dewandahlia

16 March 2010

zon selesa

Cuti sekolah memanglah masa yang paling mengembirakan..kerana waktu cuti panjang inilah..aku dan Encik Adly akan berjumpa..kami gelarkan waktu cuti sekolah ialah waktu bercinta..heheh..

Selalunya dia yang akan turun ke Melaka..pagi-pagi dalam pukul 5.30 pagi aku dah tunggu dia di stesyen bas Melaka Sentral..sayang punya fasal..sanggup bangun pagi-pagi sebelum Subuh..heheh..kuasa cinta..

Cuti kali ini pun, kami rancang yang sama..tapi, tanpa disangka-sangka Tok Encik Adly sesak nafas pada pagi Sabtu..nasib baik dia belum sampai di Melaka lagi..jadi secara rasminya, aku yang akan ke Pulau Pinang..terus pergi cari tiket..mula-mula macam seronok..nak berjalan..sebab sejak konvokesyen tahun lepas, aku belum pernah ke Pulau Pinang lagi...

Tapi, bila dengar pesan mak aku panjang berjela..mulalah aku gabra..

1. Adik jangan bangun lambat kat rumah orang...bukan rumah orang lain..rumah Adly..malu sikit..
2. Masak biar betul-betul..bukan tak tahu masak, tapi banyak main-main kat dapur..
3. Rajin-rajin duduk sana...jangan duduk makan tidur saja..
4. Basuh pinggan jangan sampai pecah harta benda orang..
5. Makan jangan banyak-banyak..ambil sikit dulu..tak cukup baru tambah..tapi jangan tambah banyak kali..malu..
6. Sembahyang jangan lupa..Subuh selalu terlajak..jangan tidur dengan syaitan..
7. Baik-baik pandu kereta..tempat tak biasa, jangan suka ketawa saja....
8. Jangan merayau jauh-jauh..duduk rumah tolong-tolong mak dia..
9. Elok-elok sikit perangai..jangan buat malu mak abah..

*Peringatan tersebut akan diulangi oleh bonda tercinta setiap kali dia menghubungi aku di sini*

Bukanlah tak pernah berkunjung ke rumah Encik Adly..cuma kali ini kunjungan beza benar temanya..sejak dari berkenalan, baru kali ini aku menumpang tidur di rumahnya..masa praktikal dulu, datang singgah sekali sekala..kali ini, 4 hari 3 malam aku berada di sini..tema dulu ialah salam perkenalan..heheh..tema kali ini ialah pra adaptasi..macam pra sekolah juga..sebelum ke sekolah kebangsaan, kena bberadaptasi dengan suasana sekolah dulu..

Pra adaptasi..
Harap-harap ada yang sudi berkongsi cerita pra-adaptasi di rumah bakal mentua atau rumah mentua..bolehlah bagi tips pada aku..

Untuk berada di luar zon selesa bagi seseorang adalah perkara yang boleh dikatakan agak sukar.
Ambil contoh yang mudah, dulu masa belajar, ada program perkhemahan..bagi yang tak biasa berkhemah, habis satu almari solek diangkut, bantal busuk diusung sama..sebab kena keluar dari zon selesa..tak ramai suka dengan aktiviti sebegini..aku pun rasanya..heheh..

Zon selesa tidak selalunya akan kekal..kita juga akan bosan apabila zon selesa tidak memberikan sebarang cabaran dalam hidup kita lagi..

Di rumah memang aku masak..yang mudah, ringkas, main campak-campak..janji pedas..itu zon selesa aku..tapi, bila masak di sini, cili padi pun aku kira!

Inilah pra-adaptasi untuk aku..aku harus beradaptasi dengan keluarga Encik Adly..Semoga segalanya senantiasa dimudahkan hingga akhirnya..

Selalu aku dengar dan baca..
"kita berkahwin bukan dengan pasangan kita sahaja, tapi dengan keseluruhan keluarganya"

Alhamdulillah..
Aku tidak mengalami rasa penolakan dari keluarganya..

Sentiasa berfikiran positif kerana untuk keluar dari zon selesa, jangan sesekali berfikiran negatif..kelak akan rebah sebelum berjuang...

Cubalah dan pergilah merasai sesuatu yang di luar zon selesa kita..tentu menyeronokkan..

~salam sayang~

6 comments:

  1. uish..besh besh..
    aku pun nak jd cam mak ko..
    jaga diri..ekekeke..masak sdap2..haha..rajen2..
    bangun awal..jangan bangun lepas semua org da bangun ( mcm aku buat...semua family jas da bangun..da masak..aku baru bangun..mandi pastu makan..hahahah...failed! )
    joy bulih!!!

    -rock-

    ReplyDelete
  2. rock : jangan diamalkan selalu..heheh..aku dah pecahkan rekod..hari ini nasi tengah hari kena masak lagi..asam pedas melaka menjadi..bangga aku..daging tetap tak bau daging..rahsia...heheh..(",)

    ReplyDelete
  3. rindu nak dengar jeritan mak akak..huhu..

    ReplyDelete
  4. liza : banyak-banyak..jeritan mak aku yang dirindu..? hahah..semua orang kenal mak aku kan...heheh...

    ReplyDelete
  5. aku mengenali roti tampal mu..
    -rock-

    ReplyDelete
  6. rock : salam perkenalan dari roti tampal...:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa..