dewandahlia

22 March 2010

berharganya satu saat itu

Pengalaman ini tak mungkin aku lupakan..

Tahun 2008, masih lagi mengikuti pengajian di USM..hari itu, kelas kami selama 3 jam, dari pukul 10 hingga 1 petang..

3 jam dalam kelas, hanya mengunyah gula-gula dan meneguk air, tentu-tentu perut berbunyi, berdondang sayang, berlagu ghasidah..mulalah bermain nota kecil bersama rakan, merancang aktiviti selepas kelas..

Selesai kuliah,riuh rendah kami berbual di koridor..tiba-tiba, semua terpaku pada satu sudut...

"Ayah dia baru meninggal..adik-adik dia telefon, tapi dia "silent" dan tiada "vibrate"..ayah dia meninggal pukul 10 tadi..."

Ya Allah..3 jam yang lepas..masa kuliah masih belum bermula..

Kami semua kerumun sahabat kami..mendakap takziah..sambil mengalir air mata kami..

Sahabat terus balik ke bilik, bersiap kemas apa yang perlu..tapi, bas untuk ke Tapah susah nak dapat..kereta api dah tak sempat...buntu juga sahabat...

"Dah siap kemas? Dee hantarkan sampai rumah terus ye..."

Aku memang tak fikir apa waktu itu..perut yang tadi berirama hilang..aku tak fikir jarak Pulau Pinang ke Tapah jauh ke dekat..aku tak fikir siapa akan ikut temankan aku memandu..yang aku fikir waktu itu, sahabat itu perlu ada di rumah untuk menatap wajah ayahnya untuk kali terakhir..

Si kecil Viva terus aku pandu..bersama dengan dua orang lagi sahabat sebagai peneman..sepanjang perjalanan, hanya alunan bacaan Yasiin..air mata kami berempat mengalir tanpa henti..tapi, lebih lagi pada aku..sebab meter kereta aku mencecah 140km/j..lampu tinggi pun aku sedekahkan pada kereta di hadapan..
Tahu sajalah jalan di sebelah utara, menuruni bukit, melalui terowong..dan akhirnya, dengan kelajuan di atas 120km/j..tempoh masa normal 4 jam menjadi 3 jam sahaja..tapi..

Bila tiba jarak 500m untuk keluar ke plaza tol Tapah, jalan yang dua lorong menjadi satu lorong sahaja! Ya Allah..punyalah aku berdesup pecut kereta..dah nak sampai, boleh pula tersenguk-senguk kereta..

Mak sahabat dah hubungi berkali-kali..

"Along kat mana? Kenapa tak sampai lagi..? Abah dah disembahyangkan..cepatlah along.."
"Mak sabarlah..tahan mereka, jangan bawa abah lagi..along dah nak sampai..." rintih sahabat..

Apa perasaan aku si pemandu..? apa yang boleh aku lakukan dalam keadaan satu lorong sahaja yang boleh dilalui..? Jenazah dah nak dibawa..jarak hanya tinggal beberapa kilometer sahaja..masa itu, hanya mampu berdoa sahaja...air mata makin laju bercucuran..

Janji Allah itu pasti..Janji Allah itu tak akan terlewat walau satu saat..

Berhenti  sahaja kereta aku, meluru sahabat turun..ahli keluarga sambut dengan tangisan ratapan..aku dan dua orang sahabat lain menghela nafas yang lega..syukur Ya Allah..perjalanan kami Kau selamatkan..Kau juga sempat menemukan sahabat aku dengan arwah abahnya...

Hanya satu saat memisahkan..kerana jenazah telah pun dibawa turun dari rumah..
Kalau aku terlambat satu saat, atau tiba-tiba termati enjin, aku akan rasa galat yang amat pada sahabat..

Satu saat..

Ambillah masa satu saat ini, untuk menghubungi mak ayah...ucapkan sayang dan terima kasih pada mereka..
kerana kita tak pasti..kita punya atau tidak satu saat itu kelak..sama ada mereka yang menutup mata..atau kita yang menutup mata sebelum mereka..

Satu saat..

~salam sayang~

4 comments:

  1. Ya Allah..sedihnye~ takziah utk sahabat awk..~ ni sume utk peringatan kite bersama~ -sha

    ReplyDelete
  2. cebisan pengalaman yang boleh dikongsi bersama...semoga kita punya masa untuk menghargai masa yang ada bersama dengan mereka...

    ReplyDelete
  3. Inna lillahi wainna ilaihi raajiun

    ReplyDelete
  4. semoga mereka sentiasa tenang di sana...

    kita juga belum cukup amal...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..