dewandahlia

24 March 2010

aku & sesuatu

Puas aku belek gambar satu persatu yang ada dalam memori komputerku..dan akhirnya aku memilih "sesuatu" untuk entri kali ini..

Entri kali ini adalah entri yang dikarang khas untuk penyertaan pertandingan "aku & sesuatu" yang dianjurkan oleh..Hot Perfumes..


"Sesuatu" aku ini adalah hadiah yang paling bernilai..paling berharga yang pernah aku terima..untuk menerima "sesuatu" ini adalah dengan menyahut cabaran dari abah...iaitu purata nilai gred keseluruhan aku semasa di UPM harus melebihi 3.5, barulah "sesuatu" ini akan diberikan...ini semua gara-gara aku menolak tawaran mengikuti pengajian TESL..*sebab-sebabnya ialah waktu itu sudah berjumpa dengan rakan-rakan kuliah yang sangat mengujakan*

Inilah "sesuatu" aku..sebuah kereta yang tidak ternilai dengan harga kasih sayang dari mak & abah*gajah*..

Bukanlah anak manja, lepas habis belajar terus dapat kereta...tak, bukan begitu..lepas sahaja tamat pengajian, aku bekerja kilang..dengan gaji kerja kilang itulah..aku bayar kereta-separuh sahaja..separuh lagi..mak..heheh...

3 bulan sahaja kerja kilang..kemudian dapat pula kerja di Institut Kemajuan Desa, INFRA di Bangi..aku tinggal sementara dengan Mak Usu di Serdang..jadi, selalulah kami meronda..masa itu, baru pandai memandu..redah sahaja jalan di KL..setakat kena hon, apalah sangat..heheh...

Kemudian aku mendapat tawaran mengikut diploma pendidikan di USM,terpaksalah aku tinggalkan sementara di rumah..sebab mak tak percaya..nanti entah mana-mana aku boleh sampai..
*mak yang sememangnya boleh membaca fikiran anaknya*

Tapi, masuk semester kedua, aku pujuk mak dan abah..memandangkan tiada pengangkutan disediakan kerana semester kami berbeza dengan semester siswa siswi USM yang lain..
dan akhirnya pukul 4 pagi aku bertolak dari Melaka untuk ke USM menaiki kereta..hati aku bunga-bunga rianglah..heheh..

Pergerakan ke kuliah bersama rakan dan aktiviti selepas kuliah *makan dan membeli barang keperluan* menjadi tersangat mudah..mereka bagi nama Patrick pada kereta aku..Jauh Patrick ini merayau..ke sawah padi, ke tepi pantai..dan sampaikan ke "night market" di Batu Feringghi pun sampai..
tapi, yang paling terkesan bila Patrick aku pandu untuk sahabat aku pada saat yang sangat mengharukan..*berharganya satu saat*
dan juga momen indah memandu ke sekolah di *pagi*hari..sehingga kini masih ke sekolah bersamanya..

Kereta ini juga banyak jasanya kepada aku dan encik tunang(rakan-rakan yang rapat pasti tersenyum)..cabaran aku berjaya disahut kerana kereta ini..
Oleh kerana itu, kami sepakat untuk memilih angka 7795 untuk majlis walimah kami nanti..(",)

Terima kasih Mak dan Abah untuk "sesuatu" ini..nilai kasih sayang melebihi nilai "sesuatu" ini..
"ADIK SAYANG MAK & ABAH"


~salam sayang~

2 comments:

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..