dewandahlia

16 February 2011

Siapa pun takkan punya kerja

Bayangkan kalau kita semua ini tahu mengenai kehidupan kita yang tersirat...
Kelahiran, kematian, rezeki dan jodoh...

Buka sahaja mata,kita semua macam dah tahu apa yang akan terjadi...
Tapi, kehidupan kita mesti tak berwarna warni..tiada misteri yang tersembunyi...

Maka kerana itulah..Allah menyimpan semua rahsiaNya di Loh Mahfuz..(bukan seorang yang terlalu penuh ilmu..)

Kita yang merancang..tapi bukan kita yang tentukan..

Manalah kita nak tahu, seorang wanita meminta orang awam menjaganya bayinya sebentar dengan alasan mahu ke tandas..tetapi akhirnya lesap hilang meninggalkan tanggungjawabnya...
 Dan..
Siapalah yang akan tahu seorang murid itu nak keluar kelas dengan niat nak melompat dari koridor kelas..melainkan dia seorang sahaja yang tahu..
Atau..
Punyalah si ibu nak membunuh diri bersama si anak..tapi si anak yang pergi dulu...
 
Berita macam itu hanya cukup untuk melariskan akhbar sehari sahaja...walhal jika perkara tersebut tidak dipantau..tidak diberi perhatian yang sepenuhnya...entah apa akan jadi kelak..orang jatuh bangunan akan menjadi klise..atau "oh,ada orang jatuh bangunan lagi hari ini."

Rupanya..kita mempunyai ramai yang mengalami masalah mental..
Bukti..tak payah tunggu kes-kes jenayah atau sivil ini..itu yang memang terang terangan..
Ada juga yang boleh kita tengok dalam setiap ujibakat nyanyian yang diadakan..(sebab belum pernah tengok lagi perangai yang bukan bukan masa ujibakat mencari qari qariah atau ustaz)
Beratur berjam-jam..ingatkan suara sedap semerdulah sangat..

Doktrin hiburan seolah sudah sebati dengan jiwa..sehingga pengisian rohani itu kurang..atau tiada langsung..atau ada tetapi menyimpang..
Tak kiralah agama apa sekalipun..kita akan terkeluar juga kesimpulan asas...

"Rogol rogol ini memang tentunya orang sawo matang.."
"Bunuh diri ini orang yang hitam manis.."
"Bunuh tinggalkan tepi jalan orangnya selalu cerah-cerah.."

Tapikan, kalau tiada kes macam ini...

Siapa pun takkan punya kerja..

(pernah berangan nak masuk TopHost-perasan!)


*salam sayang*

3 comments:

  1. Biar tiada kerja sekali pun yang menyemai benih kewangan (bergaji), asalkan tiada watak derita yang mengendong sejuta rs pilu yang mencengkam..
    anyway, jawatan @ pekerjaan yg mempunyai fungsi ke arah keperluan kes2 sedemikian tetap wujud tp kalau xde @ kurangnya kes itu sekalipun, penjawat jawatan tersebut tetap diberi gaji kerana punyai kepakaran dalam bidang itu...

    ReplyDelete
  2. peratusan kegilaan dunia mmg semakin tinggi. gusar. takot takot aku tergolong nanti.

    kalo agama mmg jadi pegangan diri, insyaAllah dapat dihindari. :)

    ReplyDelete
  3. epull : jika tidak boleh mengembirakan..jangan datangkan kedukaan..makan mari makan dan ketawa sahaja! :) Hadapinya dengan senyuman..

    Yana : jangan jadikan dunia segala-galanya..apa jua rintangan yang sedang cuba kamu hadapi..ada jalan keluarnya..semoga kita senantiasa bersujud...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..