dewandahlia

29 September 2010

para pencari tuhan

Sekarang ini rasanya heboh cerita konfrontasi yang diadakan di negara seberang..dengan tindakan ekstrim mereka..kita sebagai rakyat Malaysia atau juga mungkin rakyat Indonesia tidak mahu sesuatu yang lebih buruk berlaku pada masa hadapan yang akan menjejaskan hubungan serumpun..





Bukan nak cerita politik sebenarnya..heheh..

Aku bukan penonton televisyen yang sangat kemaruk dengan cerita bersiri Korea,Jepun atau juga sinetron  Indonesia...
Tapi, ada satu sinetron Indonesia yang memang betul-betul aku suka..Para Pencari Tuhan...

Jalan cerita yang lain,pendekatan juga berbeza...lain sangat dengan cerita yang ada di Malaysia..

 
  


 
Bukanlah aku tak bangga dengan telefilem air mata di Malaysia ini...tapi,mungkin terlalu klise sedikit garapan pengarahnya..

Dalam Para Pencari Tuhan, 

Tiada rumah besar yang dijadikan lokasi-hanya ruang solat di musolla atau surau sahaja..serta di bangsal buruk..
Sebab kita para pencari tuhan..bersujud juga kita kepadaNya..

Tiada pakaian dan perhiasan menonjolkan kemewahan-hanya selipar cabuk dan baju lusuh..
Sebab kita para pencari tuhan..yang akhirnya pulang berkain kafan..
Tiada gelaran berpangkat digelar-hanya semua watak yang sama di sisiNya..
Sebab kita para pencari tuhan..semua sama sahaja apabila dipanggil..
Tiada berbahasa moden dan megah-skripnya seperti kehidupan di luar set..
Sebab kita para pencari tuhan..kalam kita semua sama-Al-Quran..


Walau disampaikan dalam genre komedi Islamik, sinetron ini adalah sinetron yang terhebat dan terbaik dalam
kelasnya tersendiri..

Agaknya, ada tak orang nak marah aku ye,sebab entri ini macam mengagungkan karya seberang..? tapi, kalau ada naskhah terbaik dari kita,akulah orang pertama akan menulisnya...tapi, kalau setakat menggerakkan fikiran aku pada gear pertama(itu pun kalau gerak)..meminta aku ketawa pada yang macam tak patut ketawa, tak perlu rasanya..

Kita adalah para pencari tuhan...

*salam sayang*


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..