Argghhhh...menjerit..
Sob..sob..sob...menangis..
Semua di atas aku dah buat...pergi dan balik sekolah aku jerit nyanyi kuat-kuat..heheh..tapi lepas pintu pagar sekolah lah..heheh
3 bulan pertama untuk tahun ini aku rasa seperti serba cacamarba (masih terasa bercuti bersama teman)..
3 bulan pertama untuk tahun ini aku rasa seperti terurus tapi tetap macam tak terurus...senang cerita tidaklah..
3 bulan pertama untuk tahun ini aku rasa seperti menguji sejauh mana kemampuan aku berada dalam tekanan kerja..
Tekanan kerja?
Adakah aku dah terkena tekanan kerja?
Inikah yang dikatakan tekanan kerja?
Siapa pernah mengalami tekanan kerja...bolehlah berkongsi..
Bukti aku pasti aku terkena tekanan kerja..aku isytihar sendiri aku terkena gejala tekanan kerja..hehe..
1. Jerawat tiba-tiba muncul pada bukan masanya muncul
2. Muka yang sangat cepat berminyak..lain dari kebiasaan..
3. Ulser atau mata ikan dalam mulut..pedih..ditambah dengan cuaca panas..
4. Tidur malam yang tidak nyenyak..asyik terjaga..
5. Bangun pagi yang letih dan lesu..macam rasa nak sambung tidur..
Dan di sini aku ingin berkongsikan kepada semua 7 tips untuk menangani masalah tekanan kerja..
Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
- Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
- Bersikap positif semasa melakukan anda
- Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
- Merasa seronok bekerja
Rancang Kerja Anda
- Kendali masa anda dengan bijak
- Beri keutamaan pada kerja yang penting
- Jangan bertangguh
- Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
- Mengagihkan kerja dengan baik
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
- Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik
- Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
- Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
- Ambil tindakan secara wajar
Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
- Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
- Rancang perubahan secara teratur
Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
- Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
- Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
- Hormati pandangan rakan sekerja anda
Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
- Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
- Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
- Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
- Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
Amalkan cara Hidup Sihat
-
Luangkan masa untuk beribadah -
Dapatkan tidur yang mencukupi -
Bersenam selalu -
Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan -
Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah - Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama
Aku berharap cuti sekolah yang akan datang nanti akan mengembalikan aku kepada normal..nak-nak bila nak jumpa dengan encik tunang..sekarang ini aku separa normal..hurmmm...
Elakkan diri dari menjadi mangsa kerja..kerana kita yang buat dia..bukan dia buat kita..kan..?
~salam sayang~
dahlia...
ReplyDeleteaku pun mengalami masalah tekanan keje huhuhu~~
ada sesetengah perkara yg dicadangkan tu aku boleh buat dah.. cuma yang kantoi bila ada perkara2 last minit ni... menambah tekanan...
fizzie : biasanya aku akan wat "partition" dalam fikiran..macam komputer pula..heheh..
ReplyDeletedah kerja lain pula tekanannya kan...tapi..baru gila kentang hidup! heheh..
list kan benda2 yg berserabut dlm kepala kat atas kertas or kt mana2... insyallah...
ReplyDelete