dewandahlia

01 January 2010

episod dan cabaran

Tahun baru..semua pasti bercerita kenangan dan azam..aku suka entri temanku..YANA..apa yang dipuisikan olehnya aku sangat setuju..pengakhirannya juga aku suka "Selamat meneroka 2010. tentu ada rumpot karpet juga lalang tinggi." (Pensyarah yang pandai menyusun kata)

Episod aku untuk tahun 2009..mungkin antara tahun yang mengembirakan..alhamdulillah..dipermudahkan segala urusan..banyak episod..tapi antara yang paling dikenang..

Episod 1 : Penempatan sebagai guru Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Bukit Baru, Melaka pada 12 Januari. Dengan itu, secara rasminya aku mula membayar ansuran kereta dan pinjaman PTPTN sendiri.



Episod 2 : Bergraduasi kali ke-2 pada 25 Mac. Kali ini di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang. Secara rasminya, aku ialah alumni UPM dan USM..



Episod 3 : Keluarga bertambah ceria dengan kehadiran Nur Qaseh Arissa binti Mohd Safiri pada 30 Julai 2009. Secara rasminya, aku menjadi makcik..


Episod 4 : Majlis pertunangan aku dan Khairul Adly Abu Hashim pada 26 Disember.Secara rasminya,aku menjadi tunangan orang dan wajib menghadiri kursus kahwin..


Permulaan dan pengakhiran yang menggembirakan untuk tahun 2009. Mengharapkan tahun 2010 akan lebih mendewasakan aku..

Aku memberikan konotasi azam sebagai cabaran.(Lama aku tidak menggunakan perkataan konotasi)

cabaran 1 : Menjadi anak yang lebih baik perilakunya..sebab mak kata aku nakal..
cabaran 2 : Lebih rajin mengemas bilik..sebab mak kata aku malas..
cabaran 3 : Menjadi guru yang lebih berdedikasi untuk anak murid dan sekolah..mak tak kata apa..
cabaran 4 : Lebih banyak menyimpan dari membeli..sebab mak dan adly kata aku boros..
cabaran 5 : Mengurangkan atau menstabilkan berat badan..mak kata aku gemuk duduk rumah..
cabaran 6 : Mempersiapkan diri untuk menjadi seseorang kepada orang lain..mak kata bersedia..

Tapi..,

Cabaran yang paling utama dalam diri ialah menjadi muslimah yang solehah..

~salam sayang~

5 comments:

  1. aku juga mahu menjadi insan baek.mungkinkah?ucapan moga jaya buat kau.

    ReplyDelete
  2. kamu sememangnya insan yang baik..! aku akuinya tanpa ragu..

    ReplyDelete
  3. dah nk kawen dh ko ek... aku masih ingat lg waktu kt SAMURA kita lari2 pi DM nk amik makanan... rindu sgt moment tu....

    ReplyDelete
  4. congrats smoga apa yang diimpikan menjadi keyataan ;)

    ReplyDelete
  5. fizie : waa..kamu membuatkan aku rindu zaman lari-lari itu..heheh..sangat comel..

    ayu : terima kasih untuk doa itu..semoga kamu juga beroleh kegembiraan tahun ini..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..