dewandahlia

05 March 2010

pengendali mikrofon

Jangan bagi mikrofon pada aku..nanti semua akan rasa macam berada di lapangan terbang..heheh..
Alhamdulillah,aku diberi anugerah suara "Bintang RTM"(yang ini kawan-kawan di USM bagi gelaran)untuk mengendalikan majlis..saja suka-suka dari zaman UPM..
 
*Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Khas SMK Bukit Baru, Melaka 2009*
Pengacara..berpeluh juga..mana dengan nak jaga panggilan kehormatnya..mana dengan pertukaran tentatif di saat akhirnya..mana dengan ayat-ayat yang perlu betul dari segi nahu dan tatabahasa..nampak mudah sahaja bila suara dilontarkan..Malam kelmarin bila tengok Malaysian Top Host, aku ambillah sedikit tips yang diberikan..dah tak berpeluang nak menyertai kan..tengok di televisyen pun jadilah..heheh..

Kali ini aku nak berkongsi mengenai protokol dalam sesuatu majlis..
Sebenarnya aku pun kurang arif dalam hal protokol majlis..terutama panggilan kehormat..
Bila diagihkan tugas sebagai pengacara majlis,mulalah aku mencari-cari maklumat..dalam buku dan juga di internet..bukanlah pandai sangat pun, cuma bila mikrofon dah berada di tangan..tahulah aku membunyikannya..heheh...

Perlu tahu..

Panggilan hormat kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja, Sultan dan Yang DPertua Negeri adalah berbeza-beza...

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia


Ada lagi yang perlu tahu..teruskan membaca ye..terima kasih..(",)..

 
Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia



Jangalah ada di antara kita yang akan mengungkapkan .."Ada aku kesah? "Perlu ke aku kesah?" untuk hal-hal macam ini..nampak mudah..tapi bila kita tiba-tiba diminta menjadi pengendali mikrofon merangkap pengendali majlis..mahu gelabah juga dibuatnya..jika tidak pun..ambillah ini sebagai informasi tambahan..


Bukan semua benda nampak mudah..dan bukan semua yang mudah itu memang mudah..


~salam sayang~

 




 

6 comments:

  1. wah, info yang amat berguna. aku memang cukup suka dengan info pasal protokol ni semua. senang untuk masa depan. dulu pon selalu terlibat event yang memerlukan banda camni, tapi takde la jd frontline.

    anyway, thanks for sharing dahlia :)

    ReplyDelete
  2. akmal : sama-sama..:) terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa...

    ReplyDelete
  3. wah, sgt berguna entri ni..tnx kak dee..

    ReplyDelete
  4. hai husna..kamu sudah punya blog baru..baru menjengah2..

    erm..sama-sama..entri ini berguna untuk kamu si MTM Kolej ye..(",)

    ReplyDelete
  5. shu : terima kasih sudi meluangkan masa..sedikit info yang ada dikongsi bersama-sama..:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..