dewandahlia

29 September 2010

para pencari tuhan

Sekarang ini rasanya heboh cerita konfrontasi yang diadakan di negara seberang..dengan tindakan ekstrim mereka..kita sebagai rakyat Malaysia atau juga mungkin rakyat Indonesia tidak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku pada masa hadapan yang akan menjejaskan hubungan serumpun..





Bukan nak cerita politik sebenarnya..heheh..

Aku bukan penonton televisyen yang sangat kemaruk dengan cerita bersiri Korea,Jepun atau juga sinetron  Indonesia...
Tapi, ada satu sinetron Indonesia yang memang betul-betul aku suka..Para Pencari Tuhan...

Jalan cerita yang lain,pendekatan juga berbeza...lain sangat dengan cerita yang ada di Malaysia..

 
  


 
Bukanlah aku tak bangga dengan telefilem air mata di Malaysia ini...tapi,mungkin terlalu klise sedikit garapan pengarahnya..

Dalam Para Pencari Tuhan, 

Tiada rumah besar yang dijadikan lokasi-hanya ruang solat di musolla atau surau sahaja..serta di bangsal buruk..
Sebab kita para pencari tuhan..bersujud juga kita kepadaNya..

Tiada pakaian dan perhiasan menonjolkan kemewahan-hanya selipar cabuk dan baju lusuh..
Sebab kita para pencari tuhan..yang akhirnya pulang berkain kafan..
Tiada gelaran berpangkat digelar-hanya semua watak yang sama di sisiNya..
Sebab kita para pencari tuhan..semua sama sahaja apabila dipanggil..
Tiada berbahasa moden dan megah-skripnya seperti kehidupan di luar set..
Sebab kita para pencari tuhan..kalam kita semua sama-Al-Quran..


Walau disampaikan dalam genre komedi Islamik, sinetron ini adalah sinetron yang terhebat dan terbaik dalam
kelasnya tersendiri..

Agaknya, ada tak orang nak marah aku ye,sebab entri ini macam mengagungkan karya seberang..? tapi, kalau ada naskhah terbaik dari kita,akulah orang pertama akan menulisnya...tapi, kalau setakat menggerakkan fikiran aku pada gear pertama(itu pun kalau gerak)..meminta aku ketawa pada yang macam tak patut ketawa, tak perlu rasanya..

Kita adalah para pencari tuhan...

*salam sayang*


rindu terubat

Untuk memulakan entri ini..beberapa kali aku terpaksa "delete".."backspace"...

Memiliki blog sendiri merupakan satu terapi..mula-mula main-main...lama-lama terlekat pula..heheh..
Dan kepuasan akan datang bila aku dapat berkongsi dengan semua pengunjung duniadahlia apa jua cerita  yang terlintas...

Jadi,macam mana boleh aku kirimkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan aku kepada kalian pembaca duniadahlia...sabarnya kalian menantikan entri terbaru sepanjang 4 bulan ini benar-benar mengamit rasa terharu aku...maaf ye..bukan sengaja aku meninggalkan dunia aku sendiri sepi...membuak-buak rasa rindu nak menaip tau...

Sehingga ada satu entri untuk meletakkan blog duniadahlia ini antara 3 senarai blog kegemarannya...excers blue,terima kasih..terima kasih..terima kasih...dan terima kasih lagilah! heheh..
Mahu sahaja diletakkan apa yang beliau coretkan di sini, tapi, rasanya adalah lebih baik jika kita semua berkunjung ke blog beliau..jom! Baca pula pengalaman seorang lagi guru pendidikan khas..dunia yang sama tapi,berlainan pintunya dengan aku... klik pada nama excers blue itu ye...

Terima kasih semua!
 


*salam sayang*

kita mereka atau mereka kita...?

Ayam...
Hidup dikejar...
Mati tetap punya harga...
Manusia..siapa sahaja..
Hidup dikejar..
Mati dikelar dibuang dibakar..

Nyamuk
Terbang hinggap ke badan tetap memilih..
Mahu darah yang enak disedut..
Manusia..berjantinakan lelaki..
Terbang meratah ke badan tidak memilih..
Mahu dara yang seronok dinikmati..

Kucing..
Bersalin pun ia malu..tahu rasa kesakitan..
Dijilat anak disusukan dipeluk sehangat kasih ibu..
Manusia..berjantinakan perempuan..
Bersalin mungkin malu..kesakitan terpaksa dilupakan..
Dibungkus anak tanpa disusukan...dibuang sahaja..

Gajah..
Bebas dari sekawan...ekor ibu dicari..
Manusia..anak remaja..
Bebas bersama kawan...ciuman ibu tidak dirindui..

Ayam..Nyamuk..Kucing...Gajah...

Siapa sebenarnya kita?
Kita mereka atau mereka kita..?


*salam sayang*

main api

Jangan main api...nanti terbakar diri...

Dahulunya kami menggunakan alat "thumbprint" untuk merekodkan kehadiran kakitangan sekolah..
Seronok juga...sebab mesin itu akan berkata-kata...thank you...atau please try again...canggih la..hehehe...


Tapi, selepas pejabat diubah suai..maka mesin berkata-kata itu telah ditukarkan dengan sistem kad perakam waktu yang sememangnya mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 ..(ambil sedikit masa untuk membaca,tak rugi pun)...walau nampak macam tak canggih tapi berkesan..seronok juga main ketip-ketip kad...(aku ini datang sekolah seronok sahaja..heheh...)


Dalam keseronokan aku..terselit juga kemalasan dan kenakalan...tapi, lebih kepada kecuaian...
Kecuaian yang disengajakan...yang dilakukan secara beramai-ramai...heheh...tapi, batang hidung sendiri punyakan...hanya ruangan waktu hadir sahaja berisi..ruangan waktu balik..kosong!

Hampir dua bulan aku tidak mengetip kad perakam waktu apabila waktu balik sekolah. Dua bulan! Agak berani juga untuk orang yang baru mula bekerja ini..haishhh....Heheh...
Adalah dengan beberapa rakan yang memang kami akui itulah kesalahan yang memang disengajakan dan kecuaian yang memang sengaja dicari nahasnya...

Sengaja nak main api...rasakan...

Merasa dapat surat amaran...pengakuan terbuka ini..cumanya tak sempat nak "scan" surat tersebut untuk dikongsikan bersama...agar aku..dan anda pembaca duniadahlia yang berkhidmat dengan kerajaan melaksanakan tanggungjawab yang sewajar dan sewajibnya kita sebagai pegawai kakitangan kerajaan walaupun mungkin nampak mudah...harap-harap itu surat amaran yang terakhir..nasib baik tidak direkodkan...memang naya kalau surat itu direkodkan...huh!

Sedikit maklumat yang boleh dikongsikan bersama...berkaitan dengan pelaksanaan kad perakam waktu bolehlah anda pautkan di sini - Kempen Bersih,Cekap,Amanah..


Kesimpulannya.....

Bukan semua perkara yang mudah itu akan terus boleh dipandang mudah..

Dan..andai terlalu lena,kita perlukan kejutan untuk menyedarkan kita....


Jangan lupa ketip kad perakam waktu anda!


*salam sayang*

28 September 2010

biarlah rahsia..

Dari awal bulan 7 yang lepas...aku asyik demam...baiknya cuma dua minggu...kemudian kembali demam..

Mak dah mula risau kesihatan aku..nak-nak aku letak sahaja kepala..terus lena..memang terasa kelesuan dan keletihan yang amat pada ketika itu...itu juga salah satu sebab kenapa aku begitu malas untuk mengaktifkan diri di dunia maya....

Petang sebelum kita semua menyambut bulan mulia bulan Ramadhan, mak memaksa aku ke hospital..cumanya aku hanya ke Klinik Kesihatan Peringgit..dalam pemeriksaan doktor, aku diminta melakukan pemeriksaan darah...dan keputusannya aku diminta untuk menjalani satu lagi ujian darah - TALASEMIA!

Selang sehari, aku ditemani mak mengagahkan diri ke bilik ujian darah..sebelum itu lagi, mak aku dah bercucuran air mata...tapi, apa jua keputusan kami sekeluarga redha...keputusan darah hanya diketahui dalam tempoh masa sebulan...sempat jugalah aku beraya...hehehe...

Keputusannya....












Aku belum pun mengambilnya lagi....

Biarlah rahsia...

Moga kita semua dikurniakan kesihatan dariNya....





*salam sayang*

"fikiran maya saya"

Entri dedikasi untuk Pn.Khatizah Abdullah....

Tahniah kak! Blog "myvisiblemind" akak sangat mengujakan untuk dibaca...
*baru nak baca..heheh..*

Maaf ye,baru kali ini diberi kesempatan untuk membaca setiap entri...heheh...

Segala maklumat yang disalurkan amatlah bermanfaat kepada semua pembaca.....tak percaya?
Cubalah menjengah ke sana...InsyaAllah..apa yang dicoretkan akan mendatangkan kebaikan...


Mari berblog!





*salam sayang*

simpan di rumah

Dalam memerhatikan dan memasang telinga mendengar perbualan anak-anak murid,kadang-kadang terkilan...mengapa perlu bahasa yang kurang enak harus dituturkan...

Memanglah orang Melaka orang kata bahasanya kasar, tapi hatinya baik...

Tapi,rasanya kebiadapan bahasa ini sudah melangkaui setiap negeri...kebiadapan bahasa...

Tanpa rasa malu, tanpa rasa segan menuturkan dengan lancar segala maki hamun, carut mencarut dan mungkin yang berbaur seksualiti..itu realiti...di mana-mana.

"Jika kamu tidak punya malu untuk bercakap sebegitu rupa, kamu seharusnya malu untuk menuturkannya di hadapan orang lebih tua yang harus kamu hormati..."


Nak tahu apa jawapannya?

"Bahasa saya,saya simpan di rumah..."
"Kenapa?"
"Saya cakap elok-elok hanya di depan orang tua saya sahaja..."

Owh...begitu..baru aku faham...yang ada masa,ada tempatnya..kita perlu meninggalkan bahasa sopan kita...

Bukan janggal sudah perkara ini rupanya..

Kebiadapan bahasa bukan hanya pada pertuturan..tapi,juga dengan tulisan....
Walau jari tangkas menaip khidmat pesanan ringkas..tapi jangan dilupakan indahnya seni ejaan Bahasa Melayu...





Belum lagi disuruh membaca tulisan Jawi...entah mana disimpannya mungkin....




 


*salam sayang*

27 September 2010

penyangkut baju

"Cikgu...macam mana cikgu boleh pandai?"

"Cikgu tak pandai...tapi cikgu berusaha...dan cikgu harus berterima kasih kepada emak cikgu..."

Darjah 5. Tahun 1996.
 Sekali lagi kertas peperiksaan subjek Matematik gagal. Gagal.
 3 batang penyangkut baju patah di badan aku.
Birat?Lebam? Bercalar balar kat badan...
Pedih bila mandi...arwah atuk aku yang akan sapukan ubat...sapukan bedak...

Rasanya ramai lagi yang punya pengalaman seperti aku ini...mungkin boleh dikongsikan...
Apalah sangat aku dibantai dengan penyangkut baju sampai patah...tali pinggang jangan cakaplah..wajib aku rasa singgah kat badan aku ini...

Agak-agaknya.....
Sekarang ada lagi tak emak ayah yang sanggup patahkan penyangkut baju...?



Maksudnya patahkan penyangkut baju pada badan anak-anak mereka...?


Seorang anak murid aku melakukan kesalahan...mungkin boleh diklasifikasikan sebagai kes jenayah sekiranya dilaporkan...

Ayahnya datang ke sekolah...mungkin dengan muka yang penuh ketebalan rasa malunya...mohon kepada kami agar apa jua kesalahan yang dilakukan oleh anaknya akan menerima hukuman yang sewajarnya...pada riak wajah bengisnya..mungkin separuh nyawa anak itu akan dibelasah...tapi, esoknya aku bertanyakan kepada anak murid aku...

"Dapat hadiah apa?"
"Sekali pelempang sahaja..." *jawapan dengan senyuman di bibir*

Ada juga ibu bapa yang datang ke sekolah hanya untuk menghambur kemarahan kepada guru-guru..jauh sungguh berterima kasih..hilang dalam kemewahan dunia...


Benar, anak sekarang badannya terlalu kalis...


Kalis hukuman...dan kalis kesal...

Tak punya rasa kesal di hati dengan apa jua kesalahan yang telah dilakukan..makin rasa bangga dengan kesalahan di luar batas yang telah dilakukan...


Adakala penyangkut dan penyidai baju itu perlu dipatahkan...



*salam sayang*

adakah masih berkentut?

Tergelak membaca komen rakan sebantal...bertanyakan ke mana menghilang sehingga kentut sudah tidak didengari...haishhhh...

Heheh...terima kasih Cik Sarah Azis untuk soalan pembuka yang sangat menarik setelah 4 bulan lamanya aku menyepikan diri...

Maaf kepada semua pengunjung yang singgah di duniadahlia dan semua pembaca tegar duniadahlia yang merasakan blog ini sudah ditinggal sepi....hanya tuhan sahaja yang tahu..betapa runtunnya hati ini pada duniadahlia..

Secanggih mana dan sederas mana teknologi..apabila ia berhenti berfungsi..hanya cemburu yang akan wujud di hati...hanya kerinduan pada kebiasaan yang dilakukan...

Kala tidak punya dunia untuk menyalur sagala coretan, hanya imaginasi seolah sedang menaip di duniadahlia menjelma....facebook? rindu itu tidak sehebat rindunya aku pada duniadahlia dan rindu nak berjumpa dengan encik tunang..heheh...

Semoga jari ini akan pantas untuk terus menari..pada papan kekunci komputer riba aku yang tidak punya jenama secanggih yang lain..

*salam sayang*