dewandahlia

27 September 2010

adakah masih berkentut?

Tergelak membaca komen rakan sebantal...bertanyakan ke mana menghilang sehingga kentut sudah tidak didengari...haishhhh...

Heheh...terima kasih Cik Sarah Azis untuk soalan pembuka yang sangat menarik setelah 4 bulan lamanya aku menyepikan diri...

Maaf kepada semua pengunjung yang singgah di duniadahlia dan semua pembaca tegar duniadahlia yang merasakan blog ini sudah ditinggal sepi....hanya tuhan sahaja yang tahu..betapa runtunnya hati ini pada duniadahlia..

Secanggih mana dan sederas mana teknologi..apabila ia berhenti berfungsi..hanya cemburu yang akan wujud di hati...hanya kerinduan pada kebiasaan yang dilakukan...

Kala tidak punya dunia untuk menyalur sagala coretan, hanya imaginasi seolah sedang menaip di duniadahlia menjelma....facebook? rindu itu tidak sehebat rindunya aku pada duniadahlia dan rindu nak berjumpa dengan encik tunang..heheh...

Semoga jari ini akan pantas untuk terus menari..pada papan kekunci komputer riba aku yang tidak punya jenama secanggih yang lain..

*salam sayang*

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..