dewandahlia

22 February 2011

bila Cik Midah baca surat khabar

Cik Midah merupakan pembaca surat khabar yang tegar..
Kalau sehari Cik Midah tak membaca surat khabar, hidupnya bagaikan tidak lengkap..macam mana pun, Cik Midah mesti membaca surat khabar..

Sebab itu, bila berborak dengan Cik Midah, semua topik macam dalam ingatan mengalahkan storan komputer..
Tak pernah hilang pengetahuan Cik Midah..

Satu hari pada minggu lepas, Cik Midah seperti biasa membaca surat khabar..

Tiba-tiba dia memberi komen..

"Ini kalau tahu guna telefon, nak sahaja hantar sms dalam surat khabar.."
"Nak tulis apa.."

"Nak tulis, kenapalah artis Bollywood ini boleh pula bersinglet jumpa dengan pentadbir negeri..patutnya adalah protokolnya..kut ye pun tengah ada pengambaraan, takkan tiada baju elok nak pakai..orang lain pun  tak tegur ke..suka sangat agaknya dapat jumpa sampai lupa adab-adab..yang artis itu jumpa pun dengan orang yang bagi gelaran pada dia..kenapa tak boleh pakai baju senonoh sikit..? Hormatlah sikit..Ini singlet sehelai..jumpa dengan orang utama negeri.."

Agak-agaknya..berapa panjang sms Cik Midah kalau dia tahu hantar sms untuk disiarkan dalam surat khabar..

Berita yang lain pula..
Berita saspek yang dijatuhi hukuman 20 tahun penjara kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik.

"Memang bagus pun..lebih pun tak apa..ini jatuhkan hukuman sebelum ini macam kesalahan mencuri ayam seekor di pasar raya sahaja..curi ayam pun penjara 7 tahun..lupuskan mayat pun 7 tahun..?"

Sebenarnya banyak lagi komen Cik Midah..
Dengar sahaja komen Cik Midah..
Nasib baik Cik Midah tak pandai hantar sms kepada surat khabar..kalau tak, hari-hari ada komen Cik Midah! :)


Cik Midah itu namanya Hamidah Basar..
Anak dialah yang menaip cerita ini..yang selalu dengar komen dia.. :)


Selamat hari jadi mak!!
Jom kita pergi kedai tudung.. :)

*salam sayang*

5 comments:

  1. hahahahaha~~~ku jua turut mengenali cik midah itu..heheh..

    ReplyDelete
  2. salam buat cik midah. baru aku taw knpa anaknya juga serba serbi tahu. menurun ghupenya...

    ReplyDelete
  3. jai : hahaha..cik midah memang begitu orangnya..
    bong : gambar lama nampaklah cikgu kurus sikit..heheh..
    ellejay : kamu juga menurun..heheh..

    ReplyDelete
  4. moga kamu pn jadi ibu yg baik mcm cik midah..:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..