dewandahlia

24 November 2010

kalau memang dah sedap

Makan tengah hari keluarga aku adalah pukul 4 atau 5 petang...memang lain dan agak terlajak..memang itulah jadual waktunya..selalunya waktu tengah hari orang lain, mak dan abah aku akan mengemas kedai..itu pun untung kalau sempat masak...

Jadinya, bila aku balik dari sekolah, aku akan singgah di mana-mana kedai makan..dan bungkus lauk..
Memang selalulah juga makan lauk kedai..alah bisa tegal biasa..

Adalah beberapa senarai kedai makan tengah hari yang selalu aku singgah balik dari sekolah..

Tapi, yang tak menariknya bila ada yang memberitahu ada antara kedai yang ramai pelanggan tersebut dipenuhi dengan makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar..

Memang betul pun kedai itu ramai pengunjung setianya..

Tapi, takkanlah semua kedai yang ramai pelanggan..menggunakan sisi gelap untuk mencari rezeki..susah juga kalau teori ini diterima pakai..
Memang tak dinafikan, ada yang menggunakan kaedah tersebut..sementelah ada yang bertanya kepada abah aku rahsia-rahsia sulit..abah aku nak jawab apa..memang tiada rahsia sulit,sisi gelap..hanya tawakal..doa mohon rezeki dilimpahkan..(Alhamdulillah, kami dua beradik lepasan universiti dengan abahnya seorang peniaga roti canai)..




Setakat ini, belum terdengarlah cerita menyatakan kedai Roti Canai Rosle Melaka Baru atau Roti Tampal Rosle Tepi Sungai menggunakan kaedah hitam sehingga warungnya tak putus dikunjungi..

Mahu makan penampar dari aku..

Susah payah peniaga warung makan atau kedai makan mencari rezeki..hanya mengharapkan kunjungan dari pelanggan untuk mencari sesuap rezeki halal..kenapa cerita itu atau cerita ini lebih disensasikan..lebih dijaja dari mulut ke mulut..kalau terdengar pun, senyap sunyikan diri..

Pergi sahaja ke kedai itu..dengan niat..untuk makan..agar dapat terus hidup beribadah dan mencari sesuap rezeki..jangan lupa membaca doa sebelum dan selepas makan..insyaAllah, suapan nasi itu lebih berkat dari memikirkan betul ke ada yang tak nampak di kedai tersebut...

Ini kalau makan pun tak baca doa..macam mana..

Dan kalau memang dah sedap...


*salam sayang*

4 comments:

  1. kat mana kedainya? nanti pergi Melaka saya nak singgah....

    ReplyDelete
  2. biasala manusia... yang buruk nampak dulu.. apapun jangan pedulikan cakap orang yang tak membawa faedah.. abaikan.. tak berbaloi untuk difikirkan..
    PEACE NO WAR

    ReplyDelete
  3. Aje : maaflah kedai yang diceritakan itu, rasanya lebih elok tak dipanjangkan...kedai roti canai abah saya di Batu Berendam, Melaka..cari sahaja Taman Melaka Baru..kedai tepi sungai.. :)

    sebelum terlupa..terima kasih sudi singgah ke duniadahlia..

    ReplyDelete
  4. encik peace no war : "dimulakan dengan Bismillah..disudahi dengan Alhamdulillah.."

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..