Dari awal bulan 7 yang lepas...aku asyik demam...baiknya cuma dua minggu...kemudian kembali demam..
Mak dah mula risau kesihatan aku..nak-nak aku letak sahaja kepala..terus lena..memang terasa kelesuan dan keletihan yang amat pada ketika itu...itu juga salah satu sebab kenapa aku begitu malas untuk mengaktifkan diri di dunia maya....
Petang sebelum kita semua menyambut bulan mulia bulan Ramadhan, mak memaksa aku ke hospital..cumanya aku hanya ke Klinik Kesihatan Peringgit..dalam pemeriksaan doktor, aku diminta melakukan pemeriksaan darah...dan keputusannya aku diminta untuk menjalani satu lagi ujian darah - TALASEMIA!
Selang sehari, aku ditemani mak mengagahkan diri ke bilik ujian darah..sebelum itu lagi, mak aku dah bercucuran air mata...tapi, apa jua keputusan kami sekeluarga redha...keputusan darah hanya diketahui dalam tempoh masa sebulan...sempat jugalah aku beraya...hehehe...
Keputusannya....
Aku belum pun mengambilnya lagi....
Biarlah rahsia...
Moga kita semua dikurniakan kesihatan dariNya....
*salam sayang*
Perkahwinan Jarak Jauh: Erti Syukur
4 years ago
r u ok my dear fren??
ReplyDeletetake care..