Petang tadi kerana berkehendakkan putu kacang,aku ke pasar malam..sebelum balik, singgah sebentar di kedai alat tulis..
Anak kecil menyambut aku dengan sapaan mesra. Ayah dan ibunya sedang menikmati makan malam.
"Mahu apa?" Dengan penuh senyuman dia ikhlas menunjukkan rak barangan yang aku mahukan..
Usai membeli, aku ke kaunter dengannya. Ibu dan ayahnya masih di meja makan di hujung kedai. Jari anak kecil cepat menekan kalkulator. Tidak pasti dengan apa yang ditekan, dia mengira dengan cara mental arithmetik-bayangan sempoa,aku belajar pun tak habis..
Ibu bapanya membiarkan saja anaknya melayan aku. Percaya akan kebolehan anaknya. Tapi, akhirnya..si anak kecil itu tadi terpaksa meminta bantuan ibunya menyatakan harga barangan dalam Bahasa Melayu yang kurang fasih di bibirnya..
Anak kecil yang pandai berniaga itu..bukan anak sebangsa dengan aku..anak kecil yang usianya baru 5 tahun itu sudah pandai berurusan tanpa malu dengan pelanggan itu juga bukan berbin dan berbinti..
Sebelum ini juga aku pernah mengaitkan
iklan dengan persekitaran masyarakat kita..
Perlu contoh lagi..?tonton tv, tumpukan perhatian pada iklan Panadol PanaPlax yang disiarkan..maaf,andai salah ejaan..
Kita bila iklan sahaja bingkas bangun kan..? tontonlah sekali sekala iklan yang ada..kerana di situ juga sebenarnya drama ringkas kehidupan kita..
Iklan Panadol itu betul-betul kehidupan kita di Malaysia..bukan sekadar cereka di atas papan cerita..tak percaya..cubalah ke kedai runcit yang bukan milik bumiputera..pasti akan teringat entri ini..InsyaAllah..
Anak kecil itu idola kecil aku.
~salam sayang~
kadang2 kagum dgn cara orang bukan melayu mendidik anak.. jadi lebih berani menyahut cabaran... nnt anak aku pun nk ajar mcm tu la...
ReplyDeletebersemangat nampak..! heheh..cuba tengok bila cuti tahun baru cina, kalau kita kehabisan stok makanan dalam peti sejuk..alamatnya ke pasar raya besarlah..itu pun, pemborong dari kaum mereka juga..
ReplyDelete