dewandahlia

25 January 2011

kipas

Musim mengipas telah kembali!

Comelkan..?


Kipas untuk diri sendiri agar kelak tercalon bertanding!
Itulah maksud musim mengipas...:)

Bukan entri menyokong atau membangkang ye..

Ia sekadar melihat lebih dari itu..

Betapa setiap dari kita perlu menonjolkan kemampuan diri..membina portfolio yang baik untuk diri sendiri..
Walau mungkin lebih kepada permainan politik..namun, setiap dari kita secara sedar atau tidak..
Adakalanya terucap dan terdetik..."Aku lebih baik dari kamu.."


Pemilihan..Penamaan..Pengundian..

Dari sekecil-kecil pemilihan AJK Kelab dan Badan Beruniform..sehinggalah sebesar-besar kepada Pilihanraya..prosedur dan prosesnya tetap sama..

Seorang anak murid yang dasarnya ligat..sering mencabar kesabaran guru-guru..tetapi seorang yang boleh dikatakan popular dalam kelompoknya..
Mencalonkan dirinya untuk satu jawatan penting dalam persatuan..
Keberanian!
Lebih baik kipas diri sendiri dari mengipas orang lain..kita yang berpeluh!

Kami beri peluang kepada mereka untuk berkempen..memancing undi dari rakan-rakan agar menerima pencalonan dirinya...

Tapi,akhirnya..anak-anak kami yang mengundi..buntu..siapa yang harus dipilih..
"Nak pilih siapa cikgu..semua nampak main-main sahaja.."
Pandai pun anak aku yang kategorinya bermasalah pembelajaran memilih ketua mereka...

Kipas calon itu mati..terus tak berpusing..tak berputar..haiissshh...

Berapa ramai kipas yang di luar sana terhenti pusingnya...?
Bacalah surat khabar..atau seberapa banyak blog kiri dan kanan..

Yang terhenti akan cuba menghidupkannya kembali...
Yang masih berputar..belum sedia mematikan kipasnya atau belum sedia kipasnya dimatikan..
Sedang berusaha dengan gigih meniup..berpusing dengan rancaknya...
Tapi,jangan sampai terlupa..
Bilah kipas boleh patah..hatta kipas sate juga akan carik..


Kipaslah untuk kebaikan...bukan kepentingan peribadi....


*salam sayang*

07 January 2011

rindu cerita kesibukan itu





Salah satu gambar yang aku suka..tenang sangat rasa..
Lokasi di hadapan rumah encik suami.. :)

Majlis yang memang serba ringkas..dan bajet yang seminima mungkin..


1.Pasaraya Cowboy.

Pasaraya inilah yang aku selalu ulang alik..mahu tak..untuk cenderamata kepada tetamu kesemuanya aku beli di sini..(hahaha..pecah rahsia)..aku cubalah konon-konon nak buat lain..aku malas nak bungkus gula-gula ke,coklat ke..balik rumah aku tidur..jadi,memang tiada kerajinan nak bungkus-bungkus ini..melainkan jika memang punya pembantu yang sangat suka bungkus-bungkus..cukuplah aku kena bungkus nasi lemak..
-Bukan gambar sebenar-
Dan akhirnya..bekas bulat-bulat yang berwarna warni aku beli untuk cenderamata tetamu...
Sampaikan pengurus pasaraya kena tempah lagi pada pembekal..ada yang tanya nak buat apa beli banyak-banyak..aku jawab..
"Nak buat hadiah pertandingan lumba lari!"
Emak aku cuma letakkan sebiji kek pisang yang lazat di dalam bekas tersebut..(betul,sedap!)
Disebabkan bekas itu bogel,abah aku minta dibelikan beg..ya,aku ikut..maka bajet aku lari..hehehe..
Aku rasa pengurus Cowboy memang suka betul pada aku..

2. Galeri Kad Kahwin ZR

Kawan aku yang cadangkan tempat ini..kedainya bersebelahan dengan Pasaraya Keluargaku..sebaris dengan Pejabat ASNB Melaka..
Kad dua dalam satu..lepas itu, ambil pakej banner sekali..sebab,malas nak fikir nak cari lain..kan ke senang,sekaligus sahaja..nak kahwin,jangan fikir yang susah-susah..pada akulah...


3. Butik

Taklah namanya pengantin..kalau tiada butik pengantin..
Pelamin aku memang biasa sahaja..fesyen lama..
Dengan 6 helai baju dari butik..dan 2 kali solekan...bayarannya adalah di bawah dua ribu!
Jadinya, aku tak kisah kalau pelamin aku nampak biasa..:)
Aku tetap menggunakan perkhidmatan Butik Pengantin Az di Bukit Katil..bersebelahan dengan Klinik 1Malaysia Bukit Katil..

-terima kasih kawan-kawan-memeriahkan malam berinai-

4. Kumpulan Muzik.

Aku memang berangan-angan dari awal tahun..tak nak guna khidmat DeeJay..(minta maaf En.DeeJay)
Mula-mula cari kumpulan ghazal..tapi,kosnya yang boleh tertelan air liur..terus tak jadi..tukar idea..memang dah pasrah kalau kena guna DeeJay..
Bercerita pula dengan seorang cikgu di sekolah, dan dia bagi nombor telefon kumpulan dondang sayang..waa..aku mestilah lagi suka!!(gambar belum ada dalam simpanan)
Memang puas hati..dari pukul 10 pagi hinggalah pukul 4 petang..kumpulan ini membuat persembahan..
kadar bayaran? Di bawah jumlah seribu ringgit! 
Telinga tak rasa bingit..lagu dimainkan secara langsung oleh pemain muzik..penyanyi pun tak seronok sendiri..
Ish,seperti yang diharapkanlah..:)

5. Tempahan gubahan barang hantaran.
Gubahan pun nak kena tempah? Ha ah..hantaran pun aku hantar kedai untuk gubahan..tapi,ingat..mesti dengan kadar bayaran yang sesuai..tak perlu berlebih..
Disebabkan encik suami jauh..jadinya, kalau barang hantaran digubah dari Pulau Pinang..alamatnya sampai Melaka nanti..mana bunga..mana daun..
Jadi, aku tempahkan semuanya di sini..kiranya aku dah tiada elemen terkejut tengok barang hantaran..hehe..
Lebih kurang 14 dulang..jumlahnya empat ratus ringgit..daripada kalau aku gubah,tak nampak bentuk..baik aku usaha lebih sikit, cari kedai di Jalan Bunga Raya, Melaka..heheh..

-abaikan si comel..bukan termasuk barang hantaran-


Ke sana..ke mari..ada sahaja yang kurang sehinggalah di pagi majlis nikah pun,aku boleh keluar beli santan! Muka memang penat..tapi, bila tengok kembali gambar..ada cerita di sebaliknya..

Cerita tentang harapan sekali seumur hidup..
Cerita tentang permulaan kisah yang mengharapkan kebahagiaan sentiasa menjadi hak milik...

Dan..aku rindu cerita kesibukkan itu..

*salam sayang*

06 January 2011

putera katak II

Putera katak. Aku pernah menulis kisah putera katak dalam entri yang lepas..

Entri ditulis ketika anak-anak aku menduduki Peperiksaan Menengah Rendah..
Disebabkan slot Lagenda Putera Katak, entri tersebut telah dilawati sebanyak 130 kali..
Tapi,langsung tiada kaitan pun dengan drama tersebut..tajuknya sahaja yang kebetulan sama...
Aku cuma tumpang populariti Nora Danish.. :) *perasan!*

Aku nak kenalkan dengan pembaca duniadahlia siapa putera katak dalam entri yang lepas..
Banyak yang boleh aku jadikan iktibar..dan aku mahu berkongsi..
mungkin untuk kita agar punya rasa malu kepada Allah..kerdilnya kita..dan Allah itu Maha Besar Kuasanya..
Anak aku ini dikategorikan sebagai cacat fizikal..untuk diceritakan kecacatannya seperti mungkin tiada bahasa yang sesuai(aku yang tak sampai hati sebenarnya)..



Walaupun bukan cemerlang kesemuanya..tetapi, kemampuannya untuk lulus dalam beberapa matapelajaran amat membanggakan..subjek yang aku ajar, Alhamdulillah, kesemua anak aku mendapat D..termasuklah murid ini..bagi matapelajaran Kemahiran Hidup pula, anak aku ini mendapat C!

Aku pun tak menyangka yang dia akan lulus(jahat pula bunyi)..memandangkan dia hanya belajar untuk menduduki PMR selama setahun!
Kerana atas permintaan ayahnya untuk dia menduduki PMR memandangkan tahun lepas adalah tahun akhirnya bersekolah..ok..umurnya tahun lepas adalah 18 tahun..

Budak biasa pun belum tentu boleh buat dalam tempoh setahun untuk belajar..dan kerana itulah kita perlu malu..
Teori aku mudah..mungkin ketika di dalam kelas, Allah buka jalannya untuk dia mudah memahami..
menerima apa yang kami sampaikan..
dan mungkin Allah juga tabahkan hatinya untuk terus berusaha dan menahan kesabarannya apabila kami memarahinya..heheh..
Dan ketika dia sedang menjawab, Allah gerakkan hatinya untuk memilih jawapan yang tepat..
(main tikam-tikam jawapan pun,kalau tak terkena,lagi rugi)


Tiada apa yang mustahil kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi seminit akan datang..
Nampak sukar,nampak susah, kalau berjaya..itulah kemanisan cabaran..
Kalau gagal, kesukaran itu belum cukup untuk membuka laluan jaya kita...


*salam sayang*

02 January 2011

sampul

Asal sahaja keluar...mesti habis...keluar lagi...habis lagi...


Terasa sangat dalam tempoh 3 bulan menguruskan majlis...aliran duit macam laju sangat..
macam cukup..la...tak cukup rupanya..keluarkan lagi...

Tapi, alhamdulillah...perbelanjaan tidaklah membazir dan boros..rasanya..hahah..

Sebab mak aku kata.."apa adik nak buat..adik buat..tapi, guna duit adik."
Ye,keizinan untuk aku buat apa aku suka..hahah (tapi, jangan tertipu..lepas aku buat apa aku suka, mak mesti membebel..buat huraian..heheh..comel kan..?)
Itu yang aku cari sampai dapat kumpulan muzik tradisional..memang berbaloi! :)

Aku tertarik dengan satu entri dari blog Mazlin Nordin..pernah dia menulis tentang kebaikan dan kelebihan sistem sampul..

Aku pun cuba mempraktikkannya..

Setiap kali aku keluarkan duit, aku akan terus mengasingkannya..dan jangan usik-usik lagi..biar berlebih sepuluh dua puluh ringgit..lebihan belanja, masukkan dalam sampul duit kecemasan..

Contohnya, asingkan duit butik..duit kad..duit jurufoto..duit kompang..duit spa(sangat suka!)..duit cendol..pendek kata, semua perbelanjaan yang termasuk dalam tanggungan kita...
masukkan dalam sampul..aku guna sampul duit raya sahaja..(ikut sekali arahan,tak payah lipat duit..heheh..)


Dan jangan lupa, wujudkan juga sampul duit kecemasan..sekurang-kurangnya mesti ada RM 100..manalah tahukan...ada yang terkurang..

Hasilnya...di akhir majlis..aku masih mempunyai baki lebih kurang RM 300..menarikkan..?
Rasa macam dah papa kedana..rupanya ada lagi...heheh...

Mulai tahun 2011 ini, aku akan teruskan sistem sampul ini..ini tak, asal gaji sahaja..lesap..
tiba-tiba ada Primaveralah..tiba-tiba ada Carlo Rinolah..haiisshh...

Tahun ini macam nak berbulan madu dengan encik suami,jadinya kenalah wujudkan sampul bulan madu..:)

Aku tak pandai bagi tips persiapan perkahwinan..cumanya, kalau tunggu duit cukup..memang tiadalah dayanya...apa yang ada,itulah yang ada..

Majlis perkahwinan bukanlah sesuatu untuk dibanggakan..dimegahkan..
Tapi, buat apa yang anda nak buat selagi mampu..



*salam sayang*

01 January 2011

senyuman disember

Kalau ditanya bulan apakah yang paling disukai..(ada tak orang nak tanya?)..aku pasti akan menjawab bulan Disember..sebab aku dapat cuti sebulan penuh dengan dibayar gaji dan mungkin akan disertakan dengan bonus..ok,itu harapan.

Memang terlalu indah bulan Disember untuk aku.

Alhamdulillah..masih lagi bernafas dengan nikmatNya selama 25 tahun sejak dilahirkan pada 21 Disember 1985..terima kasih mak!!
Aku paling berangan nak nombor pendaftaran kereta DEE 2112..

21 Disember 2000.Keputusan PMR.

Mahu tak jerit melompat-lompat..budak yang gagal subjek Sains boleh dapat 8A..? akulah itu..hadiah hari jadi untuk diri sendiri..
Rahsianya..jangan lari dari rumah kalau kena marah atau kena bebel dengan mak ayah..ini kena marah lari keluar dengan encik siapa-siapa pergi Lombok..carilah tempat menarik..Australia ke..New Zealand ke..

26 Disember 2009. Bertunang dengan encik suami.
Mulanya tak nak bertunang..tapi, sahaja nak mengikut adat..lagipun kadang-kala encik suami datang bermalam di rumah..jadinya kurang manis..bertunanglah kami dengan jayanya...heheh..

10 Disember 2010. Ijabkabul.
 Alhamdulillah..dengan sekali lafaz..percintaan hampir 6 tahun lamanya terbinalah sebuah masjid yang indah..semoga sentiasa disinari dan dilimpahi kasih sayang..

11 dan 19 Disember. Majlis persandingan.
Merasalah pakai baju lawa-lawa..disolekkan..merasalah semuanya...sekali seumur hidup..hari biasa kalau tiba-tiba pakai gaun pengantin kemaruk sangatlah pula..Alhamdulillah..cuaca pun masa itu sangat menyebelahi..tak panas..tak hujan..


23 Disember. Macam terlupa.
Disebabkan kesibukan aku memang terlupa tarikh keputusan PMR diumumkan..sampailah aku dengar radio dalam kereta..terus aku hubungi Pembantu Pengurusan Murid..dan memang nak melompat dalam kereta! Kelima-lima calon PMR lulus subjek Geografi! Mereka semua dapat D! (banyaknya tanda seru)..Calon pendidikan khas boleh lulus Geografi yang memang bab-bab peta kena mahir...pada aku memang dah cemerlang...dan rezeki mereka itu Allah permudahkan..usaha dan doa mereka Allah makbulkan..kami semua hanya sebagai penyampai..dan pembebel setia..heheh..

 Disember itu telah berlalu. Ia tetap hari yang berganti dengan kenangan.

*salam sayang*

suri

Entri pertama sesudah bergelar seorang suri di hati suami.

Alhamdulillah..hanya kesyukuran yang tidak terhingga..kepenatan entah hilang ke mana tatkala majlis sederhana yang dirancang berjalan dengan lancar..dan kerana itulah duniadahlia juga hampir sebulan tidak dijengah..

Terima kasih kepada semua ahli keluarga..kawan-kawan yang tak putus-putus menghantar ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua.. :)

Majlis di Melaka
Majlis di Pulau Pinang

Saat-saat itu bagi setiap pasangan pasti akan diingati sampai bila-bila..walaupun ianya telah lama berlalu.. 
Semoga setiap dari kita diberikan kebahagiaan dalam keredhaanNya..
*salam sayang*