dewandahlia

17 May 2010

berdua dalam bilik itu..

Berdua dalam bilik itu..sunyi..hanya jarak lebih kurang lima meter sahaja yang membezakan..dingin penyaman udara belum mampu meredakan resah hati..bila bertentang mata..hanya air liur mampu ditelan..

Berdua dalam bilik itu...Di bilik temuduga..

"Awak tak layak jadi cikgu.."

Ayat pertama yang keluar dari penemuduga usai dia membelek helaian sijil...

Berderau darah..panas muka..sejuk tapi berpeluh...

"Awak tak layak jadi cikgu...anak murid saya dulu,tamat tingkatan 6,lulus STPM jadi cikgu..jadi kenapa awak,pelajar dari Sekolah Sains,Sekolah Berasrama Penuh jadi cikgu..? Keputusan ijazah awak juga rasanya boleh membawa awak jauh lagi dari menjadi seorang guru...awak tak layak menjadi guru.."

Ditembak bertalu-talu dengan pernyataan itu...hilang dah dalam kepala apa yang dihafal..Falsafah Pendidikan Kebangsaanlah..Pelan Induk Pembangunan Pendidikanlah..entah apa lagi yang dibaca hilang...memikirkan apa yang harus dijawab bila penemuduga asyik menduga kekuatan mental aku..."awak tak layak jadi cikgu"..salah jawab,perangkap diri sendiri..terlebih jawab kang,tak lulus pula...

Dalam hati punya jawapan (yang tak terucaplah)...
Budak SBP tak layak ke jadi cikgu..harus semua budak SBP jadi doktor atau jurutera sahaja..?
Cikgu ini ada kelayakkan minimum ke..masa mohon DPLI tak pula dinyatakan..
*Kalau aku jawab macam ini,memang sah aku tak lulus*

Jawapan aku..

"Bukan saya tak punya peluang lain..permohonan pengajian sarjana saya lulus..tapi..berkat doa mak saya yang membawa saya seperti hari ini..ke dalam bilik ini..saya pernah menolak rezeki mengikuti pengajian TESL beberapa tahun lepas..tapi,doa mak abah saya tak pernah putus untuk salah seorang anaknya menjadi guru..dan saya memenuhi impian mereka itu di samping impian saya sendiri..dan saya juga tidak pernah menyesal memenuhi impian mereka apatah lagi saya memohon opsyen pendidikan khas yang bukan kecil cabarannya..."

Air mata bergenang tatkala memberikan jawapan..jawapan itu memang jujur..bukan untuk lulus temuduga pengesahan lantikan sahaja..dan aku lulus temuduga itu walau aku tak layak menjadi guru..pada penilaiannya...

Layakkah aku menjadi guru...?

Semoga pernyataan itu mampu aku buktikan sebaliknya...selamat hari guru!



~salam sayang~

4 comments:

  1. ah-ha!!!

    anda layak. cukop layak wahai cikgu dahlia.
    slamat hari guru!

    ReplyDelete
  2. alaaaaaaaaaaaaaaaa sedeynye aku bace..
    tsk.. selamat hari guru dahlia ;)
    teruskan usaha murni kamu ye!!
    aku sentiasa mendoakan yg terbak buat kamu n para guru sedunia.. ;D
    tc

    ReplyDelete
  3. fadh : terima kasih..:)

    yana : kamu juga pensyarah yang hebat!

    kd : terima kasih...tahniah ye..dah habis belajar kan..?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..