dewandahlia

07 January 2011

rindu cerita kesibukan itu





Salah satu gambar yang aku suka..tenang sangat rasa..
Lokasi di hadapan rumah encik suami.. :)

Majlis yang memang serba ringkas..dan bajet yang seminima mungkin..


1.Pasaraya Cowboy.

Pasaraya inilah yang aku selalu ulang alik..mahu tak..untuk cenderamata kepada tetamu kesemuanya aku beli di sini..(hahaha..pecah rahsia)..aku cubalah konon-konon nak buat lain..aku malas nak bungkus gula-gula ke,coklat ke..balik rumah aku tidur..jadi,memang tiada kerajinan nak bungkus-bungkus ini..melainkan jika memang punya pembantu yang sangat suka bungkus-bungkus..cukuplah aku kena bungkus nasi lemak..
-Bukan gambar sebenar-
Dan akhirnya..bekas bulat-bulat yang berwarna warni aku beli untuk cenderamata tetamu...
Sampaikan pengurus pasaraya kena tempah lagi pada pembekal..ada yang tanya nak buat apa beli banyak-banyak..aku jawab..
"Nak buat hadiah pertandingan lumba lari!"
Emak aku cuma letakkan sebiji kek pisang yang lazat di dalam bekas tersebut..(betul,sedap!)
Disebabkan bekas itu bogel,abah aku minta dibelikan beg..ya,aku ikut..maka bajet aku lari..hehehe..
Aku rasa pengurus Cowboy memang suka betul pada aku..

2. Galeri Kad Kahwin ZR

Kawan aku yang cadangkan tempat ini..kedainya bersebelahan dengan Pasaraya Keluargaku..sebaris dengan Pejabat ASNB Melaka..
Kad dua dalam satu..lepas itu, ambil pakej banner sekali..sebab,malas nak fikir nak cari lain..kan ke senang,sekaligus sahaja..nak kahwin,jangan fikir yang susah-susah..pada akulah...


3. Butik

Taklah namanya pengantin..kalau tiada butik pengantin..
Pelamin aku memang biasa sahaja..fesyen lama..
Dengan 6 helai baju dari butik..dan 2 kali solekan...bayarannya adalah di bawah dua ribu!
Jadinya, aku tak kisah kalau pelamin aku nampak biasa..:)
Aku tetap menggunakan perkhidmatan Butik Pengantin Az di Bukit Katil..bersebelahan dengan Klinik 1Malaysia Bukit Katil..

-terima kasih kawan-kawan-memeriahkan malam berinai-

4. Kumpulan Muzik.

Aku memang berangan-angan dari awal tahun..tak nak guna khidmat DeeJay..(minta maaf En.DeeJay)
Mula-mula cari kumpulan ghazal..tapi,kosnya yang boleh tertelan air liur..terus tak jadi..tukar idea..memang dah pasrah kalau kena guna DeeJay..
Bercerita pula dengan seorang cikgu di sekolah, dan dia bagi nombor telefon kumpulan dondang sayang..waa..aku mestilah lagi suka!!(gambar belum ada dalam simpanan)
Memang puas hati..dari pukul 10 pagi hinggalah pukul 4 petang..kumpulan ini membuat persembahan..
kadar bayaran? Di bawah jumlah seribu ringgit! 
Telinga tak rasa bingit..lagu dimainkan secara langsung oleh pemain muzik..penyanyi pun tak seronok sendiri..
Ish,seperti yang diharapkanlah..:)

5. Tempahan gubahan barang hantaran.
Gubahan pun nak kena tempah? Ha ah..hantaran pun aku hantar kedai untuk gubahan..tapi,ingat..mesti dengan kadar bayaran yang sesuai..tak perlu berlebih..
Disebabkan encik suami jauh..jadinya, kalau barang hantaran digubah dari Pulau Pinang..alamatnya sampai Melaka nanti..mana bunga..mana daun..
Jadi, aku tempahkan semuanya di sini..kiranya aku dah tiada elemen terkejut tengok barang hantaran..hehe..
Lebih kurang 14 dulang..jumlahnya empat ratus ringgit..daripada kalau aku gubah,tak nampak bentuk..baik aku usaha lebih sikit, cari kedai di Jalan Bunga Raya, Melaka..heheh..

-abaikan si comel..bukan termasuk barang hantaran-


Ke sana..ke mari..ada sahaja yang kurang sehinggalah di pagi majlis nikah pun,aku boleh keluar beli santan! Muka memang penat..tapi, bila tengok kembali gambar..ada cerita di sebaliknya..

Cerita tentang harapan sekali seumur hidup..
Cerita tentang permulaan kisah yang mengharapkan kebahagiaan sentiasa menjadi hak milik...

Dan..aku rindu cerita kesibukkan itu..

*salam sayang*

4 comments:

  1. haha..seronokkan?tak pernah terbayang akn mengalami kesibukan itu?akak tengah amek break utk seminggu sblom mula berfikir untuk majlis berskala besar nanti...

    tahniah dee & adli! =)

    ReplyDelete
  2. Cikgu Dahlia kenapa tak de gambar saya dan kawan-kawannya......hihihi

    ReplyDelete
  3. lama x jenguk sni...
    selamat pengantin baru
    semoga kekal ke akhir hayat..

    MEREKA AHLI SYURGA

    ReplyDelete
  4. Kak,ayat:

    'Permulaan kisah yang mengharapkan kebahagiaan sentiasa menjadi hak milik' saya baca beberapa kali..amat terkesan di hati, dan saya dapat merasakan jerit perih suka duka sebuah persiapan perkahwinan..-afzan-

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..