dewandahlia

27 May 2010

tapi

Di mana nilainya seorang anak....

Ibu mengandung diceraikan... 
 tapi..bukankah anak pengikat kasih sayang suami isteri...?

Ibu berpantang ditendang disepak... 
tapi...bukankah anak membawa cahaya kebahagiaan...?

Ibu yang melahirkan tergamak membuang bayi yang dikandung... 
tapi...bukankah anak rahmat rezeki kurnia Allah... ?

~salam sayang~

KITA



















main sembur-sembur

Aku baru sahaja sudah menggosok baju...hari Khamis.."terajin" nak pakai baju batik minggu ini..jadinya..aku pun berusaha menggosok malam-malam hari ini...

Jujurnya..aku memang tak pandai nak gosok baju batik/sutera...puaslah disembur air sebelum gosok..tak berjaya juga nk hilangkan kedutan...akhirnya..aku hantar ke kedai dobi..sangatlah rajin ulang alik ke dobi dalam taman ini..upah gosok RM 4..tak kisah..janji aku tak lah bersusah payah nak gosok baju batik/sutera..*pemalas!*

Tapi, selepas diperkenalkan dengan satu produk ini..dan mencubanya sendiri di rumah encik tunang..memang puas hati..senang..dan mudah...menyesal tak cuba beli dari dulu..*lain kali,dengar cakap orang tua*


Ini bukanlah promosi..aku pun bukan ahli berdaftar dengan syarikat jualan ini..cumanya nak berkongsi..manalah tahu ada yang punya masalah tak reti nak gosok baju sutera atau baju batik macam aku ini...boleh dapatkan produk ini dari kedai Cosway...tak lah mahal sangat..berbaloi-baloi...heheh..

Pada sesiapa nak upahkan aku gosok baju batik/sutera..boleh juga..hehe..upah tak mahal RM 5.20 sahaja...
 hehe...

Senang...main sembur-sembur sahaja..... :)

~salam sayang~

26 May 2010

bukan sekadar kompang dipalu,silat dibuka langkah...

Dua hari mengutip ilmu kekeluargaan minggu lalu rasanya belum cukup untuk aku membina satu keyakinan diri dalam mengharungi dunia perkahwinan..tapi, itulah pusingan dan perjalanan yang telah teratur untuk kita semua...

Gema kompang yang dipalu memang membangkitkan rasa teruja untuk merasai sendiri gembiranya diarak..lebarnya senyum di atas pelamin..cantiknya busana tersarung..manisnya wajah dirias rapi..

Tapi, itu semua bukan sekadar kompang dipalu...bukan sekadar silat dibuka langkah..

Untuk menjadi ketua keluarga..suami dan imam..adalah satu perjuangan untuk lelaki..
*sangat menyampah dengan peserta kursus lelaki yang merokok dalam kawasan Masjid Al-Azim!*

Untuk menjadi isteri yang taat..yang mampu mengurus keluarga...adalah satu jihad untuk wanita...




Dalam sepuluh modul tersebut...hanya satu pesan yang selalu dan sering diulang-ulang...

JANGAN TINGGALKAN
SEMBAHYANG..SOLAT..MENGAJI..


Bukan sekadar kompang dipalu..silat dibuka langkah.....


~salam sayang~


19 May 2010

besar hatinya

Nama dia Selvakumar A/L Sivakumar..lambat mengeja dan membaca..

Ayahnya hanyalah seorang pemandu lori...adik beradik? 10 orang! akan lahir yang ke 11..mungkin...

"Saya satu orang sekolah sini cikgu..lain "ampat" orang cikgu sekolah sana sekolah rendah cikgu.."

Datang ke sekolah, hanya baju putih kekuningan yang entah sejak dari darjah berapa disarung....
Datang ke sekolah, seluar kecil singkat berjahit di tepi yang entah berapa lama tidak bertukar..
Datang ke sekolah, kasut putih haus tapaknya yang entah bila kali terakhir dibelinya..

Tapi,dia besar hati datang ke sekolah.."selamat sejahtera cikgu" tak pernah lupa diucap..

Aku bukan guru kelasnya..mahupun guru subjeknya..
Cuma guru yang sibuk bertanya...
"dah makan?", "buat apa di rumah?" "adik-adik nakal ke tak"," tolong mak masak tak di rumah?"..

Tapi, dia besar hati menjawab soalan..kadang kala bercerita.."tumbuk bawang,masuk itu kuali,letak nasi..nasi goreng siap cikgu..."

Dan kali ini lagi besar hatinya.............

 


Aku tak perlu hadiah penuh semeja..seperti gambar rakan-rakan guru yang lain..
Aku tak cemburu melihat murid beratur memberikan mereka hadiah...

Walau aku hanya mendapat sekeping kad yang penuh dengan bunga yang sudah berhabuk...
Tapi, aku besar hati ada murid sepertinya....hadiah untuk koleksi pengalaman aku....
Besar hatinya......

~salam sayang~

17 May 2010

berdua dalam bilik itu..

Berdua dalam bilik itu..sunyi..hanya jarak lebih kurang lima meter sahaja yang membezakan..dingin penyaman udara belum mampu meredakan resah hati..bila bertentang mata..hanya air liur mampu ditelan..

Berdua dalam bilik itu...Di bilik temuduga..

"Awak tak layak jadi cikgu.."

Ayat pertama yang keluar dari penemuduga usai dia membelek helaian sijil...

Berderau darah..panas muka..sejuk tapi berpeluh...

"Awak tak layak jadi cikgu...anak murid saya dulu,tamat tingkatan 6,lulus STPM jadi cikgu..jadi kenapa awak,pelajar dari Sekolah Sains,Sekolah Berasrama Penuh jadi cikgu..? Keputusan ijazah awak juga rasanya boleh membawa awak jauh lagi dari menjadi seorang guru...awak tak layak menjadi guru.."

Ditembak bertalu-talu dengan pernyataan itu...hilang dah dalam kepala apa yang dihafal..Falsafah Pendidikan Kebangsaanlah..Pelan Induk Pembangunan Pendidikanlah..entah apa lagi yang dibaca hilang...memikirkan apa yang harus dijawab bila penemuduga asyik menduga kekuatan mental aku..."awak tak layak jadi cikgu"..salah jawab,perangkap diri sendiri..terlebih jawab kang,tak lulus pula...

Dalam hati punya jawapan (yang tak terucaplah)...
Budak SBP tak layak ke jadi cikgu..harus semua budak SBP jadi doktor atau jurutera sahaja..?
Cikgu ini ada kelayakkan minimum ke..masa mohon DPLI tak pula dinyatakan..
*Kalau aku jawab macam ini,memang sah aku tak lulus*

Jawapan aku..

"Bukan saya tak punya peluang lain..permohonan pengajian sarjana saya lulus..tapi..berkat doa mak saya yang membawa saya seperti hari ini..ke dalam bilik ini..saya pernah menolak rezeki mengikuti pengajian TESL beberapa tahun lepas..tapi,doa mak abah saya tak pernah putus untuk salah seorang anaknya menjadi guru..dan saya memenuhi impian mereka itu di samping impian saya sendiri..dan saya juga tidak pernah menyesal memenuhi impian mereka apatah lagi saya memohon opsyen pendidikan khas yang bukan kecil cabarannya..."

Air mata bergenang tatkala memberikan jawapan..jawapan itu memang jujur..bukan untuk lulus temuduga pengesahan lantikan sahaja..dan aku lulus temuduga itu walau aku tak layak menjadi guru..pada penilaiannya...

Layakkah aku menjadi guru...?

Semoga pernyataan itu mampu aku buktikan sebaliknya...selamat hari guru!



~salam sayang~

14 May 2010

pensel warna

"Jangan tukar latar belakang blog kau tau Joy..aku suka dengan pensel warna blog kau.."

Terima kasih Nuar..dan terima kasih pada yang lain..menjadi sebahagian dari warna warni duniadahlia..

Pensel warna
Dari yang 12 batang hinggalah kepada yang bersusun banyaknya...bila berada di tangan cantik hasilnya..yang putih menjadi berwarna..waima diwarnakan dengan warna hitam sekalipun...

Begitulah metafora hidup kita ini semua...berwarna warni..lain orang,lain perjalanan hidupnya...kita sendiri juga dalam sehari,boleh mengalami pelbagai perkara...dalam kegembiraan,tiba-tiba ada kedukaan...dalam sedih,tiba-tiba ada kekuatan...

Siapa kita untuk tidak membuka mata selagi diberi waktu dan nyawa....

Kadang-kadang mesti ada terdetik, bagusnya hidup dia..kan bagus kalau aku menjadi seperti itu...
Tapi, apa jua yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita..sama ada dalam kesenangan atau kesusahan...

Selagi diberi kurnia nafas,iman dan Islam,kita harus mewarnakan hidup kita..

..Terima kasih sudi mewarnai hidupku...

~salam sayang~

09 May 2010

entri cinta : Kolej Tun Perak,UPM

Berderet kad jemputan walimah mula menghiasi dinding Facebook..tersenyum bila tengok nama kawan-kawan yang akan melangsungkan perkhawinan..harap-harap dapat memenuhi undangan kalian...

Yang membuatkan lagi tersenyum..3 pasang bakal pengantin nanti adalah rakan sekuliah di UPM merangkap rakan sekolej di KTP..termasuk aku dan encik tunang, 4 pasanglah..tapi,kami tidak memilih tarikh bulan 6 atas beberapa kekangan...

Menjadi juga kita ini ye...heheh..bukanlah nak mengatakan masa di UPM dahulu,kami sibuk mencari pasangan..tidak..cumanya tak sangka pula,persahabatan itu bertukar status..Alhamdulillah...

Semester 1 hingga 3,semua kawan..seingat aku,masa itu belum ada lagi pasangan..konon-konon,masa ini..perhati,pandang-pandang,jeling-jeling..heheh..*aku terkecuali waktu ini~betul,tak tipu!*
tapi, bermula semester 4, satu..satu..satu..mula memasangkan diri..(ada ke "memasangkan diri"? erm,"couple")..Aku pun selepas beberapa ketika dan waktu mula menerima kehadiran rakan sekuliah..encik tunang sekarang ini..memang bikin kecoh 1 KTP.."Adly dengan Joy?Adly yang pendiam,pemalu dengan Joy yang kecoh?Joy bukan dengan....?" *Joy itu nama publisiti kat KTP*

Kiranya,Kolej Tun Perak ini memang ada kuasa cinta..heheh..nak makan sama,tempat makan depan kolej..nak tengok pemandangan Putrajaya waktu malam,duduk di gelanggang bola tampar dan rumah minang..nak belajar sama-sama,ada zon senyap*walau ada nyamuk,sanggup!oh,kuasa cinta*..nak duduk tengok orang lalu lalang,ada pondok hijau..lengkap!..heheh..pergi kuliah,naik bas..uish,sanggup encik tunang tinggalkan motornya..samalah dengan 3 pasang lagi..(,"(",)..

Aku teringat kata-kata Felo Blok Lekir,Kak Suria..
"Bercinta di universiti adalah lumrah,memang pada masa ini,adalah masa sekurang-kurangnya kamu ada seseorang..sebab masa dah bekerja nanti,kamu akan dikelilingi dengan lelaki yang sudah berkahwin dan yang boleh diragui status mereka"

Dan kami semua mengikut pesan tersebut!..hehe..

Tahniah dari kami (Adly&Dahlia) kepada kawan-kawan baik kami...

Ramdzan & E-T
Zamri & Aya
Sham & Dila





~salam sayang~

07 May 2010

sebaris ayat. yang terucap..

Alhamdulillah..kita semua dilahirkan dengan kesempurnaan..untuk saling berinteraksi bukan satu kepayahan..dan berada di dunia pendidikan khas,benar-benar memberi ruang untuk menginsafi betapa kita kerdil di sisiNya..

Aku ambil masa juga untuk memahami pertuturan dan percakapan anak-anak murid aku yang mengalami masalah pertuturan..dan apabila dah bersama dengan mereka, Alhamdulillah..kefahaman untuk memahami butir itu ada,(kadang-kadang susah juga nak faham)..kena juga dengar walaupun mereka hanya datang mengadu buku mereka jatuh,pensel mereka patah,gam sudah habis,dan sebagainya..

Berbual dengan anak murid memang menyeronokkan..walau entah apa-apa yang ditanya oleh mereka..

Anak murid
"Bila cikgu nak kahwin?"
                     "Cikgu,lepas cikgu kahwin,cikgu pindah ye..?
Cikgu ikut suami cikgu nanti ek..?"
Cikgu  
"Kenapa awak tanya? Nak cikgu pindah ye...ok,boleh saja..."
Anak murid
"Janganlah cikgu..nanti kami nak PJ dengan siapa..?
"Siapa nak layan kami main bola dan boling..?"
*Cikgu dah mula terharu dah*
Cikgu  
"Ish,kan ramai cikgu..lagipun,kalau cikgu pindah ke mesti dapat cikgu ganti yang lain..mesti seronok.."
Anak murid 
*salah seorang anak murid sambil kepala dan badan bergoyang-goyang,kawan-kawannya panggil Gegar menjawab*
"Cikgu,kalau cikgu pindah...siapa nak hantar saya pergi sekolah kalau saya tertinggal van..?
"Siapa nak hantar saya balik depan pintu rumah kalau van tinggalkan saya...?"
*Cikgu dah terdiam.Mahu sahaja air mata mengalir tika itu*

Terima kasih anak-anak..kamu tak perlu menulis karangan panjang berjela satu muka surat..cukup dengan sebaris ayat kamu yang terucap sangat jujur untuk menyentuh hati cikgu...

Sebaris ayat kita yang terucap,kesannya,maknanya,impaknya kepada seseorang amatlah besar..kata orang,kerana mulut badan binasa..

Tapi...

Kenapa kita harus membinasakan badan andai sebenarnya,kata-kata mampu menggembirakan...

~salam sayang~

gambar lama

Beberapa hari lepas, dinding Facebook aku dilekatkan dengan beberapa keping gambar lama...memang tersenyum...tergelak..dan ketawa melihat gambar tersebut..memang ada album gambar-gambar masa bersekolah dulu..tapi,tidaklah rajin nak membelek album setiap masa..jadi usaha kawan aku memuatnaik gambar benar-benar mengembalikan nostalgia..

~5 Cekal 2002~Sains Muar~

Ini gambar kelas..waktu prep malam..jam menunjukkan 10.45 malam..ada lagi di sekolah..uish..siang malam di kelas...aku buat apa ye?yang lain belajarlah...aku tidur saja rasanya....hehehe...
2 tahun berada di Sains Muar adalah pengalaman yang mengembirakan..Alhamdulillah,kami bangga dengan pencapaian kami sekarang ini..walau berbeza dunia kerjaya,tapi kami pernah berkongsi kawah nasi yang sama...dengan Facebook,seolah-olah kami semua kembali ke kelas kami..

~nas-dee-feza-kurt~
Yang ini pula gambar kami sepasukan..pasukan bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen..piala yang disusun masih tersimpan rapi dalam almari..kenangan berlatih..mencari idea..ke sana ke mari bertanding membawa nama sekolah juga momen yang indah bergelar pelajar sekolah..tapi,cukuplah semasa di sekolah..aku tak menyambungkan bakat berbahas di universiti..rasanya,cukuplah pernah berada dalam dunia cakap asyik nak menang saja..heheh..sekarang ini,cukup dengan menjadi seorang guru pendidikan khas..di dunia yang sangat indah..

Tapi, aku pun tak faham,kenapa murid sekarang ini,asal hari kokurikulum hari Rabu, mereka cabut lari panjat pagar sekolah..mereka tak tahu ke,dengan aktiviti kokurikulum yang disertai,mereka dapat ke sana ke mari..macam kami berempat ini, pertandingan di Johor semua kami masuk,peringkat HKSBP zon selatan dan kebangsaan kami bertanding..dan akhirnya,kami diterbangkan ke Sarawak untuk bertanding..Percuma siap dapat duit poket lagi..! Tak rugi aktif di sekolah..*cukup Cikgu Dahlia,jangan membebel..*

Benar kata orang..sekeping gambar punya seribu macam cerita..itulah kenangan yang terakam dalam bentuk nyata..
 
Gambar tidak pernah berbohong untuk mengatakan yang kita tak pernah melalui saat-saat tersebut..

~salam sayang~