..kami pula pening memikirkan bagaimana kehidupan anak-anak istimewa ini andai mereka tidak mengenal huruf "A"..
Jika guru perdana sibuk mengajar teknik kepada anak murid untuk menjaringkan gol..kami pula sibuk mengajar anak-anak istimewa memegang bola jangan terjatuh..


Beza bukan cabarannya..tapi titik persamaannya tugas kita sama..mendidik..cara sahaja yang berbeza..
Aku pohon..Jangan sesekali melabel guru-guru Pendidikan Khas adalah guru yang paling senang tugasnya..tidak..walau murid 6 atau 7 orang dalam 1 kelas..keistimewaan mereka berbeza..yang tidak betah duduk diam..yang kurang difahami apa yang mereka tuturkan..yang merenung cikgu umpama bidadari dari syurga..yang mengeja pisang menjadi banana (kerana ada gambar pisang)..itulah mereka..dalam dunia mereka sendiri..

Kepada kawan-kawan yang ingin memohon untuk menjadi guru pendidikan khas kelak..ikhlaskan hati..kerana dunia pendidikan khas bukannya dunia duduk di atas sofa kulit yang lembut..bukan juga dunia mengumpul elaun yang lebih..

~salam sayang~

6 comments:

  1. saya tak penah memandang guru pendidikan khas sbg satu tugas yg mudah. kakak kite pon cikgu, tp cikgu kimia, pening yang dialami dia tak sama dgn pening yg dilalui kak dee...saya kagum tgk kak dee sanggup pilih pendidikan khas sbg option mengajar..saya sendiri pon xde kemahiran dalam mengajar murid,apatah lg yg istimewa..xpe,manusia pelbagai dna unik,mcm2 persepsi yg boleh diorg lemparkan,tp hanya yg melalui sahaja yang memahami...

    ReplyDelete
  2. hebat 3x!
    kamu berdua mmg hebat sbb tak semua sanggup utk menggalas tugas seberat ni.tak susahlah nak didik anakkamu kelak

    ReplyDelete
  3. manusia biasa bila berbicara mengikut rasa hati semata-mata.masyarakat melihat pendidikan khas melalui persepsi yg salah. tp itulah masyarakat kita. sedangkan kerjaya yg kamu pilih adalah terlalu mulia dan tidak ada tolok bandingnya.betapa kamu berkorban segala-galanya demi mereka. bukan mudah. setuju bila kamu katakan keikhlasan itu adalah yg utama kerana di situ lah titik tolak sebenanrnya yang jarang diambil kira.

    teruskan perjuangan kamu kerna aku juga gembira jika insan seperti mereka berjaya. dan utk mereka yg sempurna sifat, jgn lupa adakala nya mereka boleh lebih berjaya daripada anda!

    ReplyDelete
  4. silentmonologue : kakak kamu juga tabah orangnya..sebabnya..dulu belajar kimia,xpernah pun lulus! heheh...asas psikologi yang ada pada kamu, jgn sia-siakan..:)

    ayu : erk,kdg2 ajar anak orang lagi senang dari ajar anak sendiri..heheh..

    ciklynda : pernyataan terakhir amat tepat..anugerah pada mereka tiada tolok bandingnya..siapa kita untuk memandang mereka sebelah mata..kita baru melangkahkan kaki dalam dunia PK..belum berjalan lagi..doakan perjalanan kita tidak tempang...

    ReplyDelete
  5. macam pernah ku dengar cerita eja pisang sebut banana tu..hehehe
    anyway, bangga pada cikgu ni..hehehe..20 sen..

    ReplyDelete
  6. nak 20 sen ye..datang umah nanti bagi 20 sen..:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..