dewandahlia

31 January 2010

beg atau bagasi?

Banyak juga blog yang aku dah baca mengenai beg tangan wanita....apa yang ditulis benar belaka..beg tangan wanita diibaratkan seperti poket Doraemon..(",)..

Dalam keadaan tergesa-gesa untuk berjumpa dengan kawan baik,Azlina(Rock) petang tadi..aku memunggah segala barang yang ada dalam beg tangan..aku teraburkan sahaja atas tilam..punyalah banyak barang!



~beg tangan yang digunakan setiap hari~

Sekali pandang..macam beg orang yang dah ada anak kecil..heheh..Aku malas nak mencari beg tangan yang lain..lagipun,kebanyakkan barang penting ada dalam beg tangan yang ini..jadi punggah saja barang yang tak diperlukan...

Apa barang yang tak diperlukan ketika keluar petang tadi..?

Taaaraaa...Ini dia...





1. Buku berwarna biru laut = buku sumbangan PIBG yang aku perlu bawa ke mana sahaja dalam lingkungan radar SMK Bukit Baru..senang,kalau ada cikgu yang terserempak dengan aku nak serahkan duit sumbangan PIBG..tandatangan terus dalam buku biru..

2. Buku resit PIBG ada kertas merah jambu = buku resit tingkatan 4C..guru kelas bertukar..sementara nak tunggu guru kelas baru..aku simpan dulu buku resit..

3. Buku warna-warni = buku catatan peribadi aku...nombor-nombor penting semua ada..

4. Surat = surat lantikan yang aku dapat hari Jumaat sebelum waktu balik..dilantik sebagai setiausaha majlis staff..herm..sedang menimbang tara untuk terima atau tolak jawatan..

5. Risalah Celcom = petang Jumaat sempat singgah ke Celcom Center..berniat menukar operator selular ke Celcom bersama dengan tunang..

6. Kosmetik = bedak..pemerah pipi..gincu..

7. Ubatan = panadol sepapan-tinggal sebiji..dan Tiger Balm..aku senang mendapat migrain..jadi, semua kena sedia..

8. Alatan tulis = kalau bawa buku..mestilah kena bawa pen,pensel,pemadam..kalkulator kecil warna hijau untuk mudahkan perkiraan aku menerima duit sumbangan PIBG..

9. Bekas tempat letak syiling dalam kereta (sebelah beg duit aku) = aku terlupa nak letak semula dalam kereta selepas bagi kesemua syiling pada abah..aku usung ke sana ke mari..patutlah berat!

10. Beg duit warna coklat = mestilah kena ada..kalau tak,beg besar mana tiada beg duit pun tak guna juga..

11.tanda nama = tinggal 2..lagi satu hilang entah ke mana..nasib tempah 3..

12. beg warna merah jambu = beg itu baru dibeli semasa keluar dengan Rock..senang..tak payah pegang-pegang beg plastik..beli terus masukkan dalam beg tangan..sayangkan alam sekitar..

13. ada satu lagi barang yang digunakan untuk kegunaan di saat kecemasan tak kira sama ada aku atau kawan-kawan perempuan yang lain dalam kesusahan..yang itu aku memang tak keluarkan..heheh..

14. kamera = digunakan untuk mengambil gambar di mana sahaja..jadi sebab itu, tiada kamera dalam lambakan barang di atas..sedang digunakan..


Esok entah apa barang lagi yang akan aku sumbatkan dalam beg berkapasiti tinggi ini..belilah beg jenama Alain Delon..heheh..besar dan menguntungkan..

Perempuan mungkin kalau tertinggal satu barang wajib dalam beg tangan..macam akan berakhirlah hari tersebut..mungkin sebab pada perempuan, semuanya penting..semuanya ada nilai..kadang-kadang tisu dari restoran pun ada!

Buat lelaki pula..bukan main mengutuk beg tangan wanita besar..tapi..bila nak bersembahyang di surau pusat membeli belah..beg yang diperli inilah yang disumbatkan beg duit, jam tangan yang besar, telefon bimbit yang canggih..(maaf ye encik tunang..)


~salam sayang~

25 January 2010

pagi

Aku bukanlah seorang yang suka bangun pagi. Tapi,disebabkan keadaan,aku bangun juga di pagi hari..harap-harap lepas bersuami nanti, aku rajin-rajin bangun awal pagi.

Pagi tahun 1998-2000

Aku baru sahaja melangkah ke tingkatan 1 di SMK Munshi Abdullah, Melaka.
Bangun 6 pagi..6.30 sudah sedia menunggu bas awam ke sekolah. Tambang masa itu, 30sen..tiket tambang ada yang aku simpan..terutama Bas Batang..nama bas yang masih wujud di Melaka..basnya juga begitu keadaannya dari dulu sehingga kini..entah bila nak merasa MelakaRapid kalau ada..Penuh satu bas awal-awal pagi..3 tahun juga aku berulang ke sekolah menaiki bas..Bas Batang atau Bas Wira-hebat bas ini..

Pagi tahun 2001-2002

Dua tahun ini, pagi aku ialah di hostel Budiman 4, Sekolah Menengah Sains Muar..kebiasaannya, 5.30pagi dah bangun..nak kejarkan bilik airlah..nak cop getah paiplah..tapi paling suka mandi di kolah besar yang kami panggil "Sunway"..6.30pagi dah siap untuk sarapan di Dewan Makan..jalan ke sekolah berlenggang..buku semua ada di kelas..pemalas kan..? hehe..

Pagi tahun 2003

Setahun di Kolej Matrikulasi Londang,Melaka..kelas pukul 8, awallah bangunnya..kelas lambat,lambatlah jaganya..tapi memang akan bangun pukul 8..pagi-pagi dah terjerit-jerit..sarapan roti bakar..air milo..kongsi ramai-ramai satu aras..

Pagi tahun 2004-2007

Kadang-kadang jumpa pagi..kadang-kadang tiba-tiba dah tengah hari..hehe..3 tahun di bilik 3113,Blok Lekir, Kolej Tun Perak,UPM..kalau kelas pukul 8..awallah bangun..kejarkan bas kuliah..kalau sekelas dengan Yana,maka terbanglah kami dengan Kenarinya-rindu kalian..3 tahun menikmati udara pagi di UPM..pagi sabtu atau ahad pun adakalanya bangun awal..nak keluar punya fasal..heheh..

Pagi penghujung tahun 2007

Tamat pengajian, aku dapat kerja sebagai Pegawai Khidmat Singkat di Institut Kajian Desa(INFRA) di Bangi..jadinya, bangunlah pagi..masuk kerja pukul 8..yang seronoknya,encik tunang juga kerja di Putrajaya(kami di bawah kementerian KKLW)..jadi pagi yang dia terasa malas nk menunggang kuda..kami akan pergi kerja bersama-sama..dari Balakong-Putrajaya-Bangi..itu rutin pagi aku untuk tempoh lebih kurang 3 bulan..

Pagi tahun 2008

Hidup sebagai mahasiswa kembali..udara USM dari tingkat 7 bilik aku memang nyaman dan sejuk..pagi sabtu dan ahad sunyi sangat..aku yang jauh,terpaksalah memerap dalam bilik..tapi itu sebelum aku membawa kereta..semester kedua membawa si kecil hijau..pagi-pagi aku dan kawan merayau mencari kedai sarapan..paling seronok,sarapan di Pasar Taman Tun Saadon..punyalah banyak kedai..memang umpphh!

Momen pagi yang paling menarik ialah semasa menjalani latihan mengajar di SK Bakar Arang,Sungai Petani, Kedah..aku menyewa di Bertam, Kepala Batas,Pulau Pinang..jadinya 6.40 aku mesti dah keluar..pemandangan pagi yang sangat menyeronokkan..memang aku berkhayal masa memandu..dengan titisan embun kelihatan di sawah padi yang luas..udara kampung yang sejuk,memang aku tak guna penyaman udara pun pagi-pagi di sana..Ya Allah..nikmat sangat..kadang-kadang aku mengelamun, syukur aku diberi peluang merasai pengalaman tinggal di kampung..Tengok ayah menghantar anak dengan basikal..sangat klasik..mana nak dapat di bandar..? leka aku memandu di pagi hari walau jarak yang jauh..

Ini gambar yang diambil oleh Khairul Adly.Sangat rindukan suasana ini.


Pagi tahun 2009-??

Pagi aku dah memang tak boleh terlambat bangun..alamatnya,merahlah kad perakam aku..jarak rumah dengan sekolah kalau dikira dengan waktu-walau aku tahu salah dari segi pengukuran..hanyalah 8minit..tapi disebabkan namanya pagi di bandar..maka,8minit menjadi 25 minit sekurang-kurangnya..yang paling aku tak berapa gemar ialah sikap ibu bapa yang kalau boleh, nak letak karpet merah dari pintu pagar sekolah dengan pintu pagar kelas..dah hilang dah momen pagi aku yang menarik di kampung..pagi-pagi dah bersesak..macam mana nak ada pengalaman pagi yang indah..herm...apalah salahnya berhentikan kereta jauh sedikit dari pintu pagar..bagi laluan pada cikgu-cikgu untuk masuk ke sekolah dan pekerja JPN masuk ke pejabat(sekolah bersebelahan dan JPN Melaka)..bukan tiada susur gajah..(aik,teremosi pula..)



Kenapa pagi yang menjadi coretan duniadahlia..?

Sebab..

Entah ada..entah tidak pagi esok untuk kita..

~salam sayang~

21 January 2010

idola kecil



Petang tadi kerana berkehendakkan putu kacang,aku ke pasar malam..sebelum balik, singgah sebentar di kedai alat tulis..

Anak kecil menyambut aku dengan sapaan mesra. Ayah dan ibunya sedang menikmati makan malam.
"Mahu apa?" Dengan penuh senyuman dia ikhlas menunjukkan rak barangan yang aku mahukan..

Usai membeli, aku ke kaunter dengannya. Ibu dan ayahnya masih di meja makan di hujung kedai. Jari anak kecil cepat menekan kalkulator. Tidak pasti dengan apa yang ditekan, dia mengira dengan cara mental arithmetik-bayangan sempoa,aku belajar pun tak habis..

Ibu bapanya membiarkan saja anaknya melayan aku. Percaya akan kebolehan anaknya. Tapi, akhirnya..si anak kecil itu tadi terpaksa meminta bantuan ibunya menyatakan harga barangan dalam Bahasa Melayu yang kurang fasih di bibirnya..

Anak kecil yang pandai berniaga itu..bukan anak sebangsa dengan aku..anak kecil yang usianya baru 5 tahun itu sudah pandai berurusan tanpa malu dengan pelanggan itu juga bukan berbin dan berbinti..

Sebelum ini juga aku pernah mengaitkan iklan dengan persekitaran masyarakat kita..
Perlu contoh lagi..?tonton tv, tumpukan perhatian pada iklan Panadol PanaPlax yang disiarkan..maaf,andai salah ejaan..
Kita bila iklan sahaja bingkas bangun kan..? tontonlah sekali sekala iklan yang ada..kerana di situ juga sebenarnya drama ringkas kehidupan kita..

Iklan Panadol itu betul-betul kehidupan kita di Malaysia..bukan sekadar cereka di atas papan cerita..tak percaya..cubalah ke kedai runcit yang bukan milik bumiputera..pasti akan teringat entri ini..InsyaAllah..

Anak kecil itu idola kecil aku.

~salam sayang~

17 January 2010

surat khabar

Setiap hari Ahad mesti rasa nak beli semua surat khabar perdana yang ada..terutama Berita Minggu dan Mingguan Malaysia..

Hebat kuasa surat khabar..
Dari tahu kepada tak tahu..sebab banyak rencana ilmiah..
Dari tidak bekerja kepada bekerja..sebab banyak iklan jawatan kosong..
Dari tidak berduit kepada berduit sebab banyak iklan along!

Masa semester akhir di UPM..aku tak pernah tinggal beli surat khabar..cari iklan..
Alhamdullillah..berjaya la memohon DPLI dari iklan yang disiarkan..
Masa di USM..surat khabar dijadikan bahan untuk kerja kursus..ingat lagi..kena cari berita mengenai sistem pentadbiran yang ada di Malaysia..masa itu, 7 tingkat blok Bakti Permai berselerak dengan surat khabar..macam tikus kami semua menyelongkar surat khabar lama..baru tahu kuasa surat khabar..

Biasanya, surat khabar yang saiznya kompak akan aku capai dulu..macam Pancaindera atau BPop,Kesihatan..selak-selak..baca tajuk sebab kebanyakkan gosip yang ditulis terlebih dahulu dibaca dari internet..Masa di salah sebuah tempat aku belajar..surat khabar saiz kompak ini akan ditatap dengan sangat teliti oleh beberapa kawan yang datang ke bilik berbanding dengan surat khabar lain..

Mereka akan membuat ulasan terhadap gosip yang ditulis..lagi spesifik gosip mereka dari wartawan gosip..apa yang artis itu dah buat..terjumpa dengan artis itulah..artis inilah..sampai apa yang ada dalam dapur artis itu pun kawan-kawan aku tau! Hebat betul pengetahuan semasa kawan-kawan aku..bab artis..bab lain tak perasan pula..

Tapi memang tak menghairankan...itukan kita semua...nak-nak dalam lingkungan umur macam aku..kenapa nak berat-beratkan otak baca tulisan yang berat-berat..lagipun entah beli ke entah tidak surat khabar..sekadar pinjam..janji baca..tak tertinggal gosip sudah!
Tapi aku akan pastikan aku membeli surat khabar..sanggup keluar pagi-pagi di USM untuk beli surat khabar..(sebenarnya nak beli sarapan kat mamak Pelita depan USM)

Kawan-kawan baik aku gelarkan aku surat khabar bergerak..dari kecil lagi abah aku langgan surat khabar..setiap pagi sebelum ke sekolah, sempat la belek-belek surat khabar..Alhamdulillah..kelas aku pun melanggan surat khabar..cuma kadangkala tak punya masa nak membaca..teruk kan..?

Tapi dunia dah canggih..semua dah disediakan di alam maya..tinggal kita baca atau tidak..
Jadi..tiada alasanlah..
"Eh,yeke? Aku tak tau pun fasal itu.." "Mana kau tahu ini..?Kau ini semua tahulah.."

Untunglah kita ini yang tahu membaca dari anak-anak aku yang tak tahu membaca..tapi..
Rugilah kita ini yang tahu membaca tapi tak membaca..

~salam sayang~

15 January 2010

penghulu

Penghulu.Dihormati.Disayangi.Didampingi.

Penghulu punya kuasa yang besar.Penghulu punya keistimewaan yang tiada pada yang lain.Apa jua masalah,penghulu yang dirujuk.

Al-Jumu'ah.Madinah.11 ayat.

"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (al-Jumu'ah:9)


Pulang dari sekolah tengah hari Jumaat..1.30pm singgah di Melaka Sentral-titik pertemuan perpisahan.

Macam hari biasa...Tiada yang pelik..Yang perempuannya, tetap bersolek tebal..berbaju sendat..berseluar londeh..Yang lelakinya,tetap berseluar rambu ramba..rokok di tangan..memandang atas bawah perempuan mundar mandir..

Nak pelik apa kan..hari tetap hari..bertukar nama setiap hari..isnin ke ahad pagi..mana ada apa-apa yang jadi..

Itu kata mereka..tiada sudah rasa malu tiada di masjid mendengar khutbah Jumaat..alangkan Ramadhan sengaja dilupa-lupakan..apatah lagi Jumaat..

"Argh..minggu depan ada lagi hari Jumaat..!"

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat, dijadikan Adam a.s., dia dimasuk ke syurga, diturunkan ke bumi, diterima taubatnya, dia meninggal dan berdirinya kiamat. Adalah hari Jumaat pada sisi Allah itu hari kelebihan. Begitulah hari Jumaat dinamakan oleh kalangan malaikat di langit iaitu hari memandang kepada Allah Taala dalam syurga." (Diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah)

Ramainya lelaki Islam akil baligh yang berakal aku jumpa tadi..baru di Melaka Sentral..ada lagi di tempat lain..sedangkan..orang Islam dikhususkan dengan hari berkenaan dan diharamkan orang Islam melakukan urusan duniawi, malah setiap perbuatan yang menghalangi mereka daripada menghadiri masjid menunaikan solat Jumaat.


Walau kamu merangkak membaca..jangan kamu tinggalkan solat.

Hari ini juga Jumaat yang terpilih.
Fenomena Gerhana Matahari Cincin.Di Malaysia,hanya gerhana separa sahaja.

Yang kelakarnya..

"Apa tenung-tenung matahari..matahari bukan sakit..kita manusia ini yang sakit.."
Ayat buta hati dari seorang PAKCIK.tak berfikir..tak mensyukuri..Entah bila dia akan dapat melihat fenomena alam yang menakjubkan ini lagi...
Sebab..
Gerhana Matahari Cincin yang terjadi pada hari ini adalah yang terpanjang untuk millennium kali ini sebelum peristiwa gerhana yang seterusnya pada 23 Disember 3043.
Aku yang berusia 25 tahun ini pun entah ada entah tidak..


Siri gambar gerhana matahari di Chennai, India [Surajram Kumaravel Flickr]

Gambar Gerhana Matahari Cincin yang dirakam di Maldives [amdcreation Flickr]


Jumaat..penghulu segala hari..rebutkan syafaatnya jangan nanti rugi..
Semoga kita senantiasa beroleh keberkatan-Nya.

~salam sayang~


nota kaki : sekalung penghargaan.
1.Jumaat hari kebesaran umat Islam
2. Gambar Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010

13 January 2010

binggung

Idola..mengkagumi dan menghormati..itu definisi idola pada aku.
Bila kita menjadikan seseorang itu idola, kita mesti kagum dengan apa yang telah seseorang itu capai atau lakukan..betul tak..? dan kita juga harus menghormati idola tersebut..sebab rasanya idola mestilah seseorang yang telah berjaya memberikan inspirasi dan motivasi kepada kita...

Kadang-kadang orang itu tahu yang orang lain menjadikannya sebagai idola..dan kadang-kadang ada yang tak tahu yang ada orang mengangkatnya sebagai idola..

Siapa sahaja boleh menjadi idola kepada sesiapa sahaja..

Perbualan anak muridku dengan pembantu.

Murid : " Kakak, erm..erm..kakak jangan beritahu orang lain tau..erm..erm..apa..ha..erm..Cikgu Dahlia kan..ermm..ha..jadikan kita anak angkat dia.."
PPM : " Iye ke..? Tapi kenapa Cikgu Dahlia tak beritahu orang lain..?"

(Sebenarnya itu tidak pernah terjadi. Tiada yang pernah aku angkat-angkatkan.)

Ceritanya begini..baru nk mula cerita..?tapi itulah..dalam mana-mana ucapan pun, yang panjang itu mukadimah..perkenalkan jawatan tetamu panjang berderet..yang pendek dan ringkas itu baru intipati ucapan..jadi yang atas itu bunga-bunga sahaja..

Aku bukanlah rasa aku dijadikan idola oleh anak muridku..setakat bibir berlipstik,kontur mata berwarna,pipi kemerahan..tiada kelayakkan menjadi idola yang baik..

Tapi, itulah kepercayaan yang diletakkan oleh anak muridku kepada kami semua..kepercayaan untuknya berkongsi cerita kepada selain ahli keluarganya..pada ketika dia silap percaturan merencanakan kanvas hidup, gurulah tempat memohon cara..


Mengapa anak itu menjadi mangsa..? Mengapa harus ada manusia itu meminjam topeng musuh anak Adam..? Disahkan anak itu kurang upaya fikirnya, mengapa mahu diambil kesempatan atas kelemahan..?

Binggung.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.
Riwayat at-Tabrani


Berada di dunia pendidikan khas..menyedarkan hitam putihnya dunia kita..mulia kejam insan seluruhnya..sanggup tak sanggupnya mereka..

Maaf..aku tak pandai bicara cinta..tapi aku cinta dunia mereka..

~salam sayang~




07 January 2010

ish..ish..ish..

Mula.

1. Subuh pagi Isnin..cuaca mendung-mendung..renyai sedikit di pagi hari..ish..ish..ish..seronok kalau dapat sambung tidur..

2. Buka almari..termenung..baju apa nak pakai..ish..ish..ish..macam ada berpuluh-puluh baju kurung..Capai baju yang ala-ala boleh naikkan semangat hari pertama - ikut cadangan dari pakar motivasi..calit pembayang mata..pipi bagi merah..bibir bagi kilat sikit..siap! Capai beg..senyum..bergerak ke sekolah..yeahhh!!

3. Ish..ish..ish..Jalan sesak..lambat sampai..hari pertama menggunakan kad perakam waktu..nasib tak merah..tahun lepas canggih sikit..ada suara dalam peti.."thank you..please try again.."

4. Perhimpunan..nyanyi-nyanyi..dengar amanat..tinjau-tinjau muka murid pendidikan khas yang lama tak berjumpa..Alhamdulillah..masih sihat semuanya..ish..ish..ish..bertambah lagi anak murid..

5. Parkir kereta..masuk kelas..ish..ish..ish..riuhnya suara mereka..tapi sebenarnya rindu nak dengar hingar bingar suara mereka..letak beg..cikgu-cikgu tengok buku rancangan..bermulalah tugas..

6. Capai fail kelas Rose..aku guru kelas..anak murid? ramaiii...2 orang...tapi yang datang hari pertama - seorang..! Ish..ish..ish..
Tahun ini kedua-duanya akan mengambil peperiksaan SPM..semoga berjaya anak muridku..(",)..

7. Rizdwan tinjau-tinjau..
"Ek'gu..ek'gu asuk elas nie.." "Ek'gu ak ja elas nie ek..?"
("Cikgu..cikgu masuklah kelas nie.." "Cikgu tak ajar kelas ni ek..?")
Aku ambil hati dia..minta dia tulis nama..laaaa..menjerit aku..tahun lepas pandai eja nama sendiri..tahun ini tinggal 3 huruf namanya..ish..ish..ish..memang istimewa..ketawa tak pernah tinggal..

8. Datang cikgu-cikgu lain mencari aku..ish..ish..ish..popular sekejap awal-awal tahun ini..aku kena jadi sangat berhati-hati..bukan apa..amanah adalah perkara paling berat dalam dunia..kepercayaan jangan disiakan..sebab itu beg aku penuh dengan buku resit..Mengusung ke sana ke mari..penolong bendahari PIBG..mahu aku tak takut..harus..!

9. Pulang lewat..ish..ish..ish..macam tak biasa..hari pertama mesyuarat guru tingkatan..itu ini..begitu begini..bersurai jam 4..dalam fikiran..macam-macam senarai kena sediakan..

10. Lepas Isyak..terus tidur..murid darjah 1 pun rasanya tak tidur seawal aku hari pertama ke sekolah..ish..ish..ish..


Tamat


~salam sayang~

04 January 2010

duniaku bermula kembali

Selalu terdengar ayat-ayat sinikal.."kerja cikgu senang..cuti banyak..kerja separuh hari..bla..bla.."..semua pernyataan macam kerja cikgu paling mudah dalam dunia..kerja lain perlukan lebih masa la, gaji tak setimpal la..macam-macam..

Pernah atau tidak kawan-kawan yang bukan dalam gred perjawatan DG memikirkan bilakah waktu kerja sebenar seorang guru..? 8-5..? 7.30-1.30..? 7.30-3.00..? Siapa jua yang punya jawapan..dialu-alukan untuk meninggalkan komen..

Istilah "waktu kerja" seolah-olah tiada definisi dalam kehidupan kami..khidmat diperlukan kami sedia bertugas..

Kenapa tiba-tiba entri ini aku karangkan..?

Aku dan kawanku, Kak Zuraidah dan Hajar berpeluang untuk mengendalikan pendaftaran murid baru bagi kelas pendidikan khas pada Sabtu lepas..aku gunakan istilah berpeluang kerana bukan semua guru yang terlibat..satu pengalaman yang baru untuk aku..

Seorang ayah kepada murid baru telah bertanyakan kami soalan dengan nada yang kurang difahami tujuannya..

"Cikgu datang sekolah ni, kerja ke sukarela..?" "Cikgu ni kerja apa tampal-tampal..?"
(Kebetulan aku sedang menyiapkan buku resit PIBG dibantu oleh Kak Zuraidah)
Terdiam kami..harus dijawab apa..?

Aduhai..serba salah jadinya..

Guru tiada di sekolah atau di kelas..katanya ponteng kerja..tiada dedikasi..
Guru ada di lapangannya..ditembak soalan sebegitu..

Apa perlu ada perasaan kerja atau sukarela..?(atau mungkin aku yang baru bertugas setapak dua belum punya perasaan itu)

Kesimpulan aku mudah..

Apabila ada perangai berkira..maka akan timbullah istilah kerja atau sukarela..

"Kerja kau..kaulah siapkan..bukan aku.."
"Kerja kau tu biasa aje..orang tak nampak pun..kerja aku nie..macam disimbah spotlight orang nampak.."(sedikit menggunakan bahasa pasar)
"Boss suruh kau..kaulah buat..boss sayang kau..kau kan orang kesayangan boss.."

Dalam entri duniaku..dunia pendidikan khas..aku ungkapkan..ikhlaskan hati..betapa pentingnya keikhlasan dalam setiap apa jua pekerjaan..tiada akan timbul kerja atau sukarela..

Ikhlas itu yang susah dicari..moga kita tidak akan pernah putus mencari kilauan keikhlasan..aku juga ikhlas menulis..

~salam sayang~

02 January 2010

patut tak patut

Apa yang patut...? Dan apa yang tak patut..?

"Jangan jaga tepi kain orang..kain sendiri yang terlondeh"..Lirik lagu kumpulan yang menyanyi tapi bercakap..

Lebih banyak patut untuk menjaga tepi kain orang lain..dari tak patut tak menjaga tepi kain orang lain..(sila beri konsentrasi pada ayat ini) kerana kita patut menjaga tepi kain dan bukan dalam kain..!

Tapi yang tak patutnya, orang-orang kita lebih banyak menjaga dalam kain dari tepi kain..ini masuk bab lain..ada masa aku kupas dari perspektif aku sendiri..

Kenapa kita kena jaga tepi kain orang lain..?

Sebab dulu kita tak kisah pun fasal sampah yang dibuang oleh orang keliling kita..kita tutup hidung bila lalu di kawasan longgokan sampah..sebab ada apa dengan sampah kan..? Sebab itulah kita tak perasan pun yang dibuang itu jenazah si kerdil..

Dia tidak berdosa

Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 140: “Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan dan mengharamkan apa yang Allah kurniakan kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan tiadalah mereka mendapat petunjuk,”.

Kenapa kita kena jaga tepi kain orang lain...?

Sebab dulu kita tak kisah pun anak-anak jiran kita ada di rumah atau tak..janji anak kita selamat ada di rumah..sebab bukan anak kita pun..sebab itu kita tak tahu..rupanya anak jiran ada di luar negara..

Kenapa kita kena jaga tepi kain orang lain..?

Sebab dulu kalau jalan seorang diri pun rasa selamat..cuba sekarang berjalan seorang diri..macam-macam perkara boleh berlaku..sebab itu kita kena jaga tepi kain orang lain..bila orang itu menjerit meminta tolong,kita bukalah seribu langkah..mata kita pun kenalah awas sentiasa..yang nak hidup senang tapi menyusahkan orang ini semakin ramai..


Kenapa kita kena jaga tepi kain orang lain..?

Sebab dulu kita rasa keluarga adalah persekitaran mikro yang paling selamat..keluarga sendiri kan..rumahku syurgaku..tapi sekarang, ahli keluarga pun boleh menjadi musuh utama..kita kena ambil tahu setiap perubahan pada ahli keluarga..takut-takut jika kita buat tak tahu..haruan akan penuh sekolam..

Kenapa kita kena jaga tepi kain orang lain..?

Sebab dulu jalan raya kita tak secantik dan seluas jalan raya sekarang..sebab itulah hidup malam kita sunyi..tapi sekarang,umpama raja tiada istana mereka bermaharajalela..sebab tiada siapa berani tegur mereka..jiran-jiran pun mengiyakan kalau jiran sebelah rumah menghadiahkan anak mereka sebuah motorsikal pada usia 14 tahun..


Kain yang dijaga sudah pasti mampu digunakan untuk bertahun lamanya..kain kalau tidak dijaga, koyak rabak sana sini..setakat mana mampu dipakai..?


~salam sayang~

01 January 2010

episod dan cabaran

Tahun baru..semua pasti bercerita kenangan dan azam..aku suka entri temanku..YANA..apa yang dipuisikan olehnya aku sangat setuju..pengakhirannya juga aku suka "Selamat meneroka 2010. tentu ada rumpot karpet juga lalang tinggi." (Pensyarah yang pandai menyusun kata)

Episod aku untuk tahun 2009..mungkin antara tahun yang mengembirakan..alhamdulillah..dipermudahkan segala urusan..banyak episod..tapi antara yang paling dikenang..

Episod 1 : Penempatan sebagai guru Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Bukit Baru, Melaka pada 12 Januari. Dengan itu, secara rasminya aku mula membayar ansuran kereta dan pinjaman PTPTN sendiri.



Episod 2 : Bergraduasi kali ke-2 pada 25 Mac. Kali ini di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang. Secara rasminya, aku ialah alumni UPM dan USM..



Episod 3 : Keluarga bertambah ceria dengan kehadiran Nur Qaseh Arissa binti Mohd Safiri pada 30 Julai 2009. Secara rasminya, aku menjadi makcik..


Episod 4 : Majlis pertunangan aku dan Khairul Adly Abu Hashim pada 26 Disember.Secara rasminya,aku menjadi tunangan orang dan wajib menghadiri kursus kahwin..


Permulaan dan pengakhiran yang menggembirakan untuk tahun 2009. Mengharapkan tahun 2010 akan lebih mendewasakan aku..

Aku memberikan konotasi azam sebagai cabaran.(Lama aku tidak menggunakan perkataan konotasi)

cabaran 1 : Menjadi anak yang lebih baik perilakunya..sebab mak kata aku nakal..
cabaran 2 : Lebih rajin mengemas bilik..sebab mak kata aku malas..
cabaran 3 : Menjadi guru yang lebih berdedikasi untuk anak murid dan sekolah..mak tak kata apa..
cabaran 4 : Lebih banyak menyimpan dari membeli..sebab mak dan adly kata aku boros..
cabaran 5 : Mengurangkan atau menstabilkan berat badan..mak kata aku gemuk duduk rumah..
cabaran 6 : Mempersiapkan diri untuk menjadi seseorang kepada orang lain..mak kata bersedia..

Tapi..,

Cabaran yang paling utama dalam diri ialah menjadi muslimah yang solehah..

~salam sayang~