Melangkah sahaja mereka ke makmal komputer, masing-masing dengan perasaan teruja terus memilih meja komputer...untuk yang mungkin baru pertama kali membaca duniadahlia ini, anak murid aku dalam kategori masalah pembelajaran...jadinya tingkah laku mereka memang mencabar meter kesabaran...jadinya, aku buat perjanjian..jika tingkah laku baik, mendengar arahan...maka akan aku bawa mereka lagi ke makmal komputer...dan oleh kerana ganjaran yang menarik itu, maka sepanjang berada di makmal komputer, pijak semut pun tak mati...:)
Untuk sesi kali ini *sesi bidan terjun-aku menggantikan guru*..aku mengajar anak-anak murid aku "sign up" emel..walaupun mungkin mereka tidak menggunakan medium emel tersebut dalam urusan harian, tetapi, sekurang-kurangnya mereka punya pendedahan awal...sekurang-kurangnya mereka tahu di mana letaknya huruf A di papan kekunci..di mana letaknya huruf Y di papan kekunci...nampak mudah untuk kita yang aktif yang mampu mempunyai medan curahan rasa...tapi, sepatah ayat anak murid aku
"Cikgu, saya takut nak tekan huruf ini..cikgu tolonglah tekankan..."
Pada aku ayat itu cukup mengharukan..mengambarkan bahawa tanpa guru, tanpa pengalaman walau hanya 5 minit..mungkin entah bila baru dia berpeluang menaip di komputer..walhal itulah kehendak semasa..itulah keperluan minimum yang harus dipunyai...dan itulah keterbatasan peluang anak-anak pendidikan khas...
Ketika aku seusia dengan mereka, aku sudah dibelikan dengan sebuah komputer..yang skrinnya besar..CPUnya berat...masa itu zaman mirc, dengan kumpulan mamak, kampung, melaka dan sebagainya *ingat tak? awal-awal kemunculan "chatting"...* tak tidur malam melayan entah siapa-siapa!
Perbezaan itu yang membuatkan aku lagi-lagi simpati pada anak murid aku...yang mana berkemampuan, itu kita tolak tepi..yang tak mampu, di sekolahlah harapan mereka untuk merasai pengalaman pembelajaran seperti itu...
Dan kunjungan ke makmal komputer itu tadi, bukan kali terakhir..sebab sebelum melangkah keluar..aku menguntum senyuman...
"Cikgu akan bawa kamu semua ke sini lagi.."
~salam sayang~