dewandahlia

07 May 2010

sebaris ayat. yang terucap..

Alhamdulillah..kita semua dilahirkan dengan kesempurnaan..untuk saling berinteraksi bukan satu kepayahan..dan berada di dunia pendidikan khas,benar-benar memberi ruang untuk menginsafi betapa kita kerdil di sisiNya..

Aku ambil masa juga untuk memahami pertuturan dan percakapan anak-anak murid aku yang mengalami masalah pertuturan..dan apabila dah bersama dengan mereka, Alhamdulillah..kefahaman untuk memahami butir itu ada,(kadang-kadang susah juga nak faham)..kena juga dengar walaupun mereka hanya datang mengadu buku mereka jatuh,pensel mereka patah,gam sudah habis,dan sebagainya..

Berbual dengan anak murid memang menyeronokkan..walau entah apa-apa yang ditanya oleh mereka..

Anak murid
"Bila cikgu nak kahwin?"
                     "Cikgu,lepas cikgu kahwin,cikgu pindah ye..?
Cikgu ikut suami cikgu nanti ek..?"
Cikgu  
"Kenapa awak tanya? Nak cikgu pindah ye...ok,boleh saja..."
Anak murid
"Janganlah cikgu..nanti kami nak PJ dengan siapa..?
"Siapa nak layan kami main bola dan boling..?"
*Cikgu dah mula terharu dah*
Cikgu  
"Ish,kan ramai cikgu..lagipun,kalau cikgu pindah ke mesti dapat cikgu ganti yang lain..mesti seronok.."
Anak murid 
*salah seorang anak murid sambil kepala dan badan bergoyang-goyang,kawan-kawannya panggil Gegar menjawab*
"Cikgu,kalau cikgu pindah...siapa nak hantar saya pergi sekolah kalau saya tertinggal van..?
"Siapa nak hantar saya balik depan pintu rumah kalau van tinggalkan saya...?"
*Cikgu dah terdiam.Mahu sahaja air mata mengalir tika itu*

Terima kasih anak-anak..kamu tak perlu menulis karangan panjang berjela satu muka surat..cukup dengan sebaris ayat kamu yang terucap sangat jujur untuk menyentuh hati cikgu...

Sebaris ayat kita yang terucap,kesannya,maknanya,impaknya kepada seseorang amatlah besar..kata orang,kerana mulut badan binasa..

Tapi...

Kenapa kita harus membinasakan badan andai sebenarnya,kata-kata mampu menggembirakan...

~salam sayang~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..