Banyak acara menarik disajikan kepada pengunjung..banyak aktiviti dianjurkan dan aku antara yang bertugas untuk Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka..jadi dapatlah meluangkan masa bersama-sama dengan murid-murid pendidikan khas dari negeri Melaka yang membuat persembahan..memang tabiklah kepada peserta dan juga guru pembimbing..!
Tapi, aku yang terlebih cerdik ini telah mengusung kamera yang kehabisan bateri..terlupa pula nak mengecas bateri kamera..jadi, hanya beberapa keping gambar murid-murid pendidikan khas dapat aku potretkan..
Hanya persembahan dari murid-murid Sindrom Down sahaja sempat kamera aku bertahan..moralnya..cas dahulu bateri..
*persembahan pakaian tradisional oleh murid Sindrom Down-comel!*
*demonstrasi hasilan kreatif dari murid pendidikan khas di "booth" Unit Pendidikan Khas"
Dunia pendidikan khas ini pada aku misteri..kita tak kan boleh jangka apa jua kemahiran dan kurniaan bakat yang mereka ada..guru-guru pendidikan khas hanya menyediakan platform atau asas kepada mereka..selebihnya adalah pada mereka sepenuhnya..dan tugas kita semua-K.I.T.A ye..adalah menyokong mereka..
Jangan dipandang sebelah mata mereka ini..sebab jalan untuk mereka ada..kita yang buta telah menutup jalan untuk mereka..
~salam sayang~
aku kagum atas kesungguhan dan ketabahan kau cekgu dahlia. tahniah
ReplyDeleteyana : sesiapa juga boleh jadi begitu.kamu juga aku kagumi dan cemburu.siapa tak nak digelar pensyarah? cuma aku lebih suka bergelumang dengan mereka.
ReplyDeleteterima kasih sahabat*