dewandahlia

22 February 2011

bila Cik Midah baca surat khabar

Cik Midah merupakan pembaca surat khabar yang tegar..
Kalau sehari Cik Midah tak membaca surat khabar, hidupnya bagaikan tidak lengkap..macam mana pun, Cik Midah mesti membaca surat khabar..

Sebab itu, bila berborak dengan Cik Midah, semua topik macam dalam ingatan mengalahkan storan komputer..
Tak pernah hilang pengetahuan Cik Midah..

Satu hari pada minggu lepas, Cik Midah seperti biasa membaca surat khabar..

Tiba-tiba dia memberi komen..

"Ini kalau tahu guna telefon, nak sahaja hantar sms dalam surat khabar.."
"Nak tulis apa.."

"Nak tulis, kenapalah artis Bollywood ini boleh pula bersinglet jumpa dengan pentadbir negeri..patutnya adalah protokolnya..kut ye pun tengah ada pengambaraan, takkan tiada baju elok nak pakai..orang lain pun  tak tegur ke..suka sangat agaknya dapat jumpa sampai lupa adab-adab..yang artis itu jumpa pun dengan orang yang bagi gelaran pada dia..kenapa tak boleh pakai baju senonoh sikit..? Hormatlah sikit..Ini singlet sehelai..jumpa dengan orang utama negeri.."

Agak-agaknya..berapa panjang sms Cik Midah kalau dia tahu hantar sms untuk disiarkan dalam surat khabar..

Berita yang lain pula..
Berita saspek yang dijatuhi hukuman 20 tahun penjara kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik.

"Memang bagus pun..lebih pun tak apa..ini jatuhkan hukuman sebelum ini macam kesalahan mencuri ayam seekor di pasar raya sahaja..curi ayam pun penjara 7 tahun..lupuskan mayat pun 7 tahun..?"

Sebenarnya banyak lagi komen Cik Midah..
Dengar sahaja komen Cik Midah..
Nasib baik Cik Midah tak pandai hantar sms kepada surat khabar..kalau tak, hari-hari ada komen Cik Midah! :)


Cik Midah itu namanya Hamidah Basar..
Anak dialah yang menaip cerita ini..yang selalu dengar komen dia.. :)


Selamat hari jadi mak!!
Jom kita pergi kedai tudung.. :)

*salam sayang*

17 February 2011

baru satu..

Diakui aku bukan kaki perpustakaan..entah berapa kali aku ke perpustakaan..
Yang aku ingat, masuk perpustakaan SAMURA adalah untuk tidur..atau sekadar mendengar radio sambil belajar di perpustakaan..
Semasa di UPM pun, bila ada tugasan sahaja akan berkunjung..kalau setakat nak belajar mengulangkaji baik aku belajar sambil bergolek-golek dan mengunyah di bilik..

Pagi tadi, kami bawa anak-anak istimewa kami ke perpustakaan..
Ok, baru tahu yang seorang anak kami takut menaiki tangga..murid yang lain tengok macam pelik..
Dah nak pelik kenapa..kalau normal, berlari dah dia menaiki tangga..

5 saat aku baca buku..5 minit mata meliar perhati gelagat anak-anak aku..dah pangggg!!
Kena juga bagi..diam terus..baca buku semua!

Dan ini hasil bacaan aku..Majalah Milenia..dengan muka depannya Tun Mahathir Mohammad..entah edisi yang keberapa entah..

Hamil

Tempoh hamil dikira dari hari pertama haid terakhir
Tarikh jangkaan melahirkan dapat dikira dengan menambah tujuh hari dari tarikh terakhir haid dan ditambah sembilan bulan atau ditolak tiga bulan dari tarikh tersebut.

Kalendar Hijrah

Dalam bulan Islam, terdapat 4 bulan yang diharamkan berperang iaitu Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah..
Bilangan hari Kalendar Hijrah setahun kurang 11 hari atau 10 hari 12 jam 1 minit berbanding Kalendar Masihi.

Ayat Seribu Dinar

Ayat tersebut ialah ayat At-Thalaq 2&3..
Ayat ini diamalkan dengan penuh ketakwaan oleh Malik bin Dinar..
Diceritakan apabila Malik bin Dinar hendak menaiki kapal, Malik bin Dinar dikehendaki membayar tambang tetapi pada ketika itu, dia tidak mempunyai wang...lalu dia menunaikan sembahyang sunat dan memohon kepada bantuan Allah...dengan kuasaNya, pasir di sekeliling Malik bin Dinar bertukar menjadi emas..


Rawatan rohani sakit jantung
*lupa nak menulis nama penulis*

Beliau menghidap sakit jantung..apa yang menjadi amalannya ialah..
15 minit selepas solat, beliau akan bersila di sejadah dan menghadap kiblat lalu berdoa..
"Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan keagungan dan kebesaranMu"
Kemudian diikuti dengan bacaan:
1. Surah Al-Fatihah (2x)
2. Surah Al-Ikhlas (3x)
3. Surah Al-Falaq (1x)
4. Surah An-Nas (1x)
5. Ayat Kursi (1x)
6. Surah Al Hasyir ayat 21 hingga 24 (7x)
Selepas bacaan ayat-ayat ini, tarik nafas dalam-dalam seoalah-olah seperti menyerap segala roh dan zat mukjizat ayat Al-Quran ini..
Diakhiri dengan LaillahaillAllah Muhammad Rasullah (100x)

Amalkan selama 21 hari berturut-turut..
Penulis tersebut bebas daripada sakit jantung
Pesannya juga, tinggalkan apa yang boleh menyumbang kepada sakit jantung..dan amalkan gaya hidup sihat..


Anak-anak dah mula buat perangai..
Balik kelas semua!

Baru sebuah buku.....

*salam sayang*

16 February 2011

Siapa pun takkan punya kerja

Bayangkan kalau kita semua ini tahu mengenai kehidupan kita yang tersirat...
Kelahiran, kematian, rezeki dan jodoh...

Buka sahaja mata,kita semua macam dah tahu apa yang akan terjadi...
Tapi, kehidupan kita mesti tak berwarna warni..tiada misteri yang tersembunyi...

Maka kerana itulah..Allah menyimpan semua rahsiaNya di Loh Mahfuz..(bukan seorang yang terlalu penuh ilmu..)

Kita yang merancang..tapi bukan kita yang tentukan..

Manalah kita nak tahu, seorang wanita meminta orang awam menjaganya bayinya sebentar dengan alasan mahu ke tandas..tetapi akhirnya lesap hilang meninggalkan tanggungjawabnya...
 Dan..
Siapalah yang akan tahu seorang murid itu nak keluar kelas dengan niat nak melompat dari koridor kelas..melainkan dia seorang sahaja yang tahu..
Atau..
Punyalah si ibu nak membunuh diri bersama si anak..tapi si anak yang pergi dulu...
 
Berita macam itu hanya cukup untuk melariskan akhbar sehari sahaja...walhal jika perkara tersebut tidak dipantau..tidak diberi perhatian yang sepenuhnya...entah apa akan jadi kelak..orang jatuh bangunan akan menjadi klise..atau "oh,ada orang jatuh bangunan lagi hari ini."

Rupanya..kita mempunyai ramai yang mengalami masalah mental..
Bukti..tak payah tunggu kes-kes jenayah atau sivil ini..itu yang memang terang terangan..
Ada juga yang boleh kita tengok dalam setiap ujibakat nyanyian yang diadakan..(sebab belum pernah tengok lagi perangai yang bukan bukan masa ujibakat mencari qari qariah atau ustaz)
Beratur berjam-jam..ingatkan suara sedap semerdulah sangat..

Doktrin hiburan seolah sudah sebati dengan jiwa..sehingga pengisian rohani itu kurang..atau tiada langsung..atau ada tetapi menyimpang..
Tak kiralah agama apa sekalipun..kita akan terkeluar juga kesimpulan asas...

"Rogol rogol ini memang tentunya orang sawo matang.."
"Bunuh diri ini orang yang hitam manis.."
"Bunuh tinggalkan tepi jalan orangnya selalu cerah-cerah.."

Tapikan, kalau tiada kes macam ini...

Siapa pun takkan punya kerja..

(pernah berangan nak masuk TopHost-perasan!)


*salam sayang*

15 February 2011

medan

Aku dan keluarga aku sering berkunjung ke Medan..adalah kadang-kadang sebulan sekali kami akan menjejakkan kaki ke Medan...sahaja bertukar angin..

(bunyi ayat yang sangat berlagak aku rasa)

Sebenarnya..tiada maknanya nak ke Medan sebulan sekali...yang selalu pergi ialah Medan Selera!

Ha..medan selera...

Masa bercinta dulu, rajin jugalah jadi pengadil medan selera..(macam banyak duit je!)
Medan selera KLCC, Mid Valley, Mines, Alamanda...mana sahaja aku dan encik suami dulu akan singgah makan semasa keluar bercinta..(belajar ke tidak aku dulu ini..?)


Tapi, sekarang ini aku rasa macam melampau harga makanan di Medan Selera..(tidak perlu dinyatakan lokasinya)

Contoh..dulu pasar raya ini boleh dikatakan selalu jugalah aku singgah di medan seleranya..
Tapi, selepas sahaja direnovasikan medan selera tersebut..mak oiiii aihhh..harganya mencanak tinggi!

Bayangkanlah kalau sepinggan nasi goreng pun harganya bermula dari RM 5.90..belum termasuk caj perkhidmatan 6%..berapa ringgit sepinggan nasi goreng jadinya..?

Rasa..? agak-agaknya....?Herm..tak payahlah...

Kalau tempat-tempat macam ini agaknya kurang pemantauan hargakah..?

Senang cerita..dah tahu mahal, jangan beli..

Aku macam akan meletakkan diri di tempat orang susah yang teringin nak makan tapi tak berkemampuan...

Sampai sekarang belum merasa lagi Prosperity Burger...

Janganlah mengidam yang mahal-mahal....



*salam sayang*

09 February 2011

tak perlu sangat

1. Berapa ramai yang mengikuti kisah pergolakan keluarga artis yang kemudiaannya bekas suami/isteri bercinta dengan orang lain...?

2. Berapa ramai tahu kisah rakyat Mesir hidup dihimpit kemiskinan dek kerana pemimpin diktator..?

3. Berapa ramai yang selalu membuat ulasan baju artis seksi..atau mengambil tahu berapa nilai hadiah ulangtahun artis..?

4. Berapa ramai yang tahu kisah Saudara Hairuman yang sudah jatuh ditimpa tangga..? Semoga dia terus tabah!

5. Berapa ramai yang akan membelek dan menatap ruangan gosip hiburan terlebih dahulu...?

6. Berapa ramai yang akan membaca ruangan kolumnis akhbar seperti Dr. Riduan Tee Abdullah..?

7. Berapa ramai yang akan ketawa beramai-ramai menonton pada lawak yang langsung tak berilmu...?

8. Berapa ramai yang menonton kisah usahawan kecil yang lebih berjaya tanpa perlu menghadiri ujibakat seharian beratur...?


Yang mana satu tak perlu sangat...?





*salam sayang*

08 February 2011

buku merah

Macam tak percaya dah ada buku merah...
Baru sahaja aku rasa aku menulis tentang persiapan majlis..kali ini dah nak menulis tentang buku merah pula... :)





Belum apa-apa dah ada pelekat hijau.. ):
Inilah sebab mengapa duniadahlia sudah lama tiada tertulis entri terbaru...masih mencari kekuatan dalam menyesuaikan diri....terlepek balik sekolah! Tapi,inilah pengalaman berharga kan...? Jadi,rasakan! heheh..

Dan mungkin ini juga sebab yang kuat agaknya untuk encik suami memohon pertukaran ke Melaka...bolehkan encik suami...? hehehe :)

*salam sayang*