dewandahlia

14 May 2010

pensel warna

"Jangan tukar latar belakang blog kau tau Joy..aku suka dengan pensel warna blog kau.."

Terima kasih Nuar..dan terima kasih pada yang lain..menjadi sebahagian dari warna warni duniadahlia..

Pensel warna
Dari yang 12 batang hinggalah kepada yang bersusun banyaknya...bila berada di tangan cantik hasilnya..yang putih menjadi berwarna..waima diwarnakan dengan warna hitam sekalipun...

Begitulah metafora hidup kita ini semua...berwarna warni..lain orang,lain perjalanan hidupnya...kita sendiri juga dalam sehari,boleh mengalami pelbagai perkara...dalam kegembiraan,tiba-tiba ada kedukaan...dalam sedih,tiba-tiba ada kekuatan...

Siapa kita untuk tidak membuka mata selagi diberi waktu dan nyawa....

Kadang-kadang mesti ada terdetik, bagusnya hidup dia..kan bagus kalau aku menjadi seperti itu...
Tapi, apa jua yang kita lalui adalah yang terbaik untuk kita..sama ada dalam kesenangan atau kesusahan...

Selagi diberi kurnia nafas,iman dan Islam,kita harus mewarnakan hidup kita..

..Terima kasih sudi mewarnai hidupku...

~salam sayang~

4 comments:

  1. teringat masa kecik2 blaja mewarna.. pokok warna biru.. muka org warna merah :P

    ReplyDelete
  2. fiza : dah macam anak murid pendidikan khas aku je mewarna..heheh...

    ReplyDelete
  3. org yg name Nuar tu kompem jiwa halus dan berseni orgnye... like this!

    ReplyDelete
  4. mungkin kamu bernama Nuar itu...:) terima kasih!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..