Ayam...
Hidup dikejar...
Mati tetap punya harga...
Manusia..siapa sahaja..
Hidup dikejar..
Mati dikelar dibuang dibakar..
Nyamuk
Terbang hinggap ke badan tetap memilih..
Mahu darah yang enak disedut..
Manusia..berjantinakan lelaki..
Terbang meratah ke badan tidak memilih..
Mahu dara yang seronok dinikmati..
Kucing..
Bersalin pun ia malu..tahu rasa kesakitan..
Dijilat anak disusukan dipeluk sehangat kasih ibu..
Manusia..berjantinakan perempuan..
Bersalin mungkin malu..kesakitan terpaksa dilupakan..
Dibungkus anak tanpa disusukan...dibuang sahaja..
Gajah..
Bebas dari sekawan...ekor ibu dicari..
Manusia..anak remaja..
Bebas bersama kawan...ciuman ibu tidak dirindui..
Ayam..Nyamuk..Kucing...Gajah...
Siapa sebenarnya kita?
Kita mereka atau mereka kita..?
*salam sayang*
Perkahwinan Jarak Jauh: Erti Syukur
4 years ago
aku suka yg ini.
ReplyDeletemungkin saja mereka lebeyh berperot dan berhati berbanding kta.
tapi laen perot laen seleranya.