dewandahlia

13 January 2010

binggung

Idola..mengkagumi dan menghormati..itu definisi idola pada aku.
Bila kita menjadikan seseorang itu idola, kita mesti kagum dengan apa yang telah seseorang itu capai atau lakukan..betul tak..? dan kita juga harus menghormati idola tersebut..sebab rasanya idola mestilah seseorang yang telah berjaya memberikan inspirasi dan motivasi kepada kita...

Kadang-kadang orang itu tahu yang orang lain menjadikannya sebagai idola..dan kadang-kadang ada yang tak tahu yang ada orang mengangkatnya sebagai idola..

Siapa sahaja boleh menjadi idola kepada sesiapa sahaja..

Perbualan anak muridku dengan pembantu.

Murid : " Kakak, erm..erm..kakak jangan beritahu orang lain tau..erm..erm..apa..ha..erm..Cikgu Dahlia kan..ermm..ha..jadikan kita anak angkat dia.."
PPM : " Iye ke..? Tapi kenapa Cikgu Dahlia tak beritahu orang lain..?"

(Sebenarnya itu tidak pernah terjadi. Tiada yang pernah aku angkat-angkatkan.)

Ceritanya begini..baru nk mula cerita..?tapi itulah..dalam mana-mana ucapan pun, yang panjang itu mukadimah..perkenalkan jawatan tetamu panjang berderet..yang pendek dan ringkas itu baru intipati ucapan..jadi yang atas itu bunga-bunga sahaja..

Aku bukanlah rasa aku dijadikan idola oleh anak muridku..setakat bibir berlipstik,kontur mata berwarna,pipi kemerahan..tiada kelayakkan menjadi idola yang baik..

Tapi, itulah kepercayaan yang diletakkan oleh anak muridku kepada kami semua..kepercayaan untuknya berkongsi cerita kepada selain ahli keluarganya..pada ketika dia silap percaturan merencanakan kanvas hidup, gurulah tempat memohon cara..


Mengapa anak itu menjadi mangsa..? Mengapa harus ada manusia itu meminjam topeng musuh anak Adam..? Disahkan anak itu kurang upaya fikirnya, mengapa mahu diambil kesempatan atas kelemahan..?

Binggung.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
Riwayat at-Tabrani


Berada di dunia pendidikan khas..menyedarkan hitam putihnya dunia kita..mulia kejam insan seluruhnya..sanggup tak sanggupnya mereka..

Maaf..aku tak pandai bicara cinta..tapi aku cinta dunia mereka..

~salam sayang~




3 comments:

  1. mungkin ada sesuatu pada diri kamu yang menyebabkan anak-anak istimewa ini begitu teruja dan tertarik dengan kamu... orang lain yang menilai kita.. adakalanya kita tak nampak keistimewaan itu... apa-apa pun, teruskan usaha murni dengan penuh semangat dan dedikasi.. aku sentiasa mendoakan kejayaan kamu... :)

    ReplyDelete
  2. dear..
    aku pun naik bingung bace entry kamu kali ni..
    tak faham part yg anak itu menjadi mangsa? serious tak faham.. biarla kalo dia nak jadikan nko idola.. dia suka & kagum kat nko.. but then sape plak yg jadikan dia mangsa? bingung?..

    - dzullia

    ReplyDelete
  3. fizzie dear..terima kasih untuk penghargaan itu..kamu juga sahabat yang sangat baik..rindunya pada kamu..

    dzullia dear..sebab itu entri ini binggung..heee..
    anak itu menjadi mangsa kepada orang yang binggung dalam kehidupannya..dan dia juga telah membinggungkan masa depan anak itu..anak itu juga binggung..maka..kami juga binggung..termasuklah anda..heee..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..