dewandahlia

17 February 2011

baru satu..

Diakui aku bukan kaki perpustakaan..entah berapa kali aku ke perpustakaan..
Yang aku ingat, masuk perpustakaan SAMURA adalah untuk tidur..atau sekadar mendengar radio sambil belajar di perpustakaan..
Semasa di UPM pun, bila ada tugasan sahaja akan berkunjung..kalau setakat nak belajar mengulangkaji baik aku belajar sambil bergolek-golek dan mengunyah di bilik..

Pagi tadi, kami bawa anak-anak istimewa kami ke perpustakaan..
Ok, baru tahu yang seorang anak kami takut menaiki tangga..murid yang lain tengok macam pelik..
Dah nak pelik kenapa..kalau normal, berlari dah dia menaiki tangga..

5 saat aku baca buku..5 minit mata meliar perhati gelagat anak-anak aku..dah pangggg!!
Kena juga bagi..diam terus..baca buku semua!

Dan ini hasil bacaan aku..Majalah Milenia..dengan muka depannya Tun Mahathir Mohammad..entah edisi yang keberapa entah..

Hamil

Tempoh hamil dikira dari hari pertama haid terakhir
Tarikh jangkaan melahirkan dapat dikira dengan menambah tujuh hari dari tarikh terakhir haid dan ditambah sembilan bulan atau ditolak tiga bulan dari tarikh tersebut.

Kalendar Hijrah

Dalam bulan Islam, terdapat 4 bulan yang diharamkan berperang iaitu Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah..
Bilangan hari Kalendar Hijrah setahun kurang 11 hari atau 10 hari 12 jam 1 minit berbanding Kalendar Masihi.

Ayat Seribu Dinar

Ayat tersebut ialah ayat At-Thalaq 2&3..
Ayat ini diamalkan dengan penuh ketakwaan oleh Malik bin Dinar..
Diceritakan apabila Malik bin Dinar hendak menaiki kapal, Malik bin Dinar dikehendaki membayar tambang tetapi pada ketika itu, dia tidak mempunyai wang...lalu dia menunaikan sembahyang sunat dan memohon kepada bantuan Allah...dengan kuasaNya, pasir di sekeliling Malik bin Dinar bertukar menjadi emas..


Rawatan rohani sakit jantung
*lupa nak menulis nama penulis*

Beliau menghidap sakit jantung..apa yang menjadi amalannya ialah..
15 minit selepas solat, beliau akan bersila di sejadah dan menghadap kiblat lalu berdoa..
"Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan keagungan dan kebesaranMu"
Kemudian diikuti dengan bacaan:
1. Surah Al-Fatihah (2x)
2. Surah Al-Ikhlas (3x)
3. Surah Al-Falaq (1x)
4. Surah An-Nas (1x)
5. Ayat Kursi (1x)
6. Surah Al Hasyir ayat 21 hingga 24 (7x)
Selepas bacaan ayat-ayat ini, tarik nafas dalam-dalam seoalah-olah seperti menyerap segala roh dan zat mukjizat ayat Al-Quran ini..
Diakhiri dengan LaillahaillAllah Muhammad Rasullah (100x)

Amalkan selama 21 hari berturut-turut..
Penulis tersebut bebas daripada sakit jantung
Pesannya juga, tinggalkan apa yang boleh menyumbang kepada sakit jantung..dan amalkan gaya hidup sihat..


Anak-anak dah mula buat perangai..
Balik kelas semua!

Baru sebuah buku.....

*salam sayang*

3 comments:

  1. mmg dlu kita suka pi ke library SAMURA sbb dgr radio.. pastu gado2 tukar channel radio hahahahaha memori yg x dpt lupa bila bdk putera tgk bola kt tv library dtg pap radzi lempang sorg2..

    ReplyDelete
  2. yang terlalu sedikit untuk dikongsikan bersama.... :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..