dewandahlia

19 March 2010

cerita cuti kami

Ini cerita cuti kami.
Selepas bertunang, ini kali pertama kami berjumpa dan habiskan masa bersama.
Kami bertukar rancangan di saat akhir kerana nenek (tok) encik tunang dimasukkan ke hospital.
Aku ke sana. Mestilah aku suka. Suasana kampung yang dirindui.

Petang Ahad. Tersenyum. 
Encik tunang datang menjemput di stesyen bas Butterworth tepat pada masanya..
Perut aku tersangat lapar, terus dibawanya aku ke McD..
Pulang ke rumah,ibu dan adik sedia menunggu..terus kami ke Hospital Kepala Batas..
Tok encik tunang masih memerlukan bantuan pernafasan..
Malam itu hanya menghabiskan masa di rumah, berbual-bual..

Isnin. Aktiviti bermula.
Pagi.
Aku dan encik tunang ke pasar. Encik tunang memang suka ke pasar hari-hari cuti..
Puas hati katanya membeli barang basah di pasar..bersarapan di sana..aku wajib bersarapan..
Balik terus aku ke dapur, masak bersama dengan emak encik tunang..
Belajar masak lemak nenas ikan masin.
Petang
Bersiap untuk ke rumah sepupu di Sungai Nibong, melawat Nur Khairin Nabila Sari,menginjak 2 bulan..
Sempat singgah di KFC Sungai Dua..dan terjadilah episod enjin kereta tidak boleh dihidupkan..
Kehabisan bateri..nasib tidak terjadi di jambatan Pulau Pinang atau semasa melalui mesin cuci kereta..
Lama juga kami berdua tersadai di tepi jalan.tapi, menarik juga.sambil mengunyah "chezzy wedges"..
Kesian dia, berpeluh-peluh..bukan sebab panas, tapi berfikir duit yang tiba-tiba akan berlalu pergi..
Selesai mekanik menggantikan bateri, kami melepak di rumah sepupu..
Jam 5, kami sudah berada di Queensbay..hanya berjalan-jalan..
Malam
Sebelum pulang ke rumah, sempat singgah makan..gerai tomyam ala-ala Pak Hussin..
Singgah di rumah Tok Wan sebentar, kami keluar makan lagi..kali ini char kuey teow..
Bersama dengan pakcik dan makcik..beramai-ramai..
Balik dengan kepenatan dan kekenyangan..

Selasa. Meneruskan aktiviti.
Pagi.
Tidak ke mana. Duduk di rumah menghabiskan masa.
Memasak.
Tengah Hari
Keluar ke Jusco Bandar Perda..
Menonton wayang..Alice In Wonderland..
Sangat seronok!
Menjengah-jengah dulang di Poh Kong..heheh..
Petang
Balik ke rumah Tok Wan dengan sekotak donut Big Apple.
Seronok makan ramai-ramai..
Ke hospital..tok makin sihat, tabung oksigen tak digunakan lagi..
Balik ke rumah, singgah makan mee rebus Mak Long-sedap!
Malam
Menikmati Big Apple dengan adik encik tunang.
Berbincang tentang majlis kelak.

Rabu. Masih beraktiviti.
Pagi.
Mengait buah mangga..seronok duduk di kampung, semua ada..nyaman lagi..
Ke pasar, beli kuah rojak..dan encik tunang teringin daging masak asam pedas..
Berjaya! Asam pedas daging aku menjadi..tak telefon mak pun..masak sendiri cara melaka..
Tengah hari.
Ke hospital lagi. Tok dah dibenarkan keluar..alhamdulillah..segar badannya aku lihat..
Teringin ais kacang, encik tunang belikan sebelum balik ke rumah..
Petang
Ke pekan Kepala Batas,butik pengantin kami masuk..Mencari-cari pakej yang sesuai.
Ke pasar malam..membeli yang berkenan di perut..
Berjalan-jalan sampai ke Sungai Petani..terus main bowling di Park Avenue..
Malam
Selepas Isyak, ke rumah Tok Wan..
Pakcik dan makcik buat aktiviti wajib-bakar membakar..
Menu-ayam percik dan sate-sedap!!
Balik rumah jam 12-mengemas beg mahu pulang-sayu dah hati..

Pagi Khamis.Menangis.
 Ke rumah tok di sebelah, bersalam-salam..
Sempat singgah sarapan..
Setengah jam lagi bas akan bertolak, kami duduk berbual..
Air mata dah bergenang..
Dan akhirnya mengalir laju selaju bas berlalu meninggalkan dia yang sedang melambai..

Ini cerita cuti kami.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Terima kasih kerana mendoakan hubungan kami berkekalan.


~salam sayang~


2 comments:

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..