dewandahlia

04 January 2010

duniaku bermula kembali

Selalu terdengar ayat-ayat sinikal.."kerja cikgu senang..cuti banyak..kerja separuh hari..bla..bla.."..semua pernyataan macam kerja cikgu paling mudah dalam dunia..kerja lain perlukan lebih masa la, gaji tak setimpal la..macam-macam..

Pernah atau tidak kawan-kawan yang bukan dalam gred perjawatan DG memikirkan bilakah waktu kerja sebenar seorang guru..? 8-5..? 7.30-1.30..? 7.30-3.00..? Siapa jua yang punya jawapan..dialu-alukan untuk meninggalkan komen..

Istilah "waktu kerja" seolah-olah tiada definisi dalam kehidupan kami..khidmat diperlukan kami sedia bertugas..

Kenapa tiba-tiba entri ini aku karangkan..?

Aku dan kawanku, Kak Zuraidah dan Hajar berpeluang untuk mengendalikan pendaftaran murid baru bagi kelas pendidikan khas pada Sabtu lepas..aku gunakan istilah berpeluang kerana bukan semua guru yang terlibat..satu pengalaman yang baru untuk aku..

Seorang ayah kepada murid baru telah bertanyakan kami soalan dengan nada yang kurang difahami tujuannya..

"Cikgu datang sekolah ni, kerja ke sukarela..?" "Cikgu ni kerja apa tampal-tampal..?"
(Kebetulan aku sedang menyiapkan buku resit PIBG dibantu oleh Kak Zuraidah)
Terdiam kami..harus dijawab apa..?

Aduhai..serba salah jadinya..

Guru tiada di sekolah atau di kelas..katanya ponteng kerja..tiada dedikasi..
Guru ada di lapangannya..ditembak soalan sebegitu..

Apa perlu ada perasaan kerja atau sukarela..?(atau mungkin aku yang baru bertugas setapak dua belum punya perasaan itu)

Kesimpulan aku mudah..

Apabila ada perangai berkira..maka akan timbullah istilah kerja atau sukarela..

"Kerja kau..kaulah siapkan..bukan aku.."
"Kerja kau tu biasa aje..orang tak nampak pun..kerja aku nie..macam disimbah spotlight orang nampak.."(sedikit menggunakan bahasa pasar)
"Boss suruh kau..kaulah buat..boss sayang kau..kau kan orang kesayangan boss.."

Dalam entri duniaku..dunia pendidikan khas..aku ungkapkan..ikhlaskan hati..betapa pentingnya keikhlasan dalam setiap apa jua pekerjaan..tiada akan timbul kerja atau sukarela..

Ikhlas itu yang susah dicari..moga kita tidak akan pernah putus mencari kilauan keikhlasan..aku juga ikhlas menulis..

~salam sayang~

4 comments:

  1. xpe Dee, akk faham tugas sorang cikgu..sebab akk anak cikgu..jdilah guru yg mengikut resmi padi..semakin tunduk, semakin berisi.. :)

    ReplyDelete
  2. eheheheh...sian cekgu2 sekalian...2 la dia manusia...unexpected dlm apa jua pun...baek yg kaya lg punya kuasa x pun yg miskin mengaku kaya...dulu aku seorg pelajar yg cukup nakal...(dahlia tahu lah)tp aku cukup hormat cekgu2 aku..selagi cekgu2 hormat aku sebagai murid dan bukan pengemis yg mengemis meminta ilmu...tapi kita manusia yg x pernah x melakukan kesilapan...kekdg dulu ader gak aku lawan ckp cekgu2 aku...apa2 pun dahlia bykan besabar dan maafkan la mereka...setuju sgt2 ngan cik seroja kita...

    ReplyDelete
  3. kak fatin : tak kan ke mana pun klo nk meninggi macam lalang..ditebas jua akhirnya..tak berguna..padi dituai beras hasilannya..

    asaari : sangat seronok sekolah dulu..ko nakal ek..?? hahaha..akhirnya kita semua jadi orang juga..tq frenz..

    ReplyDelete
  4. waa statement bapa pelajar tu melampau ayu rasa!tp betullah tuga guru bukan mudah lg2 untuk handle anak2 dalam pendidikan khas.yang paling kesabaran,bkn saja dgn murid tapi juga dengan ibu bapa mereka.good luck dear!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..