dewandahlia

21 November 2010

tak faham

"musykil ny .. ngeee .. dah uyh ilew tak msokk .. alip kate aq tipu larkz .. peyrh ,, ilew aq tol2 nk topup an .. ny yg jd .. ilew aq taknak topup an .. msokk .. ngee ..."


Ada sesiapa pembaca duniadahlia yang boleh menterjemahkan maksud ayat di atas..?
Ayat-ayat di atas, aku terjumpa dalam Facebook seseorang..masih di bangku sekolah.


Jadinya, kalau di bangku sekolah..mestilah subjek Bahasa Melayu berjam-jam lamanya ada dalam jadual waktu..pun jadi macam ini juga...kasihan cikgu Bahasa Melayu turun naik tangga..akhirnya tak ke mana juga bahasa anak muridnya.


Aku memang tak kan dan tak kan menyalahkan guru tersebut (bukan sebab aku juga seorang guru) tapi..aku tak percaya dan memang tak percaya seorang guru yang terlatih akan mengajar anak muridnya begitu.

Seorang guru Bahasa Melayu aku di Sekolah Menengah Sains Muar, pantang betul kalau ejaan salah..isi tidak menepati tajuk dan sebagainya..dicampak sahaja buku kami semua..tak kiralah,tercabut semua helaian ke atau paling tragis buku Bahasa Melayu tercampak jatuh ke dalam kolam dari tingkat 2! Tapi, akhirnya, Bahasa Melayu kami semua A1! Itulah cikgu kami - Cik Fatimah Daud,guru cemerlang Bahasa Melayu.


Semua orang punya hak untuk menarikan untaian ayat mereka..tetapi harus diingat..keindahan dan keaslian bahasa itu harus terus terpelihara...
Dan kerana itu, insyaAllah..duniadahlia akan terus mengekalkan ejaan yang betul dalam setiap entri..maaf, bukan mahu mengatakan blog yang menggunakan bahasa rojak itu tidak bagus..tetapi, ini sahajalah sumbangan kecil aku kepada Bahasa Melayu..

Kerana aku juga tidak mahu menjadi seeokor ketam..mengajar anaknya berjalan..


Aku bersungguh mengajar anak-anak pendidikan khas aku menulis dengan ejaan yang betul..(aku ketuk jari mereka kalau salah mengeja)..takkan aku mahu menjadi seperti ketam juga..


Kalau anak-anak murid pendidikan khas aku mampu dan berjaya menulis dengan betul..kenapa tidak kita..





*salam sayang*

4 comments:

  1. cikgu fatimah sains muar terbaik.. tapi, tak dpt jadi pelajar die..huhu :(

    -haidar-

    ReplyDelete
  2. kak dee..
    mmg...
    kakak org pon cikgu..
    bila bace status fb anak2 murid dia..
    aduhai..payah bebenor nak paham..
    fancy habez!

    ReplyDelete
  3. haidar : hehe..tak merasalah buku kena campak dalam kolam atau dibaling kalkulator saintifik ye..Cikgu Fatimah,cikgu bahas Kak Nini..

    ona : merepek betullah ayat mereka..kalau tak baca pun,tak rugi apa pun..

    ReplyDelete
  4. Apa jadi dengan cikgu fatimah sekarang? Dah bersara ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..