dewandahlia

23 November 2010

tiga

Entri ditaip dan dikarang semasa menunggu anak-anak murid menduduki peperiksaan SPM..(baik tak kami-aku dan rakan-rakan..? heheh..)

SPM

Mahu tak berdebar..murid Pendidikan Khas,menduduki peperiksaan SPM..
Kira dah berjaya mereka itu semua..kerana pada awalnya membaca dan menulis masih perlukan bimbingan..tetapi untuk peperiksaan sebesar ini, hanya doa mengiringi mereka..
Dah hebat dah...tahniah kamu semua!! (kepada guru-guru juga)

Kertas pertama tadi..tersenyum sahaja mereka berdua keluar dewan...aishhh..budak-budak ini boleh ke tak menjawab..cikgunya pun risau semacam..
(agaknya emak aku dulu macam ini agaknya)..
 

Buku.

Menjadi seorang penulis blog, memang aku rajin menjengah blog-blog lain..memang boleh buat kawan semua penulis blog..kan.. :)
Antara inspirasi aku dalam menulis blog ini ialah seorang penulis buku- Abd. Jalil Ali..
Aku terbaca kolumnya dalam majalah Keluarga (aku pembaca tegar majalah-kecuali "Mempelam" "Hello" atau "ABCD")..

Puas aku cari bukunya di gedung buku dan akhirnya kecanggihan teknologi berjaya mengatasi kesukaran aku..beli sahaja melalui pesanan maya..kan ke senang..

Dua buah buku yang sudah menjadi koleksi (dua buah buku pun berebut lagi dengan emak aku)...



Cerita yang disampaikan adalah berkisar dengan kehidupan seharian..apa yang ditulis memang ada yang terkena batang hidung sendiri! (selalu emak akulah yang terkena..heheh)

Tapi, baguslah..seolah-olah macam cermin..
Kalau tak, kita takkan tahu..
Pemerah bibir terkena pada gigi..
Pemerah pipi dah macam badut..
(kadang-kadang anak murid aku boleh jadi cermin yang baik!)


Bulan Disember

Tak lama dah...tinggal beberapa hari sahaja lagi..
Bilik aku dah bersepah dengan segala macam barang..(nak letak di bawah, anak buah baru belajar berjalan-habis dikemaskannya nanti)

Banggalah dengan diri sendiri..banyak urusan yang diselesaikan sendiri..pergi ke sana ke mari..(terima kasih emak dan akak aku serta Arissa si comel yang kadang-kadang menjadi peneman)

Menanti harinya dengan pelbagai perasaan!


*salam sayang*

3 comments:

  1. sygku dahlia.. teringat plak zaman kita berjuang amik SPM dlu.. uwaaaa... murid paling belakang dalam sekolah amik SPM of course berdebar giler cikgu2 kita dlu kn... tapi alhamdulillah kita berjaya sampai ke tahap ini...

    Terima kasih cikgu2....

    huhuhu sgt2 sedey tak dapat hadir ke majlis perkahwinan kamu..... hanya doa dan ingatan mengiringi kamu di hari bahagia nnt...

    ReplyDelete
  2. hehehe...aku selalu bercerita dengan anak murid aku..

    "sekolah cikgu ada tiga papan senarai nama murid dengan markah selepas peperiksaan..nama cikgu selalunya pada papan ketiga..sudahlah papan ketiga..nama cikgu selalunya sepuluh dari bawah!"

    "Tapi, macam mana cikgu boleh pandai?"

    "Sebab..yang di bawah tidak selalunya akan terus di bawah jika berusaha.."


    Kan...? :)

    ReplyDelete
  3. yer sgt setuju!!

    usaha tangga kejayaan..

    mmg cerita tu yg selalu memotivasikan aku utk bjaya :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..