dewandahlia

06 January 2011

putera katak II

Putera katak. Aku pernah menulis kisah putera katak dalam entri yang lepas..

Entri ditulis ketika anak-anak aku menduduki Peperiksaan Menengah Rendah..
Disebabkan slot Lagenda Putera Katak, entri tersebut telah dilawati sebanyak 130 kali..
Tapi,langsung tiada kaitan pun dengan drama tersebut..tajuknya sahaja yang kebetulan sama...
Aku cuma tumpang populariti Nora Danish.. :) *perasan!*

Aku nak kenalkan dengan pembaca duniadahlia siapa putera katak dalam entri yang lepas..
Banyak yang boleh aku jadikan iktibar..dan aku mahu berkongsi..
mungkin untuk kita agar punya rasa malu kepada Allah..kerdilnya kita..dan Allah itu Maha Besar Kuasanya..
Anak aku ini dikategorikan sebagai cacat fizikal..untuk diceritakan kecacatannya seperti mungkin tiada bahasa yang sesuai(aku yang tak sampai hati sebenarnya)..



Walaupun bukan cemerlang kesemuanya..tetapi, kemampuannya untuk lulus dalam beberapa matapelajaran amat membanggakan..subjek yang aku ajar, Alhamdulillah, kesemua anak aku mendapat D..termasuklah murid ini..bagi matapelajaran Kemahiran Hidup pula, anak aku ini mendapat C!

Aku pun tak menyangka yang dia akan lulus(jahat pula bunyi)..memandangkan dia hanya belajar untuk menduduki PMR selama setahun!
Kerana atas permintaan ayahnya untuk dia menduduki PMR memandangkan tahun lepas adalah tahun akhirnya bersekolah..ok..umurnya tahun lepas adalah 18 tahun..

Budak biasa pun belum tentu boleh buat dalam tempoh setahun untuk belajar..dan kerana itulah kita perlu malu..
Teori aku mudah..mungkin ketika di dalam kelas, Allah buka jalannya untuk dia mudah memahami..
menerima apa yang kami sampaikan..
dan mungkin Allah juga tabahkan hatinya untuk terus berusaha dan menahan kesabarannya apabila kami memarahinya..heheh..
Dan ketika dia sedang menjawab, Allah gerakkan hatinya untuk memilih jawapan yang tepat..
(main tikam-tikam jawapan pun,kalau tak terkena,lagi rugi)


Tiada apa yang mustahil kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi seminit akan datang..
Nampak sukar,nampak susah, kalau berjaya..itulah kemanisan cabaran..
Kalau gagal, kesukaran itu belum cukup untuk membuka laluan jaya kita...


*salam sayang*

3 comments:

  1. wa...Cikgu selamanya saya nampaknya cikgu yang paling rajin menulis karangan yang paling panjing....haha

    ReplyDelete
  2. rasa nk menitis airmata membaca entri mu kali ini cikgu... semoga sahabatku ini sentiasa dirahmati Allah kerana berbakti kepada mereka yg memerlukan...

    ReplyDelete
  3. respon 1 : Bong ke yang respon..? terima kasih!! :)tapikan.."panjang" bukan panjing tau...

    fiza : hanya menerima tempias dari mereka.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..