dewandahlia

15 February 2011

medan

Aku dan keluarga aku sering berkunjung ke Medan..adalah kadang-kadang sebulan sekali kami akan menjejakkan kaki ke Medan...sahaja bertukar angin..

(bunyi ayat yang sangat berlagak aku rasa)

Sebenarnya..tiada maknanya nak ke Medan sebulan sekali...yang selalu pergi ialah Medan Selera!

Ha..medan selera...

Masa bercinta dulu, rajin jugalah jadi pengadil medan selera..(macam banyak duit je!)
Medan selera KLCC, Mid Valley, Mines, Alamanda...mana sahaja aku dan encik suami dulu akan singgah makan semasa keluar bercinta..(belajar ke tidak aku dulu ini..?)


Tapi, sekarang ini aku rasa macam melampau harga makanan di Medan Selera..(tidak perlu dinyatakan lokasinya)

Contoh..dulu pasar raya ini boleh dikatakan selalu jugalah aku singgah di medan seleranya..
Tapi, selepas sahaja direnovasikan medan selera tersebut..mak oiiii aihhh..harganya mencanak tinggi!

Bayangkanlah kalau sepinggan nasi goreng pun harganya bermula dari RM 5.90..belum termasuk caj perkhidmatan 6%..berapa ringgit sepinggan nasi goreng jadinya..?

Rasa..? agak-agaknya....?Herm..tak payahlah...

Kalau tempat-tempat macam ini agaknya kurang pemantauan hargakah..?

Senang cerita..dah tahu mahal, jangan beli..

Aku macam akan meletakkan diri di tempat orang susah yang teringin nak makan tapi tak berkemampuan...

Sampai sekarang belum merasa lagi Prosperity Burger...

Janganlah mengidam yang mahal-mahal....



*salam sayang*

2 comments:

  1. aku sgt setuju. rasa jika setanding harga, pasti kuserbu jugak.
    tapi kalau stakat sayor dua urat, daging ayam nan kecik cuma 2 3 ketul bersama segumpal mi ataw nasi yg dicatu~ harga kemaen tinggi, tak payah!

    masak jelah weyh. sedap ke tak, belakang kira... :P

    ReplyDelete
  2. cik intan liyana...bilakah lagi boleh kita makan bersama..merindui zaman itu wahai kawan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..