Situasi 1.Di kedai makan Semabok (berhadapan dengan SK Pendidikan Khas).
Seekor anak kucing datang mengiau-ngiau pada aku,menggesel-geselkan badannya di kaki. Hampir disepak kerana cuba menarik kain dengan niat bermain dan bergurau. Anak kucing minta belas ihsan kerana ibunya entah di mana. Dia berjaya. Dapat secebis ayam.
Situasi 2. Di belakang rumah sambil memanggil kucing.
Seekor anak kucing melarikan diri apabila aku cuba memegangnya. Ibu kucing sedang makan lebihan lauk ikan yang diberi. Anak kucing tetap melarikan diri. Usaha aku gagal. Dia mahu ibunya.
Cuba banding beza kedua-dua situasi tersebut.
Beza kedua-dua situasi di atas ialah desakan dan semangat.
Anak kucing pun ada semangat..? ada desakan dalam hidup..?
Anak kucing yang kehilangan ibunya perlu mencari makan untuk dirinya. Itulah desakan. Ibunya tiada, anak kucing itu terpaksa untuk melakukan sesuatu agar tidak kelaparan. Dalam situasi kedua, anak kucing itu punya ibu, jadi, dia tidak akan kelaparan kerana dia tahu ibunya akan menyusukannya. Tiada desakan untuk dia berbuat manja dengan aku.
Hidup kita juga dipenuhi dengan desakan.
Tafsiran desakan itu tidak semestinya sesuatu yang sukar dan menyusahkan kerana..dari desakan itu akan membuahkan kejayaan dan kemenangan.
Tak percaya..?
Cuba kamu buat tak tahu dengan kerja kamu...masuk kerja, duduk, bos bagi kerja, abaikan sahaja..cukup masa, rehat dan balik. Kerja tak pernah disiapkan.
Kamu pasti akan menerima anugerah pekerja yang paling banyak tempat kerja kelak.
Desakan akan menambahkan usaha dan akan membuahkan kejayaan. Kecualilah jika kamu orang yang cepat tunduk dengan desakan dan cabaran.
Pasti sesuatu yang manis untuk dikenang desakan itu apabila kita berjaya kelak.
Desakan dalam hidup aku..
Yang ini yang paling utama, yang membawa aku menjadi orang yang berguna.
Melihat abah yang tidak tentu tidur makan,menguruskan kedai..itulah desakan utama. Sekurang-kurangnya sekarang ini aku telah dapat membawanya menghadiri dua majlis konvokesyen..bangga dalam hatinya..Itulah kejayaan atas desakan melihat pengorbanan abah tanpa jemu..boleh merujuk kepada entri gajah..
Jadi, moralnya di sini..
Jangan sepak kucing di kedai makan. kerana dia terdesak berbuat begitu.
~salam sayang~
suka entry ni..
ReplyDeletehampir buat aku menangis bile kuar lagu cinta bertasbih tu ngan part beza desakan n semangat anak kucing tu.. sgt menyentuh hati..
u're a very thoughtful person dahlia and keep it up that way coz that's one of the beautiful things that shines from ur heart ;)
terima kasih kd..aku tahu mengapa hati kamu terusik..kerana kamu pencinta kucing yang sangat baik..:)
ReplyDeletekucing oh kucing...ttbe aku teringat ijam..erk?
ReplyDeleteheheh..tidak bermaksudkan begitu..aku rasa dia tidak ada dalam keadaan terdesak..:)
ReplyDelete